30 October, 2008

Bidas Membidas

Apabila Pak Lah membidas Tun Dr M kerana seolah-olah bertindak sebagai Pengarah Pemilihan UMNO,ternyata PM agak emosional.Beliau merasakan usaha Tun Dr. M untuk menyingkirkan beliau telah berjaya.Melihat trend pencalonan dalam Pemilihan UMNO Mac 2009 yang memperlihatkan ahli-ahli mahu perubahan dalam kepimpinan dan suara akar umbi diangkat sebagai suara yang mempunyai kuasa.Jika dulu pencalonan dibuat berdasarkan pilihan pemimpin-pemimpin di peringkat cawangan dan bahagian,sekarang akar umbi mengundi untuk memilih pemimpin yang dirasakan benar-benar layak untuk diangkat.Tetapi ternyata politik wang sekali lagi memainkan peranan dan digunakan disaat akhir apabila trend pencalonan tidak memihak kepada calon-calon tertentu.Sukar untuk dibuktikan,tetapi masing-masing tahu perkara ini.Jika ahli UMNO mahu memilih pemimpin yang akan menyebabkan kekalahan BN pada Pilihanraya Umum akan datang nanti,silalah terus memilih wang sebagai pemimpin anda.Saya bimbang trend yang mahukan perubahan ketika ini tidak dapat dilanjutkan sehingga Mac 2009,kerana 4 bulan akan datang,mungkin wang akan menjadi penentu.Pak Lah tidak perlu bimbang apa yang diperkatakan Tun Dr M,kerana dia bukan ahli UMNO pun.Tetapi apa yang telah disuarakan Tun Dr. M sebelum Mac lepas adalah sesuatu yang benar,tetapi kebodohsombongan Pak Lah,akhirnya hasilnya diperlihatkan pada pilihanraya lepas.Sepatutnya Pak Lah memegang prinsip 'keterbukaan' yang beliau pejuangkan.Orang lain boleh bercakap apa sahaja,tetapi bukan menghentam beliau ? Ternyata double standard.Dan double standard inilah yang menjadi salah satu faktor kekalahan dalam kemenangan BN Mac lepas.Jelas jawapan Pak Lah sejak menjadi Presiden UMNO apabila dibidas atau dikritik,tidak menunjukkan kematangan politik beliau dan kredibiliti beliau sebagai pemimpin No. 1.Sebab itu beliau lebih suka bersikap elegant silence.Dan elegant silence inilah juga menyebabkan Pak Lah sendiri terpaksa melepaskan jawatan lebih awal.PERSEPSI RAKYAT MEMPERLIHATKAN KEPIMPINAN PAKLAH SEBAGAI LEMAH DAN TIADA HALA TUJU.Hanya pihak DAP,Bar Council & segelintir ahli UMNO yang amat menyukai dan menyokong kepimpinan beliau.Pelik cara DAP menyokong Presiden UMNO untuk kekal sebagai PM.Jelas itu adalah umpan kepada faktor kekalahan BN pada pilihanraya akan datang.Dan saya sebagai pengundi berdaftar mempersoalkan kenapa reforms yang ingin sangat dilakukan oleh Pak Lah ingin dilakukan secara tergesa-gesa dalam tempoh 5 bulan,sedangkan beliau pernah ada 5 tahun untuk melakukannya dahulu.Adakah majoriti rakyat mahukan reforms sedangkan dunia sedang mengalami krisis kewangan dan menuju ke arah kemelesetan ekonomi ? Kenaikan harga barang dan minyak masih membelenggu rakyat.Kenapa itu tidak dijadikan tugas utama untuk diselesaikan untuk bersara ? Apabila tidak mampu serah kepada TPM.Kenapa tak serah 5 tahun dulu.Kadang-kadang saya menginsafi diri sendiri agar kita mengetahui keupayaan kita sebelum bercita-cita menjadi pemimpin.Bukan tugas mudah,pengorbanan sudah pasti.Tiada pemimpin yang berkaliber memimpin secara auto cruise & menyerahkan kepada orang bawahan bulat-bulat,apatah lagi menantu yang mempunyai pelbagai kepentingan.Jika mode ini digunakan,tunggulah hukuman rakyat di pilihanraya akan datang.Saya tertanya-tanya jika Jawatan Menteri Kanan akan diwujudkan untuk Pak Lah, Mac 2009 nanti kerana beliau akan terus duduk di Parlimen dan terus kekal sebagai Ketua UMNO Kepala Batas. Banyak perkara di Malaysia ni dah ikut macam Singapura.Wallahualam..Lu fikirlah sendiri..

16 October, 2008

Selepas Piliharaya,politik itu adalah kehidupan yang sentiasa berlangsung,jadi bercakaplah.

Perpaduan
Sudah banyak diperkatakan tentang perpaduan antara rakyat berbilang kaum dan agama.Jawapannya mudah.Semua pihak yang mewakili kaum masing-masing perlu ikhlas & bertolak-ansur.Menerima baik budaya dan kepercayaan masing-masing.Ada pihak mahu kesamarataan,tetapi tidak bersedia untuk 'melepaskan' keistimewaan masing-masing,untuk mewujudkan bangsa Malaysia kononnya.Tetapi yang menjadi masalah adalah pemimpin diatas.Memainkan isu perkauman untuk survival politik masing-masing.Samada parti dalam BN & PR, sama sahaja.Saya sebagai rakyat biasa di 'akar umbi' tidak ada sebarang masalah dengan kaum-kaum lain.Orang Cina masih boleh makan di kedai makanan Melayu,orang Melayu masih lagi membeli barang keperluan di kedai orang Cina & India,orang Melayu masih pergi ke kedai gunting rambut milik kaum India,orang Cina masih menghantar kereta untuk dicuci di kedai orang India dan pelbagai lagi aktiviti seharian berlangsung dengan aman.Bagi saya,sudah 51 tahun merdeka,kita sudah ada bangsa Malaysia yang pelbagai kaum dan agama.Tidak perlu lagi isu ini dimainkan dan dipolitikkan.Biasalah kalau dalam satu rumah ada sedikit salah faham & ketidakpuasan hati,tidak perlulah dibawa kepada 'jiran-jiran' yang lain.Betul tak Hindraf ? Tak perlulah pertikai asal usul siapa yang masuk dulu dan siapa masuk kemudian ? Betul tak YB Timbalan Menteri Penerangan ? Cukup-cukuplah.Dah menang pun.

Bajet 2009
Perbahasan Bajet 2009 sedang berlangsung dengan dimulakan ucapan Ketua Pembangkang selama 6 jam.Isi & cadangannya ? Kosong.Tahu-tahu nak tolak & minta Menteri Kewangan yang baru kaji dan bentang semula.Cara & nada Ketua Pembangkang seolah-olah angkuh dan macam dia sahaja yang pandai dalam ekonomi.Yang dipertikaikan adalah angka-angka unjuran.Rakyat mahukan bantuan & insentif,bukan soal angka-angka tu sangat.Yang buat kajian & memberi input dalam bajet itu,adalah terdiri daripada pakar-pakar ekonomi & pegawai-pegawai kerajaan yang mungkin semasa beliau jadi Menteri Kewangan masih lagi berkhidmat.Kenapa perlu menidakkan kepakaran pegawai-pegawai kerajaan ini.Bagi saya ini satu penghinaan kepada kakitangan sektor awam.Macam mana nak memerintah kalau sikap ini ditonjolkan ? Ada kecenderungan untuk menjadi seorang pemimpin autokratik. Islam mengajar kita bercakap kurang tetapi penuh fakta dan isi.Bukan 6 jam penuh bunga-bunga yang layu,madunya tiada.Berdasarkan maklumat di Parlimen,banyak perkara Ketua Pembangkang bangkit dalam ucapannya dibidas kerana tidak dilaksanakan semasa beliau berkuasa. (Rujuk sini) Terduduk diam. Sudah lupa barangkali? Itulah jangan pandai beretorik,orang lain pun tidak lupa apa yang pernah kita buat dulu.Saya salut kepada MP Kubang Kerian daripada PAS,YB Salahuddin Ayub yang tidak menolak bajet secara total dan memuji langkah kerajaan memberi peruntukkan besar kepada pendidikan & luar bandar dan khususnya di Sabah & Sarawak.Kita perlukan pembangkang seperti ini.Bersikap budiman.Statemanship.Yang betul tetap betul,yang salah tetap salah.Bukan semua salah sahaja.Sekarang pun minyak dah turun hampir 50 sen seperti yang dijanjikan Ketua Pembangkang.Jelas harga minyak dunia adalah faktor utama.Ketua Pembangkang sendiri mengakui jelas kenaikan pada bulan Julai lepas adalah breakpoint dimana harga minyak akan turun semula selepas itu.Trend itu betul.Kalau 16 September lepas berlaku pertukaran kerajaan,memang betul sangatlah kerajaan baru yang tidak jadi tu boleh turunkan harga minyak sampai 50 sen.Bukanlah sebab kerajaan tak jadi tu ada kuasa nak turunkan harga minyak semata-mata.
Gambar dibawah menunjukkan MP-MP BN & PR boleh bersembang,kita dibawah janganlah angkuh sangat dengan sifat kepartian masing-masing


YB Dato' Seri Hishamuddin,YB Dato' Seri Nazri & YB Azmin.

Dipetik daripada Agendadaily.com.

Kredibiliti,Kebebasan Bersuara & Double Standard
Dulu masa Ketua Pembangkang jadi TPM,pemimpin PAS,Mohamad Sabu menggelar beliau Anwar Al-Juburi.Bila kena pecat sebab yang berkaitan Al-Juburi orang PAS boleh pula terima dia pula.Nak lantik beliau jadi PM kalau tubuh kerajaan yang dijangka Hari Raya Aidiladha.Janji lagi.Tetapi perkara yang nak dibangkitkan adalah,apakah ada kredibiliti tuduhan pembangkang kepada kerajaan kalau dilihat kepada kes diatas ? Jika Dato' Seri Najib dituduh mempunyai kaitan dengan gadis Mongolia itu sekarang,apakah Dato' Seri Najib akan dibela sehabis-habisnya jika beliau masuk Pakatan Rakyat pada masa akan datang ? Jika masuk PR semua itu adalah tuduhan,fitnah semata-mata.Kalau duduk dalam BN semua tuduhan adalah betul sahaja.Itu dengan jelas menunjukkan double standard.Apatah lagi kes 'sedekah' di Negeri Perak ? BPR disaman balik pula.Jelas terang-terang yang dituduh mengaku ambil 'sedekah' tuh.

Apabila kebebasan bersuara diperjuangkan,Utusan disaman.Tetapi apabila sebuah akhbar milik pembangkang menyiarkan berita Ketua Polis Negara sedang sakit tenat & lumpuh,alih-alih IGP tu keluar TV,sihat walafiat ? Apa nak cakap.Mana kredibiliti laporan itu.Kena saman balik.Bila siar cerita,biarlah beretika.Ada fakta.Kalau akhbar pro pembangkang kena saman,gantung lesen,adalah akan berlaku demonstrasi,bakar lilin,tuntut kebebasan akhbar.Tetapi bila Utusan kena saman,senyap jer.Itulah double standard.Jelas mana-mana pihak pun berjuang untuk kepentingan masing-masing.Yang rugi rakyat juga.

Lu fikirlah sendiri..Wallahualam...

08 October, 2008

Ketaksuban

Ketaksuban kita kepada sesuatu perkara atau kepada seseorang hanya akan membawa kepada kekecewaan.Apatah lagi apabila kita sentiasa mengiyakan sahaja tindak tanduk & perilaku seseorang.Lebih-lebih lagi pemimpin.Lebih-lebih lagi kepada pemimpin yang belum menjadi pemimpin utama.Belum dibuktikan lagi kejayaan pemimpin itu,pemimpin itu didewa-dewakan sebagai penyelamat negara ini.Sudah ada replika besar untuk pemimpin dewa ini.Bukankah itu pembaziran.RM 5000 itu adalah baiknya dibuat kenduri atau disedekahkan makanan kepada orang-orang miskin di Gombak.

Semua orang boleh berjanji itu dan ini.Malah syurga pun boleh dijanjikan hanya kerana mahu meraih undi untuk mencapai kekuasaan.Tidakkah pelik,sekiranya pemimpin itu mahu mengubah sesuatu perkara dalam negara ini contohnya dalam hal rasuah,pemimpin ini dulu pernah berada di puncak kuasa,apa yang dibuatnya ? Pemimpin ini juga bolehlah dikatakan 'membeli' bahagian-bahagian UMNO untuk mendapatkan pencalonan sebagai Timbalan Presiden dengan menyebabkan Allahyarham Tun Ghaffar Baba terpaksa berundur sebelum berjuang.Siapa yang boleh nafikan hal ini ? Apabila tahun 1997-1998 isu KKN,Korupsi,Kronisme & Nepotisme dibangkitkan kepada pemimpin utama ketika itu,satu senarai pemilikan saham bumiputera dikeluarkan.Rupa-rupanya penuh nama kroni-kroni pemimpin dewa ini.Tetapi kebanyakkan penyokong-penyokong pemimpin ini adalah golongan muda seperti saya tetapi mungkin lupa atau tidak tahu tentang sejarah.Lagipun semasa di sekolah saya dapati subjek sejarah adalah subjek yang paling tidak popular.Tetapi itu menyebabkan ketaksuban diatas kepetahan berucap menyebabkan mereka 'cair' dan percaya.Kata orang muda pandai mengayat.Menyokong diatas janji yang belum tentu dikota dan menyokong diatas janji yang telah ditunaikan adalah dua perkara berbeza.Kalau taksub diatas janji yang telah ditunaikan,bolehlah difahami,tetapi taksub kepada janji belum tunai ini,langsung saya tidak faham.Lagipun Islam mengajak kita bersederhana.Sokongan membuta tuli boleh menghancurkan negara ini.Saya ingin mengajak semua untuk melihat satu senario,apakah pendirian anda jika pemimpin dewa ini gagal mengotakan janjinya ? Gagal membasmi korupsi ? Gagal beri harga minyak turun ? Gagal mengawal & membentuk perpaduan ? Kita telah melihat kegagalan PM hari ini walaupun bermacam janji.Kita juga melihat kegagalan 16 September.

Kalau zaman Tun Dr. M dikatakan penuh rasuah,apakah negara ini boleh maju seperti hari ini ? Tiada kepimpinan yang sempurna,pasti ada cacat celanya.Tetapi lihatlah hasil yang ada didepan mata.Itu pun tidak nampak.Di beberapa negara-negara Afrika,adakah mereka maju sehingga kini kerana tahap rasuah mereka bagaimana ? Di Amerika Syarikat juga ada rasuah.Tetapi jangan kerana nak basmi rasuah kononnya,buat negara ini tidak tenteram,pelabur takut melabur,nak take over government by using BACK door dan bermacam-macam janji yang boleh menggugat perpaduan negara ini.Buatlah cara terhormat.Jangan kerana nak selamat & sokong seseorang,keamanan negara tergadai.Kalau dah salah,tetap salah.Nak tegakkan benang yang basah buat apa.

Yang penting apa peranan kita dalam menaikkan ekonomi negara,membantu mereka-mereka yang miskin,memelihara perpaduan & keamanan ? Jangan ditanya apa sumbangan negara kepada anda tetapi tanyalah diri sendiri apa sumbangan anda kepada negara ? Buat replika besar pemimpin dewa,demonstrasi jalanan, mengutuk & mengeluh,berjanji sana dan sini itu yang kami pandai sumbangkan kepada negara..

Buat ahli-ahli UMNO,pilihlah pemimpin betul-betul.Orang diluar sana meluat tengok perangai pemimpin UMNO sejak akhir-akhir ini.Ingatlah tak ada benda yang kekal lama kalau perangai buruk masih dikekalkan.Angkuh bila berucap,bila bercakap tidak bijaksana & cakap tak serupa bikin.Jangan jual undi.Ingatlah,UMNO & Barisan Nasional ditubuhkan sejak 1946 & 1970 untuk membela nasib orang melayu dan memelihara perpaduan antara kaum.Bukan koyak gambar orang lain.Bukan nak bela nasib satu-satu pemimpin.Pemimpin datang dan pergi,yang tinggal nanti replika besar di Gombak.Lu fikirlah sendiri....Wallahualam...