29 October, 2009

EGM,EGM,EGM....

  1. PEKEMBAR telah adakan EGM.Alhamdulillah,kelulusan sebulat suara pindaan perlembagaannya akan membuka lembaran baru.Sesungguhnya,apa yang dijanjikan,dikotakan oleh Presiden PEKEMBAR.Walau bagaimanapun anjakan paradigma yang diharapkan YAB Presiden tidak akan memberi sebarang makna,jika ahlinya tidak mahu berubah.Sesungguhnya,PEKEMBAR dalam mod yang bersedia untuk menghadapi cabaran baru dimasa depan.Kejayaan di Bagan Pinang,membuktikan jika ahli PEKEMBAR & rakan-rakan BN bersatu padu,InsyaAllah kejayaan akan dapat dicapai.
  2. MCA juga telah mengadakan EGM.Satu keputusan yang agak menarik & bijaksana dari ahli-ahli MCA.Mereka tidak mahu pemimpin yang berebutkan kuasa.Kedua-dua pemimpin bermasalah kepada parti ditolak.Bagaimana pun demi kuasa juga,kedua-dua pemimpin ini pula boleh berkompromi,malah ditentang pula ahli-ahli Jawatankuasa Pusat (CC).Apa kesudahannya ? Jika memberi kesan kepada BN,tindakan yang wajar harus diambil.Umpama kanser,mana yang patut dibuang,dibuang.
  3. MIC juga diura-urakan mahukan EGM,untuk melucutkan Presiden yang telah lama & tidak reti-reti hendak berundur.Makkal Sakhti sudah jadi saingan setelah mendapat restu dari Pengerusi BN.Sungguh bijak langkah YAB Perdana Menteri.
  4. PAS juga nak buat EGM.Musim EGM agaknya.Satu buat,semua nak buat.TGNA pula mengusulkan EGM ini,walaupun beliau tidak ada hak langsung dalam perlembagaan PAS.Kalau Dato Mukhriz dituduh dinaungi Tun Dr. Mahathir,KJ dengan Pak Lahnya,Azmin dengan Brader Anwar Bin Ibrahim,H.M ada TGNA untuk menuju ke puncak kuasa.Jadi soal kuasa menjadi rebutan juga walau dalam mana-mana parti.Cuma kerna bisikan orang luar PAS,Presiden,Timbalan Presiden,Setiausaha Agung & Pengerusi PAS Selangor mahu dibuangnya.Umpama kera (Parti KeRa) dihutan disusukan,anak sendiri (PAS) mahu dibuang kerana isu kerajaan perpaduan.Salah ke kalau umat Islam yang berbangsa Melayu untuk bersatu dalam mempertahankan Islam & bangsa Melayu walaupun berbeza fahaman politik ? Jika umat Islam Melayu bersatu adakah ini perkauman atau peragamaan ? Apalah ada pada nama parti,selagi kita mengucap syahadah pada yang Satu juga ? Ada beza ke ? Kerana ada orang takut,pengaruhnya dalam PAS akan menggagalkan usaha untuk ke Putrajaya,inilah helahnya. Ada yang bagi tahu,bila mati tidak akan ditanya adakah kamu Melayu atau tidak ? Tahu pun. Jadi yang menyokong DAP yang mengatakan kerajaan perpaduan umat Islam Melayu perkauman itu buat apa ? Kita juga tidak akan ditanya,adakah kita ahli PAS untuk masuk syurga nanti ?
  5. Parti KeRA (PKR) ini juga dilanda masalah.Tiga anak Ibrahim (Anwar,Khalid & Zaid). Macam ada makna sahaja.Zaid Ibrahim bercuti dari politik PKR,langgar arahan Punahsihat Parti KeRa jangan ke Sabah & Sarawak bergaduh pula dengan Azmin,dinafikan pula.Azmin dilucutkan Pengerusi Sabah,Dr Jeffry Kitingan letak jawatan Naib Presiden pula.Naib Presiden tu.Bukan calang-calang jawatan.Adakah jawatan itu akan diisi pula Zaid Ibrahim yang akan kembali dari percutiannya ? Bila Brader Anwar Bin Ibrahim nak daftar jadi ahli Parti KeRa? Setiausaha Agung pula dikhabarkan mahu letak jawatan juga,tetapi ditarik balik.(Mudah sungguh dalam PKR,setiap 5 bulan,akan ada rombakan dalam pucuk pimpinan) Tian Chua pula terlompat-lompat macam Kera (setelah didapati bersalah menggigit manusia) menyalahkan media kerana besar-besarkan isu dalam Parti KeRa. Dulu bising media arus perdana tidak beri liputan pasal parti pembangkang,bila diberikan besar-besaran salahkan pula media.Tetapi media yang beri liputan palsu ini adalah Malaysiakini, salah satu media alternatif yang paling bebas katanya yang banyak menyokong Parti KeRa ini. Jadi jelas,media alternatif,tidaklah bebas sangat & adil serta boleh dipercayai. Sendiri buka pekung di dada.PKR tidak mahu buat EGM juga ke,lantik Punahsihat jadi Presiden & anak-anak Ibrahim sekali ? Nepotisme.Kronisme.Itulah,kalau hentam kerajaan sedap sahaja,kena batang hidung sendiri,terlompat-lompat macam kera.Tidak demokrasi kalau begini,habislah wartawan tidak sebulu dipalamkan oleh mereka.Kalau jadi kerajaan,jangan haraplah kebebasan media kononnya.Belum apa-apa,ada media kena 'ban'. Rakyat digula-gulakan,yang padan muka,rakyat juga.
  6. Geng Pakatan Rakyat ini kalau diikutkan,parti paling tidak demokratik & tidak menghormati ketua.Mana tidaknya,PKR ada Presiden, tetapi ada pula jawatan Punahsihat yang lebih berkuasa. PAS pun begitu,ada Presiden tetapi Mursyidul Amnya yang mahu mengawal segala-galanya. DAP lagi dahsyat, Setiausaha Agung (anak) & Pengerusi,Karpal Singh ada,Lim Kit Siang (bapa) pula mengawal segala-galanya.Kalau tidak percaya,cuba lihat Sidang Akhbar PR. Jadi apa perlu ada jawatan Presiden,jika akan ada orang yang akan mengawal Presiden.Cuma mereka ini bijak,jika berlaku apa-apa yang tidak baik,Presiden yang akan dipersalahkan.Bukan mereka-mereka ini.Bijak,bijak.
  7. Ada kawan tegur,PEKEMBAR ini dah terlalu lama & perlu digantikan.Kalau benda lama masih elok,kenapa perlu tukar ? Kalau rosak sana sini sikit,baikilah benda itu. Orang yang malas berfikir & malas berusaha cari jalan sahaja yang mudah buang benda lama tukar dengan yang baru,tetapi yang benda baru dizaman ini selalu cepat jahanam. Benda lama,jika dibaiki & dijaga ada harga. Harga tinggi pula.Tetapi dia pun lupa PAS pun dah lama juga. Kalau begitu, kerajaan PAS di Kelantan,kerana sudah lama,perlu ditukarkan jugalah.Sebab sudah lama.Apalah jumudnya alasan yang diberi ? PAS sebagai parti serpihan PEKEMBAR sebelum merdeka, bila nak kembali ke pangkal jalan ? Bersatu padu demi perpaduan ummah bersama-sama rakyat lain sebagai 1Malaysia.Mudah sahaja.Jangan Lupa Lirik,eh silap.Jangan Lupa Sejarah.Itulah dulu waktu mata pelajaran Sejarah,tidur dalam bilik darjah.Hehehe...

7 comments:

Anonymous said...

cuba tanya pada saiful bukhari, kenapa lubang ponggongnya tidak koyak kerana diliwat, Dr. Pakar yang merawatnya menyatakan tiada bukti dia kena liwat.

Jangan kita ikut sahaja apa kata pemerintah hanya kerana kita rasakan pemimpin kita betul. Jangan kita percaya pada fitnah.

engr.azham.azmi said...

Anonymous 00:48

Biar dia jawab di mahkamah..Kenapa DSAI asyik cari helah tangguh2kan perbicaraan..Jika DSAI benar,let the trial begin...Dont just believe that leader have been a leader before never been a wrong person...Siapa yang memfitnah siapa ini ? Kita tidak ikut,kita berfikir..
Bagaimana dengan fitnah Altantuya ? Sumpah telah dibuat..Yang sana belum lagi...

Anonymous said...

salam tuan,

tuan bacalah dokumen perbicaraan pembunuhan altantuya, banyak sangat persoalan yang tidak terjawab. apa motif pembunuhan dll.

cuba renung dalam-dalam, jangan kita terlibat sama menyokong pihak yang tidak dapat didakwa kerana terlalu berkuasa.

mungkin kita juga mahu kuasa, sbb itu kita pun sokong aja pemerintah yang zalim. lebih baik jadi orang yang objektif, melihat daripada semua sudut dan bukan menyokong tanpa melihat fakta.

apakah 3 org Dr pakar yg memeriksa saiful itu membuat kenyataan yang salah? maaf tuan kalau nanti di akhirat kita disoal di hadapan Allah kerana menyokong kerja-kerja zalim.

perhaps anwar ibrahim wasnt a good leader after all, but neglecting the fact that all three doctors have given their full professional statements on this matter, wouldnt it be appropriate to just drop the case?

nak mengenakan orang memang senang terutama kalau kita berkuasa. keputusan mahkamah mungkin atau selalu berpihak kepada umno/bn tapi andainya terbukti kes liwat tidak berlaku, apakah tuan sanggup memohon maaf kepada anwar selepas bermati-matian menyatakan dia peliwat. bersumpah sahaja bukan penyelesaian.

Ingat, Allah tidak menurunkan balanya pada masa itu, kadang2 anak cucu kita yang terkena, jadi jgn main2 dengan sumpah dan jgn main2 dgn fitnah. reserve sedikit opinion kita sambil beristighfar kepada Allah. Andai tuan mati dulu dan sebenarnya anwar bukan peliwat, bagai mana nak minta maaf? ingat, dosa kita dgn tuhan boleh kita mohon ampun, tetapi dosa kita sesama manusia mesti diphon kepada tuan ampunya diri.

tuan orang baik, jauhi fitnah, cuba bersangka baik, saya faham tuan mahu jadi pemimpin, tapi jadilah pemimpin yang tidak bermain dgn fitnah.

maaflah agak panjang. sekian wassalam.

engr.azham.azmi said...

Salam..

Terima kasih kerana berminat di blog saya..Terima kasih juga kerana mengingatkan saya..sebagaimana tuan mengatakan 3 doktor mengatakan tiada kesan,terdapat juga doktor mengatakan ada DNA..bagaimana penggunaan KY jelly,pelincir ? bagaimana pula kalau benar2 liwat berlaku,mahupun oral seks,ataupun pelbagai lagi.. tiada fitnah,tiada usaha untuk mengenakan beliau,apa dosa tuan memfitnah umara-umara,doktor2,polis2,pendakwaraya ? ramai yang tuan tuduh mereka memfitnah DSAI ? apa tuan lupa ape bukti adanya konspirasi ? Tuan juga lupa apa yang berlaku di dunia ini kehendakNya ? apa tuan juga terlalu percaya akan konspirasi kerajaan ? saya tidak menyatakan DSAI peliwat sekiranya mahkamah di dunia ini telah mensabitkan kesalahan beliau terdahulu...jika tidak betul,mahkamah jua yang harus bertanggungjawab..saya tidaklah bermatian2 menyatakan DSAI peliwat..JIKA ADA,BUKTIKAN KENYATAAN SAYA ? Tuan meminta saya bersangka baik akan DSAI tp tuan bersangka buruk terhadap kerajaan,pemimpin BN/UMNO ? adakah mereka semua ini terlalu zalim ? adakah dengan kuasa,mereka semua boleh melakukan segala2nya tanpa izin Allah SWT ? bagi saya,saya mengkritik dasar DSAI,sikap beliau dalam meraih sokongan undi politik,sikap beliau menghadapi perbicaraan & ketidak konsisten nya dasar beliau? bila dalam kerajaan lain,diluar lain ? politik dendam beliau..pembohongan & keangkuhan 16 Sept beliau ? bagaimana pula keadilan untuk Saiful Bukhari,bapanya & keluarganya ? jika berlaku konspirasi,tidaklah mahkamah masih belum memulakan perbicaraan sehingga 1 tahun lebih ? adalah lebih mudah perbicaraan dijalankan secara cepat & dihukum cepat..sama2lah kita memohon kepada Allah SWT menunjukkan kebenaran...Tuan melihat dari perspektif pemimpin seperti DSAI,saya hanya melihat dari perspektif maruah rakyat bawahan seperti Saiful & bapanya..Nikmatilah lakonan didunia ini kerana ia dipertontonkan kepada kita olehNya untuk diambil iktibar untuk perjalanan disana kelak...soal Altantuya,jawapan yang telah terjawab..

Anonymous said...

salam tuan,

kalau tuan baca machivelli, guthen, kennedy, dll, tn akan nampak bagaimana konspirasi berputar dalam politik. anyway, saya tidaklah bercakap bahawa saya menyokong penuh anwar ibrahim, saya bercakap ttg jgn mendokong sesuatu yang boleh dibuang di mahkamah, common law says that if medical experties found there's no penetration whatsoever kpd dubur mangsa, kes buang, but di sini terbalik. by the way, doktor pakar tentu dah ambil kira pelincir, ky jelly before the could make their statement. Kewujudan DNA boleh dibuat anytime tuan, sbb DNA anwar ada disimpan oleh pihak polis. Dr pakar tak pernah cakap ada DNA.

dlm kes sukma, munawer anis, kenapa diorang ditangkap kerana diliwat, sedangkan saiful mendapat keistimewaan.

anyway, apa2pun, sy tau tuan org yg sedang membina pengaruh, sedang mencipta political boundaries (machiavelli) tapi jgn benarkan sesuatu yang berunsur fitnah dibiarkan mempengaruhi kita.

berpolitik mmg bagus untuk kesinambungan negara dan rakyatnya, tapi harus ingat juga unsur dosa dan pahala. jangan sampai di mahkahmah akhirat nanti Allah bertanya kenapa kamu bersekongkol dalam finah. sebab itu nabi bercakap ttg bersangka baik.

tuan muda lagi,dlm politik boleh berlaku perubahan kepada niat seseorang. apabila terlalu banyak korupsi (lihat buku terbaru sorg mat saleh ttg mahathir), upaya utk mengubahnya harus dimulakan oleh seseorang.dan mungkin anwar orangnya semasa dalam kerajaan, tapi dia ditahan.


beginilah, sebagai orang yang menyokong dasar kerajaan sepenuhnya, tidak mungkin tuan akan menerima pandangan ikhlas saya ini sepenuhnya. sayafaham kerana blog tuan juga dibaca oleh orang2 yang sealiran dgn tuan but deep inside saya harap tuan fikirkan sahaja tentang semua isu yang berlaku.

tentang dasar politik anwar yng memberi keadilan kepada semua kaum, itu juga yang diwarwarkan oleh kerajaan. jadi tiada bezanya.

Tuan, mmg semua yang berlaku kehendak Allah, tapi walaupun dilarang minum arak, sebahagian manusia islam minum arak juga, adakah Allah yang mahu dipersalahkan, sebahagian org melayu berlaku zalim kepada anak isteri, adakah ini kehendak Allah juga, walaupun sudah ditegah dan diberi akal fikiran?

fikir-fikirkanlah dan selamat beramallll.

wassalam

engr.azham.azmi said...

Dalam kes Munawar & sukma mereka tidak diliwat secara paksa...Saiful diliwat secara paksa..saiful menjadi mangsa..mereka itu suka sama suka...Saya tidak menyokong kerajaan membuta tuli...saya tidak berminat untuk menjadi pemimpin politik,saya tidak membina pengaruh saya...saya jadi pemimpin sebab dipilih setelah ramai menolak..medium blog adalah tmpt yang bebas utk kita meluahkan pendapat kita..saya tidak menyokong dasar 'keadilan' semua kaum anwar dimana hak sama rata..itu salah & zalim..sepatutnya hak diberikan berdasarkan tempat yg betul..bukan sama rata..tuan tidak kenal anwar semasa di dalam umno..yer saya masih muda,tetapi saya ikut hal politik ketika saya masih muda..bagaimana ? itu sejarah dalam keluarga saya..ramai melihat politik itu perlu sempurna,menyamakan ia dengan konsep prosedur...sedangkan politik itu perlu hikmah,perlu timbang rasa..saya akui saya jelak dengan sesetengah pemimpin umno tapi saya bertambah jelak dengan pemimpin2 yang tidak konsisten,hanya mementingkan undi..jika anwar itu seorang pemimpin berjiwa besar,tidaklah rusahan & reformasi 1999 menjadi senjata beliau yang mengakibatkan negara huru hara,kerugian peniaga,keselamatan rakyat..seorang pemimpin berjiwa besar meletakkan kepentingan ramai dihadapan..bukan matlamat untuk menjadi PM menjadi alasan untuk menghalalkan cara beliau...sekarang beliau menjual politik semuua boleh,menyebabkan kaum2 lain nampak kelemahan orang Islam itu sendiri...saya tanya dimana kenyataan bermati-matian saya mengatakan DSAI peliwat tanpa merujuk kepada mana2 fakta ? jangan mengubah haluan bicara dengan membuat justifikasi ke atas diri saya..."by the way, doktor pakar TENTU dah ambil kira pelincir, ky jelly before the could make their statement." siapa kita untuk meNENTUkan mereka dah TENTU ambil kira ? biar di mahkamah putuskan..ini subjudis...

selamat menonton lakonan di dunia ini...ambil iktibar..

meo said...

ni yg sekor ni ce bagi nama....takut sgt ke....bosan aku orang suke nyorok2 ni