A.I bukan Artificial Intelligence...its stand for Anwar Ibrahim,but i hope not American Intelligence. Apa istimewanya makhluk Allah S.W.T ini ? Nak ke mahkamah pun sampai 100 orang polis kena escort.Macam polis tak ada kerja lain.Patutlah sekarang jenayah menjadi-jadi.Polis terpaksa menumpukan perhatian kepada A.I ini. Orang lain pun pergi ke mahkamah,tapi tak adalah kecoh-kecoh macam ni.Macam dia seoranglah dalam Malaysia ini mahupun dunia ini kononnya dianiaya.Dah tak ada ke ancaman bunuh ke, sampai bebas kesana kemari, inikan nak ke Taiwan nak pujuk MP BN yang tengah buat lawatan disana ? Siapa yang mengancam siapa ni ? Jika UMNO Perak nak pujuk MP Pakatan Rakyat di Perak untuk sertai BN,punyalah kata rasuah wang lah,itulah.Tapi bila A.I buat boleh pulak ? Sampai sanggup berkejaran MP BN ni.Ya lah semua yang A.I buat tak pernah salahkan (kata penyokong A.I) Tapi apa sumbangan dia ? Sedangkan pemimpin PAS pun tak percaya yang 16 September ini akan berlaku perubahan kerajaan atas sebab-sebab teknikal.Entahlah,sama ada A.I ini tidak berpijak di bumi yang nyata.Kalau terjadi pun,apakah jaminan bahawa negara ini selamat dengan kepimpinan A.I. Apakah bukti kebolehan beliau ? Dulu semasa dalam kerajaan,dizaman ekonomi negara mengalami pertumbuhan 8 % setahun sebelum kegawatan 1997 kerajaan itu dipimpin oleh Tun Dr. Mahathir,bukan beliau.Beliau hanya TPM & Menteri Kewangan sahaja.Kata putus PM juga. Apakah keamanan negara,perpaduan rakyat boleh dijamin jikalau beliau hanya mahir dalam ekonomi ? (Betul ke pakar ekonomi sedangkan krisis 1997, nak ikut cara IMF ?) Kalau nak sangat jadi PM,do it gentlemen way,jangan main ikut belakang.Janganlah suka bermain dengan sasaran tarikh itu,tarikh ini,(sasaran telah diubah pula ke 20 September). Menyusahkan pelabur,tak stabil.Media pun seronok mainkan isu ini,saya pun tak faham.Lagi saya tak faham PM yang ada pun buat tak tahu sahaja. Saya tiada apa-apa masalah dengan A.I,sebab saya tiada apa-apa kepentingan pun.Cuma pendapat saya sebagai rakyat Malaysia tentang apa yang berlaku sekarang,salah ke ? Cuma pandangan saya,janganlah mementingkan diri sendiri kalau pun nak jadi Perdana Menteri pun.Jangan zalimi rakyat sedia ada.Mentang-mentang PM yang ada ni pun tak berapa cekap,tapi janganlah ambil kesempatan huru-harakan negara ini.Kalau dahulu Tun Dr. M dilabel Mahazalim,kononnya zalim pada satu individu,apakah label kepada orang yang menzalimi rakyatnya pula dengan huru-harakan kepimpinan negara semata-mata nak jadi PM? Political Manupulator pandailah.Lu fikirlah sendiri....(Bosan dengan manusia yang suka kepada kemasyhuran dunia (A.I suka sangat kamera wartawan ikut dia,lambai-lambai pada penyokong dia) yang tak seberapa sangat)..Wallahualam..
Nota:
Almarhum ayahanda saya pernah berkata pada 1998 'Kalau A.I tuh seorang ulamak (sebab pernah bagi khutbah),takkan dia tak redha dengan apa yang berlaku,bersihkanlah nama,ini naik pentas DAP dan huru-harakan negara dengan demonstrasi,ini macam orang tak boleh terima hakikat sahaja ketentuan Allah S.W.T'.
3 comments:
agak nya ko tak terasa sangat minyak dah naik???
Aku politik ni tak minat sangat.Pasal tak suka tengok bangsa sendiri bertelagah.Asalkan tak kacau aku sudah.Yang penting sebagai rakyat kita kenalah 'filter' dulu apa pun pandangan politik diaorang.Jangan terus menunding jari salahkan mereka dengan hanya dengar bualan orang(di kedai kopi,mamak,starbucks,atau mana-mana) lepas tu hebohkan sana sini.tapi takde bukti...sekarang bukti pun dah boleh dijual belikan,kan,kan, asalkan ada 'pitis'.Maklumlah masing-masing sudah ada media sendiri untuk sampaikan maklumat.Jadi pandai-pandailah kita 'filter'maklumat tu sebaik mungkin.Masa harga minyak naik semua orang marah(termasuk aku)siap buat demonstrasi sana-sini(tak termasuk aku la).Tapi bila harga minyak turun (walaupun sikit) pernah tak kita bersyukur dan berterima kasih.Sebagai rakyat Malaysia aku cuma mahu hidup aman damai di bumi yang bertuah ini.'Filter' bro jangan tak 'filter'...
Aku tak paham...ader lagi orang muda skang nih yg masih percaya pd BN...
Sedangkan orang kampung pn dah terbuka mata dan fikiranya...
Post a Comment