20 May, 2010

Lesen Judi & Lesen Arak

  1. Saya terkejut dan membantah langkah Timbalan Menteri Kewangan yang membuat kenyataan bahawa kerajaan akan meluluskan lesen judi bolasepak sempena Kejohanan Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.Kenyataan seperi itu tidak sepatutnya keluar daripada mulut seorang Timbalan Menteri Kewangan yang beragama Islam dengan sikap mengambil mudah dan berpandangan berdasarkan keuntungan sahaja.
  2. Tetapi saya juga tertanya-tanya,sebelum kenyataan ini keluar,sudah tentu pegawai-pegawai kerajaan akan membuat kajian dan laporan berkaitan kelulusan lesen judi ini.Jadi pegawai kerajaan manakah yang membuat kajian dan laporan mengenai untuk mengawal kegiatan judi haram yang sudah tentu haram dengan langkah menghalalkan judi yang memang haram dan cuba mencari sumber kewangan negara dengan kaedah begini sedangkan banyak lagi kaedah untuk mencari sumber kewangan dengan cara yang halal.
  3. Selepas kenyataan ini keluar,saya melihat di blog-blog dan Facebook,yang membantah pada peringkat awal adalah ahli-ahli UMNO dan beberapa rakan yang bersifat neutral.Kemudian selepas itu,barulah penerangan daripada pihak Kementerian Kewangan melalui Timbalan Menteri Kewangan yang seorang lagi yang bukan beragama Islam,lesen judi ini sebenarnya adalah lesen yang diperbaharui.Jadi lesen judi ini dikeluarkan untuk mereka yang bukan beragama Islam.AMARAN KERAJAAN BN KEPADA MEREKA YANG BERAGAMA ISLAM,JANGAN BERJUDI SEMASA PIALA DUNIA 2010 INI.
  4. Secara tiba-tiba,beberapa pemimpin PAS dengan kerjasama NGO-NGO Islam sibuk menganjurkan demonstrasi membantah kelulusan lesen judi ini.Memang mereka adalah pakar dalam menganjurkan DEMONstrasi ini.Beberapa ahli UMNO kebelakangan ini juga semakin pakar dalam soal demonstrasi ini.
  5. Cuma saya tertanya-tanya juga,dimana ahli-ahli PAS semasa kerajaan PAS Kelantan meluluskan lesen arak di Kelantan.Arak itu haram diminum.Jelas dalam Al-Quran.Arak & Judi adalah haram dalam Islam.Kelulusan lesen arak di Kelantan itu adalah untuk keperluan mereka yang bukan Islam dan hasilnya akan digunakan untuk membaiki infrastruktur yang rosak di Kelantan seperti jalan-jalan dan sebagainya.Mengapa tiada bantahan dan DEMONstrasi ini diadakan ?
  6. Petikan pendapat Nik Aziz pada 26 November 1994, “Pendapatan hasil cukai daripada arak dan lesen anjing boleh diguna pakai untuk muslimat umum. Sebab itu, Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya (tentulah termasuk sama babi) bagi menampung kos membuat jalan dan projek pembangunan lain. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila boleh minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan kerajaan mengambil duit dari mana?
  7. Jadi apa beza kerajaan BN buat selama hari ini dengan memberi lesen arak dan judi seperti Magnum 4D,Sports Toto untuk mengutip cukai untuk membina jalan dan sebagainya ? Mengapa semasa kerajaan PAS buat,tiada bantahan ? Sudah diberi amaran,judi itu haram untuk mereka yang beragama Islam,kenapa saya ternampak juga ramai yang berkopiah dan saya kenal mereka ini perjuangkan Islam kononnya keluar masuk ke kedai-kedai nombor ekor ini ? Di tempat saya,kedai ini ditepi jalan besar sahaja,sementara tunggu lampu isyarat,memanglah ternampaklah mereka-mereka ini.
  8. Adakah ahli-ahli PAS ini terlalu dungu untuk membantah tindakan pemimpin mereka tetapi terlalu cerdik untuk membantah tindakan pemimpin BN ? Double standard lagi.
  9. Bagi pemimpin BN,janganlah pula terlalu dungu untuk mengikut tindakan pemimpin PAS walaupun untuk meraih sokongan ahli-ahli PAS dan juga kaum-kaum lain dengan membenarkan perkara yang batil.Bagaimana kilang babi terbesar di Selangor ? Dulu semasa wabak virus Nipah,Tun Dollah digelar Badwi jaga babi,sekarang ini PAS Selangor tengok sahaja ke babi-babi di Selangor.Hasilnya ?
  10. Saya bukan pakar dalam hal agama,tetapi tidaklah terlalu dungu untuk memahami perkara yang mudah ini.Perkara yang haram tetap haram,yang halal tetap halal.