07 September, 2010

SALAM AIDILFITRI 2010



Salam Aidilfitri Untuk Semua

Ambil Yang Jernih,Buang Yang Keruh

Kembali Kepada Landasan Sebenar

Semoga Hubungan Yang Ada Bertambah Kukuh

26 July, 2010

Cari Isteri bukan bini

Cari Isteri bukan bini



Aku cari Wanita

Untuk dijadikan Isteri

Bukan betina

Untuk menjadi bini



Aku cari Isteri

Kerna rasa cintaku

Bukan bini

Kerna pandangan mataku



Aku cari Isteri

Sebagai pasangan Suami

Bukan bini

Sebagai hamba lelaki



Aku cari Isteri

Untuk bahagia bersama

Bukan bini

Lampias nafsu semata



Aku cari Isteri

Teman suka & duka

Bukan bini

Peningkan kepala



Aku cari Isteri

Ibu pada Cahayamata

Bukan bini

Hanya Tahu Mencerca



Aku cari Isteri

Uruskan harta

Bukan bini

Boros berbelanja



Aku cari Isteri

Sunnah Agama

Bukan bini

Jalan ke neraka



Aku cari Isteri

Kekal di usia Tua

Bukan bini

Hancur di usia muda



Aku cari ISTERI

Bukan bini

Aku cari

Kerana NYA..



Azham Azmi

29 Jun 2003

26 June, 2010

Terima Kasih

Assalamualaikum Warahmatuhlahi Wabaraktuh & Salam Sejahtera.


Yang Berusaha Timbalan Presiden, Saudara Tetuan Aidy Hasrizal Roflese, Barisan Exco-exco Bainunalumni,Barisan Wakil-wakil Batch dan kepada semua ahli-ahli Bainunalumni & bekas-bekas warga SMK Raja Permaisuri Bainun,Ipoh


Alhamdulillah & Syukur kepada Allah S.W.T, kita sekali lagi ahli-ahli Bainunalumni dapat berkumpul dalam perhimpunan yang bersejarah ini,kita berhimpun untuk menentukan masa hadapan Bainunalumni melalui Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ketiga untuk Tahun 2010.Syukur juga kerana mesyuarat kali ini diadakan di tempat yang indah dan lebih selesa berbanding tahun-tahun terdahulu.Saya mewakili barisan Exco Bainunalumni ingin mengucapkan rasa penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berbahagia Dato’ Faizal Abdullah dan rakan-rakan yang dalam kumpulan pelajar perintis SMKRPB yang telah berusaha bersama-sama barisan exco Bainunalumni menjayakan AGM ini dan juga pada malam nanti Majlis Makan Malam Gala Sempena Jubli Perak SMK Raja Permaisuri Bainun,Ipoh yang kita cintai ini.SMK Raja Permaisuri Bainun telah mencapai umur 26 tahun pada tahun ini sejak penubuhannya pada tahun 1984.Hasil 25 tahun dahulu,kita dapat melihat ramai tokoh-tokoh atau produk-produk hasil keluaran SMKRPB yang banyak berjaya diluar sana.


Sebagaimana sekolah-sekolah tersohor lain,begitu juga SMKRPB perlu mempunyai persatuan alumni yang bertujuan mengumpulkan kembali bekas-bekas pelajar mereka sama ada yang berjaya mahupun yang kurang berjaya bersama-sama kembali berkongsi kejayaan dan memulangkan kembali apa yang telah mereka perolehi selama ini kepada generasi-generasi muda yang sedia ada dan yang akan datang.Tentu formula-formula kejayaan yang telah dicapai dapat dikongsi bersama malah boleh kita berkongsi kenangan-kenangan manis & pahit dalam kita mencapai kejayaan masing-masing.

Budaya yang cemerlang juga perlu kita pertahankan yang telah membina nama SMK Raja Permaisuri Bainun yang tersohor di negeri Perak khususnya dan kita mahu nama sekolah ini tersohor di peringkat nasional dan antarabangsa.Jika sewaktu kini, SMK Raja Permaisuri Bainun sedang membina nama dalam akademik dan juga bidang muzik melalui Orkestra Muda Bainun di peringkat nasional,Bainunalumni juga sudah harus memulakan langkah untuk membina nama sebagai persatuan alumni yang mempunyai kekuatan dan keunikan tersendiri sebagai mana MCOBA,STAROBA,ANSARA dan pelbagai lagi.Persatuan-persatuan alumni ini juga bukan sahaja mempunyai jenama atau brand tersendiri malah mempunyai jaringan atau networking yang sangat utuh.Alangkah malangnya,jika Bainunalumni tidak mengambil peluang membina nama dan mewujudkan jaringan ini untuk faedah bersama.Bukan untuk saya,bukan untuk barisan exco tetapi untuk semua.Jaringan peluang perniagaan,peluang kerjaya,pendidikan,kebajikan malah boleh menjadikan Bainunalumni sebuah NGO yang bebas politik tetapi berpengaruh dan mempunyai tempat dalam proses membina kemajuan negara semoga kemakmuran yang dicapai dapat dikekalkan dan syumul.


Matlamat-matlamat itu tidak boleh dicapai dalam sekelip mata tetapi boleh dipantaskan sekiranya beberapa perkara penting ini dapat dicapai.


  1. Mendahulukan semangat setiakawan yang dibina sejak zaman persekolahan dan mengutamakan musyawarah sesama kita dengan erti kata lain membina hubungan yang bersatu padu dan melupakan segala sengketa & dahulu selaras dengan cara hidup Islam;
  2. Mengenepikan sikap berpuak-puak dan senioriti dan junioriti yang keterlaluan dengan erti kata lain kita adalah sama diluar sana sama ada senior,junior,berjaya atau kurang berjaya.Yang berjaya membantu yang kurang berjaya,yang senior membantu yang junior,yang junior membantu yang senior,yang kurang berjaya juga bole membantu yang berjaya jika mampu.Ingatlah,tiada siapa yang senang sentiasa dan tiada siapa yang susah selamanya,Kita semua adalah umat Islam dan dalam satu keluarga 1Bainun ;
  3. Mewujudkan koperasi,yayasan mahupun sebuah entiti yang mampu mengumpul dana dan perolehan yang berterusan tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada sumbangan-sumbangan.Sumbangan masih diperlukan tetapi entiti yang diuruskan secara profesional perlu wujud untuk memastikan dana yang mencukupi untuk memastikan kelangsungan;
  4. Menggunakan modal-modal insan yang ada dikalangan ahli-ahli Bainunalumni sebaik mungkin untuk tujuan-tujuan yang baik dan mampu melonjakkan Bainunalumni;
  5. Menyokong & menggalakkan usaha-usaha aktiviti kebajikan dan pendidikan di sekolah dan juga masyarakat yang dijalankan Bainunalumni.Tanpa sokongan anda,Bainunalumni tidak akan mampu bertahan;
  6. Saling menyokong sesama kita untuk melonjakkan nama SMK Raja Permaisuri Bainun,Ipoh dengan mewujudkan rasa kekitaan dan semangat bangga akan nama SMK Raja Permaisuri Bainun,Ipoh sama ada diperingkat nasional dan antarabangsa;
  7. Mempunyai barisan exco yang kuat dan mampu bekerja keras yang terdiri daripada pelbagai juraian batch dan berganding bahu menguruskan Bainunalumni dengan penuh integriti dan efisien.


Apa yang telah digariskan , jika dijayakan dengan rasa ikhlas dan semangat yang jitu , insyaAllah boleh dijayakan dengan sokongan semua pihak.Jika tidak,apa yang digariskan tadi hanya sia-sia.Saya juga berharap jika ada pandangan yang berbeza dan kaedah yang lebih baik,boleh dikongsi bersama dengan barisan exco baru kelak.InsyaAllah.


Setelah 2 tahun memimpin Bainunalumni sudah tentu ada kejayaan dan kesilapan yang tidak boleh dielakkan.Dalam tempoh dua tahun ini dengan sumber yang terhad,kita mampu menyumbangkan hadiah pelajar terbaik SPM selama 2 tahun berturut yang tidak pernah dirasai oleh kita semua selama ini.Sumbangan yang bertujuan meringankan beban untuk melanjutkan pelajaran di intititut pengajian tinggi dalam dan luar negara.Selain itu kita juga telah menyumbangkan & membina sebuah tugu kenangan sempena Sambutan Jubli Perak SMKRPB dan turut serta meraikan Sambutan Jubli Perak SMKRPB pada 20 Oktober 2009 yang lalu.Kita juga telah mengadakan Karnival Sukan Bainunalumni yang bertujuan merapatkan hubungan bekas pelajar dan guru-guru & adik-adik pelajar sedia ada.Selain itu, kita juga telah mengadakan Ceramah Kerjaya 2010 yang bertujuan memberi sokongan moral,meningkatkan kesedaran dan membimbing adik-adik di SMKRPB untuk membina kejayaan setelah tamat pengajian di sekolah.AlhamduliSelain itu,pada malam ini,insyaAllah kita akan melakarkan sejarah julung kali,dengan majlis makan malam sempena jubli perak dan pelancaran yayasan kebajikan bainunalumni. Dan kejayaan terbesar adalah kehadiran Bainunalumni sebagai Persatuan Alumni telah mula dapat dirasai dan mendekatkan semula hubungan ramai bekas-bekas pelajar yang bertaburan mencari dan juga yang telah berjaya diluar sana.Proses ini akan berterusan dan tidak akan ada kesudahannya.InsyaAllah.Kita juga telah mengemukakan permohonan untuk mendapatkan kuota sebanyak 5 % khas untuk ahli-ahli Bainunalumni untuk anak-anak atau keluarga mereka dengan kelayakan yang sewajarnya untuk diberi perhatian khas untuk memasuki SMK Raja Permaisuri Bainun sebagai langkah kesinambungan generasi anak-anak Bainun.InsyaAllah kita berharap Jabatan Pelajaran Perak akan meluluskan permohonan ini.


Selain itu juga,saya dan barisan exco masih gagal menarik ramai bekas-bekas pelajar untuk menyertai Bainunalumni.Kaedah yang lebih mudah dan promosi perlu dijalankan lebih aktif.Nisbah bekas pelajar dan jumlah keahlian yang ada masih jauh.Pentadbiran & Pengurusan Bainunalumni juga masih belum sempurna tetapi sedang dan boleh diperbaiki pada masa akan datang oleh kepimpinan yang baru.


Justeru itu,saya juga ingin mengumumkan bahawa saya ingin mengundurkan diri dan ingin memberi laluan kepada kepimpinan yang baru dan yang lebih berkemampuan.Saya amat berharap kepimpinan yang baru dapat memberi kesegaran dan dinamika kepimpinan yang lebih hebat disamping mendapat sokongan yang padu daripada semua ahli atas sebarang usaha dan aktiviti yang mampu merapatkan jurang senior dan junior.Saya dengan itu mewakili barisan exco yang lama ingin memohon maaf dan keampunan sekiranya terdapat kekhilafan dan kesalahan yang disengajakan mahupun yang tidak disengajakan.Saya juga ingin mengucapkan jutaan rasa penghargaan kepada beberapa orang yang amat-amat bekerja keras demi Bainunalumni terutama Saudara Meor Azam Meor Hamzah yang betul-betul berdedikasi demi Bainunalumni dan juga Timbalan saya, dan keseluruhan exco yang banyak berkorban masa,tenaga dan wang.InsyaAllah jasa tuan & puan hanya Allah S.W.T sahaja yang akan dapat membalasnya.Selain itu juga saya ingin merakamkan rasa penghargaan kepada mantan Pengetua Kanan SMKRPB, Tuan Haji Jamaluddin Yusoff yang banyak memberi sokongan kepada Bainunalumni selama ini.Akhir sekali saya turut ingin merakamkan penghargaan kepada ahli-ahli Bainunalumni yang telah membantu secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan pelbagai aktiviti Bainunalumni selama ini.Terima kasih daun keladi,tidak terbalas jasa yang diberi.


InsyaAllah saya dan rakan-rakan akan terus menyokong kepimpinan yang baru kerana tiada apa yang mahu direbutkan kerana persatuan ini adalah milik kita semua bersama sebagai 1 Bainun 1 Perak 1 Malaysia.


Wasalamualaikum Warahmatuhlahi Wabarakatuh.



P/S: Tahniah kepada Saudara Hirwan Dato' Ahmed Hambal yang akan menyambung usaha saya.

15 June, 2010

Kata 3, Hilang 1 Lagi Pula....

  1. Baru sebentar tadi,kita dikejutkan dengan pengumumun ADUN DAP Malim Nawar,YB Keshvinder Singh Kashmir Singh yang keluar Parti DAP dan menjadi BEBAS.Bebas sebebasnya.Apa sudah jadi ?
  2. Ironinya,pada Ahad lalu, Ketua Penerangan PKR Perak memaklumkan bahawa akan ada 3 orang ADUN UMNO akan melompat ke PKR kerana tidak berpuas hati dengan MB Perak , YAB Zambry Abdul Kadir.
  3. Yang kelakarnya pula,pagi tadi YB MP Bukit Gantang & mantan MB Perak memaklumkan dalam sidang akhbar di Parlimen bahawa beliau menasihati 3 orang ADUN UMNO yang ingin melompat ke PKR supaya jangan melompat sebaliknya memohon agar dibubarkan DUN Perak.Beliau juga menggelar mereka yang melompat parti sebagai pelacur politik.Bagaimana pula dengan Parti Pa Alif Sin ? Dulu Amanat Haji Hadi isytiharkan kerjasama PEKEMBAR dengan MCA & MIC adalah kafir ? Sekarang ini dengan DAP bagaimana ? Bagaimana pula mengizinkan bukan Islam mewakili Pa Alif Sin dalam pilihanraya ? Bukan ini pelacur agama ? Yang Haram Dihalalkan.Sekali lagi saya menegaskan Parti Pa Alif Sin hanya menggunakan agama untuk kepentingan undi politik.
  4. Alasan YB Malim Nawar keluar DAP adalah kerana pemimpin PR di Perak terlalu membuang masa untuk politiking dan mengabaikan nasib rakyat.Soal terlalu politiking ini kerap kali ditekankan oleh mereka-mereka yang keluar parti PR ini.Daripada ahli biasa hingga ke pemimpin-pemimpin parti.Tetapi tidak pernah terlintas oleh pemimpin-pemimpin agung PR bermuhasabah diri mengenai kelemahan mereka malah dengan mudah menuduh mereka-mereka yang keluar jadi Bebas,ada yang buat NGO sendiri dibeli oleh PEKEMBAR / BN. Berapa banyak yang boleh dibeli pun ? Takkan ahli-ahli biasa yang keluar pun nak dibeli.Bukan boleh mengubah apa-apa.Mereka keluar atas kehendak sendiri.
  5. Apabila diminta bukti , mereka akan berkata akan diumumkan bila sampai masanya kelak.Ada pemimpin mereka, dulu nak dedahkan 6 KOTAK fail-fail bukti penyelewengan pemimpin-pemimpin BN.Sudah hampir 10 tahun,kotak itu masih belum didedahkan.Ke mana agaknya kotak-kotak tersebut ? 16 September ?
  6. Nasihat saya,sudah-sudahlah memutarkan belitkan berita atau menabur fitnah.Sampai bila semua orang boleh percaya dengan pembelitan berita-berita ini ? Siakap sinohong,gelama ikan duri,bercakap bohong,lama-lama orang benci.

P/S : Alhamdulillah,nasib bolasepak Perak akan kembali bersinar dengan syarat pengurusan yang mantap dan dana yang cukup.Terima Kasih Mantan Presiden PAFA yang dahulu.Hancur Pasukan Kejor Yeop Kejor selama 2 tahun ini.

01 June, 2010

Perpaduan Umat Islam Seluruh Dunia....


SUDAH TIBA MASANYA UMAT ISLAM SELURUHNYA BERSATU MENENTANG KEGANASAN ISRAEL DI BUMI GAZA DAN PALESTIN.




20 May, 2010

Lesen Judi & Lesen Arak

  1. Saya terkejut dan membantah langkah Timbalan Menteri Kewangan yang membuat kenyataan bahawa kerajaan akan meluluskan lesen judi bolasepak sempena Kejohanan Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.Kenyataan seperi itu tidak sepatutnya keluar daripada mulut seorang Timbalan Menteri Kewangan yang beragama Islam dengan sikap mengambil mudah dan berpandangan berdasarkan keuntungan sahaja.
  2. Tetapi saya juga tertanya-tanya,sebelum kenyataan ini keluar,sudah tentu pegawai-pegawai kerajaan akan membuat kajian dan laporan berkaitan kelulusan lesen judi ini.Jadi pegawai kerajaan manakah yang membuat kajian dan laporan mengenai untuk mengawal kegiatan judi haram yang sudah tentu haram dengan langkah menghalalkan judi yang memang haram dan cuba mencari sumber kewangan negara dengan kaedah begini sedangkan banyak lagi kaedah untuk mencari sumber kewangan dengan cara yang halal.
  3. Selepas kenyataan ini keluar,saya melihat di blog-blog dan Facebook,yang membantah pada peringkat awal adalah ahli-ahli UMNO dan beberapa rakan yang bersifat neutral.Kemudian selepas itu,barulah penerangan daripada pihak Kementerian Kewangan melalui Timbalan Menteri Kewangan yang seorang lagi yang bukan beragama Islam,lesen judi ini sebenarnya adalah lesen yang diperbaharui.Jadi lesen judi ini dikeluarkan untuk mereka yang bukan beragama Islam.AMARAN KERAJAAN BN KEPADA MEREKA YANG BERAGAMA ISLAM,JANGAN BERJUDI SEMASA PIALA DUNIA 2010 INI.
  4. Secara tiba-tiba,beberapa pemimpin PAS dengan kerjasama NGO-NGO Islam sibuk menganjurkan demonstrasi membantah kelulusan lesen judi ini.Memang mereka adalah pakar dalam menganjurkan DEMONstrasi ini.Beberapa ahli UMNO kebelakangan ini juga semakin pakar dalam soal demonstrasi ini.
  5. Cuma saya tertanya-tanya juga,dimana ahli-ahli PAS semasa kerajaan PAS Kelantan meluluskan lesen arak di Kelantan.Arak itu haram diminum.Jelas dalam Al-Quran.Arak & Judi adalah haram dalam Islam.Kelulusan lesen arak di Kelantan itu adalah untuk keperluan mereka yang bukan Islam dan hasilnya akan digunakan untuk membaiki infrastruktur yang rosak di Kelantan seperti jalan-jalan dan sebagainya.Mengapa tiada bantahan dan DEMONstrasi ini diadakan ?
  6. Petikan pendapat Nik Aziz pada 26 November 1994, “Pendapatan hasil cukai daripada arak dan lesen anjing boleh diguna pakai untuk muslimat umum. Sebab itu, Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya (tentulah termasuk sama babi) bagi menampung kos membuat jalan dan projek pembangunan lain. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila boleh minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan kerajaan mengambil duit dari mana?
  7. Jadi apa beza kerajaan BN buat selama hari ini dengan memberi lesen arak dan judi seperti Magnum 4D,Sports Toto untuk mengutip cukai untuk membina jalan dan sebagainya ? Mengapa semasa kerajaan PAS buat,tiada bantahan ? Sudah diberi amaran,judi itu haram untuk mereka yang beragama Islam,kenapa saya ternampak juga ramai yang berkopiah dan saya kenal mereka ini perjuangkan Islam kononnya keluar masuk ke kedai-kedai nombor ekor ini ? Di tempat saya,kedai ini ditepi jalan besar sahaja,sementara tunggu lampu isyarat,memanglah ternampaklah mereka-mereka ini.
  8. Adakah ahli-ahli PAS ini terlalu dungu untuk membantah tindakan pemimpin mereka tetapi terlalu cerdik untuk membantah tindakan pemimpin BN ? Double standard lagi.
  9. Bagi pemimpin BN,janganlah pula terlalu dungu untuk mengikut tindakan pemimpin PAS walaupun untuk meraih sokongan ahli-ahli PAS dan juga kaum-kaum lain dengan membenarkan perkara yang batil.Bagaimana kilang babi terbesar di Selangor ? Dulu semasa wabak virus Nipah,Tun Dollah digelar Badwi jaga babi,sekarang ini PAS Selangor tengok sahaja ke babi-babi di Selangor.Hasilnya ?
  10. Saya bukan pakar dalam hal agama,tetapi tidaklah terlalu dungu untuk memahami perkara yang mudah ini.Perkara yang haram tetap haram,yang halal tetap halal.