- 16 September (opps,tahun tidak diketahui), ada makhluk Tuhan memberi HARAPAN BARU kepada seluruh negara apabila mewar-warkan seluruh dunia dengan angkuhnya " We Have Numbers", "The numbers is increasing by hours","kita telah berada di landasan yang betul " dan bermacam lagi retorika yang menyatakan bahawa kumpulan Pakatan Rakyat ini akan mengambil alih Kerajaan Malaysia melalui "lompatan" 30 Ahli Parlimen BN ke Pakatan Rakyat."God Forbid".
- Satu Malaysia berasa teruja dengan Harapan Baru itu.Sedangkan gabungan PAS,PKR & DAP baru sahaja tewas dalam PRU-12 pada 8 Mac 2008.Selepas itu barulah Pakatan Rakyat diumumkan.Sudah kalah tipislah kiranya, (82-140) ada hati mahu ambil alih kerajaan dengan cara begitu.Inilah sifat kegopohan & keangkuhan seorang yang bernama Anwar Bin Ibrahim.
- Sifat ini telah ditunjukkan ketika mantan TPM ini berkuasa pada 1993 sehingga 1998.Akibat kegopohan & keangkuhan sokongan yang diperolehi,pemimpin yang telah membawa orang ini ke dalam Pekembar & memberi peluang untuk orang ini naik ke atas,mahu dilanggarnya.Ahli-ahli dalam PEKEMBAR ketika itu tahu akan permainan orang ini,tetapi pemuda & pemudi ketika ini yang ramai dibangku sekolah yang tidak langsung berminat dengan politik tidak mengetahui atau buat-buat tidak tahu akan kemunafikan orang ini."God Forbid".
- Mereka mempercayainya suci & bersih.Dianiaya atas perbuatan sendiri pula menjadi simpati kepada orang ini.Selepas dibebaskan secara teknikal,keputusan Hakim Rayuan (2-1),menandakan beliau selama ini dianiaya sedangkan hujah penghakiman menyatakan bahawa orang ini ada bukti terlibat dengan kegiatan homoseksual.(Yang ini kalau nak saman fitnah,saman RM 1 billion ke,sebab bukti memang ada).Perkara ini semua buat senyap sahaja,kecuali Tun Dr. M.
- Selepas dibebaskan,ke manakah orang ini ? Terbang ke Jerman untuk pembedahan satu jam akibat sakit belakang.Kasihan.Sekejap sahaja sudah baik.Kemudian beliau ke Washington,Amerika Syarikat Negara Kedua orang ini.Menjadi Pensyarah Sambilan.Apa yang dibuat disana selama 2 tahun sebelum kembali menggegarkan Malaysia semula ? Banyak video-video di Youtube memberikan gambaran hubungan orang ini dengan puak-puak Yahudi.Nak tuduh lebih-lebih,bulan Ramadan ini.Tengoklah sendiri,kalau boleh selepas Hari Raya.Nilai & kajilah sendiri.
- Alahai,sedangkan RPK & geng-geng Pakatan Rakyat boleh manipulasi pelbagai video terhadap Pemimpin BN,takkan dengan Ketua Pembangkang tak boleh ? Mana KeADILan ini macam ?
- Akibat 16 September juga,Perak jatuh kembali ke tangan BN akibat permainan orang ini sendiri.Orang tidak tahu bahawa bagaimana ahli-ahli dalam Pakatan sendiri dilayan begitu teruk oleh pemimpin akibat tidak sehaluan dalam matlamat perjuangan sehingga mereka marah & menjadi ADUN Bebas.Tetapi BN pula dituduh merampas kuasa.
- Akhirnya berlakulah persidangan bawah pokok,bekas speaker diusung keluar & bermacam lagi kerenah budak-budak ditonjolkan.Kadang-kadang,sukar untuk menegakkan benang yang basah.Sultan pun mula dihina akibat prinsip demokrasi ala barat yang diperjuangkan oleh orang ini.
- Sekarang,sudah setahun.Apa pun tarak,habuk pun tarak mau lekat.Dikhabarkan Negeri Selangor sedang berantakkan.Perbezaan fahaman agama & budaya menjadi punca.
- Kadang-kadang kita lupa,semua perkara yang terjadi diatas adalah kehendak Allah S.W.T.Dia juga yang Maha Berkuasa untuk mengiyakan perkara diatas berlaku.KUN FAYA KUN.Kadang-kadang kita sebagai manusia ramai nak jadi Tuhan.Ada yang mengangkat pemimpin itu sebagai Nabi yang maksum,apabila kata-katanya adalah benar belaka tanpa memikirkan akibatnya.Semua perkara itu akan dianggap 'Politik' sahaja.
- Orang PEKEMBAR/BN ini selalu bersifat defensif sahaja.Mana Ketua Pemuda & Penerangan ? Cuba tukar strategi menyerang pula.Sebab kerja membangkang ini adalah perkara yang paling senang.Bila suruh buat apa yang dibangkang seperti pembangkang hari ini,macam hampas sahaja.Lagi teruk adalah.Isu Kg. Buah Pala,isu arak,isu kuil.Lagi teruk.Kong kali kong.Paku dulang paku serpih,mengata orang,dia yang lebih.
- Brader Anwar Bin Ibrahim = What A Joker & A Liar..
- Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin.Selamat menonton.
15 September, 2009
PR : Pembohong Rakyat September 16th Revisited
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Bro,
U R Back...
Selamat Hari Raya...
HARAPAN BARU KU PUNAH...Hahaha
Teruskan perjuangan...
Anak Islam Melayu Perak
Post a Comment