Ketaksuban kita kepada sesuatu perkara atau kepada seseorang hanya akan membawa kepada kekecewaan.Apatah lagi apabila kita sentiasa mengiyakan sahaja tindak tanduk & perilaku seseorang.Lebih-lebih lagi pemimpin.Lebih-lebih lagi kepada pemimpin yang belum menjadi pemimpin utama.Belum dibuktikan lagi kejayaan pemimpin itu,pemimpin itu didewa-dewakan sebagai penyelamat negara ini.Sudah ada replika besar untuk pemimpin dewa ini.Bukankah itu pembaziran.RM 5000 itu adalah baiknya dibuat kenduri atau disedekahkan makanan kepada orang-orang miskin di Gombak.
Semua orang boleh berjanji itu dan ini.Malah syurga pun boleh dijanjikan hanya kerana mahu meraih undi untuk mencapai kekuasaan.Tidakkah pelik,sekiranya pemimpin itu mahu mengubah sesuatu perkara dalam negara ini contohnya dalam hal rasuah,pemimpin ini dulu pernah berada di puncak kuasa,apa yang dibuatnya ? Pemimpin ini juga bolehlah dikatakan 'membeli' bahagian-bahagian UMNO untuk mendapatkan pencalonan sebagai Timbalan Presiden dengan menyebabkan Allahyarham Tun Ghaffar Baba terpaksa berundur sebelum berjuang.Siapa yang boleh nafikan hal ini ? Apabila tahun 1997-1998 isu KKN,Korupsi,Kronisme & Nepotisme dibangkitkan kepada pemimpin utama ketika itu,satu senarai pemilikan saham bumiputera dikeluarkan.Rupa-rupanya penuh nama kroni-kroni pemimpin dewa ini.Tetapi kebanyakkan penyokong-penyokong pemimpin ini adalah golongan muda seperti saya tetapi mungkin lupa atau tidak tahu tentang sejarah.Lagipun semasa di sekolah saya dapati subjek sejarah adalah subjek yang paling tidak popular.Tetapi itu menyebabkan ketaksuban diatas kepetahan berucap menyebabkan mereka 'cair' dan percaya.Kata orang muda pandai mengayat.Menyokong diatas janji yang belum tentu dikota dan menyokong diatas janji yang telah ditunaikan adalah dua perkara berbeza.Kalau taksub diatas janji yang telah ditunaikan,bolehlah difahami,tetapi taksub kepada janji belum tunai ini,langsung saya tidak faham.Lagipun Islam mengajak kita bersederhana.Sokongan membuta tuli boleh menghancurkan negara ini.Saya ingin mengajak semua untuk melihat satu senario,apakah pendirian anda jika pemimpin dewa ini gagal mengotakan janjinya ? Gagal membasmi korupsi ? Gagal beri harga minyak turun ? Gagal mengawal & membentuk perpaduan ? Kita telah melihat kegagalan PM hari ini walaupun bermacam janji.Kita juga melihat kegagalan 16 September.
Kalau zaman Tun Dr. M dikatakan penuh rasuah,apakah negara ini boleh maju seperti hari ini ? Tiada kepimpinan yang sempurna,pasti ada cacat celanya.Tetapi lihatlah hasil yang ada didepan mata.Itu pun tidak nampak.Di beberapa negara-negara Afrika,adakah mereka maju sehingga kini kerana tahap rasuah mereka bagaimana ? Di Amerika Syarikat juga ada rasuah.Tetapi jangan kerana nak basmi rasuah kononnya,buat negara ini tidak tenteram,pelabur takut melabur,nak take over government by using BACK door dan bermacam-macam janji yang boleh menggugat perpaduan negara ini.Buatlah cara terhormat.Jangan kerana nak selamat & sokong seseorang,keamanan negara tergadai.Kalau dah salah,tetap salah.Nak tegakkan benang yang basah buat apa.
Yang penting apa peranan kita dalam menaikkan ekonomi negara,membantu mereka-mereka yang miskin,memelihara perpaduan & keamanan ? Jangan ditanya apa sumbangan negara kepada anda tetapi tanyalah diri sendiri apa sumbangan anda kepada negara ? Buat replika besar pemimpin dewa,demonstrasi jalanan, mengutuk & mengeluh,berjanji sana dan sini itu yang kami pandai sumbangkan kepada negara..
Buat ahli-ahli UMNO,pilihlah pemimpin betul-betul.Orang diluar sana meluat tengok perangai pemimpin UMNO sejak akhir-akhir ini.Ingatlah tak ada benda yang kekal lama kalau perangai buruk masih dikekalkan.Angkuh bila berucap,bila bercakap tidak bijaksana & cakap tak serupa bikin.Jangan jual undi.Ingatlah,UMNO & Barisan Nasional ditubuhkan sejak 1946 & 1970 untuk membela nasib orang melayu dan memelihara perpaduan antara kaum.Bukan koyak gambar orang lain.Bukan nak bela nasib satu-satu pemimpin.Pemimpin datang dan pergi,yang tinggal nanti replika besar di Gombak.Lu fikirlah sendiri....Wallahualam...
3 comments:
kesimpulannya, nak menyokong seseorang itu biarlah berpada-pada. menyokong sebagai tanda persetujuan terhadap arah, hala tuju dan tujuan perjuangan yang sebenar. kalau sudah sampai tahap mendewakan seseorang, ini kes bahaya!
p/s: aku dok tunggu kwn2 kite nak aktif kat sini.
sikit lagi nak tambah..
Selamat Hari Raya,
Maaf Zahir & Batin.
Post a Comment