06 February, 2009

Daulat Tuanku.....Ada orang sudah kena jual !!!

1.Kecoh-kecoh di Perak lagi.Apa yang nak diambil,telah diambil orang.Kelakar pun ada melihat senario ini.Apabila 16 September diwar-warkan seantero dunia,itu adalah hak rakyat.Apa yang berlaku 4 Februari 2009,tidak bermoral dan membelakangkan hak rakyat.Pulak...

2.Ketidakstabilan politik di Malaysia ini berpunca daripada seorang manusia yang terlalu gilakan jawatan Perdana Menteri di Malaysia ini.Sejak hilang jawatan Timbalan Perdana Menteri,manusia ini rakus mengejar cita-citanya sama ada didalam tirai besi mahupun semenjak keluar dari tirai besi.Reformasi,perhimpunan sana sini,16 September,lompat melompat.Tak sudah-sudah politiknya.

3.Sejak April 2008,manusia ini sibuk menjaja emas 916 nya sampai ke negeri Taiwan.16 September 2008 khabarnya MP BN akan melompat dan dia akan jadi Perdana Menteri.'The numbers have increasingly by hours',angkuh bila menjawab dia bila ditanya jumlah MP BN yang akan melompat.Tetapi ini semua auta.Pada 25 Januari 2009,manusia ini bangga apabila seorang ADUN BN MELOMPAT ke PR.Ini adalah demokrasi & ramai lagi akan MELOMPAT lagi.Bekas MB Perak pula,ini demokrasi,tidak perlu DUN itu dikosongkan.Ini adalah hak beliau untuk bersama kita katanya.

4.Walau bagaimanapun,mereka ini mungkin lupa kenyataan mereka diatas.Apabila pada 4 Februari 2009,4 ADUN mereka MENYOKONG BN (ini kerana 3 ADUN BEBAS ini tidak menyertai mana-mana parti dalam BN,hanya menyokong atas kapasiti bebas,bermakna bukan lompat),ini penghinaan kepada mandat rakyat.DUN tersebut perlu dikosongkan.Ini tidak bermoral & tidak demokrasi.Begitu pula.Perlu pulangkan kepada 'Mahkamah Rakyat'.Sudahlah,balik-balik berselindung dibawah bayang-bayang rakyat.Rakyat yang sokong dia,diperbodoh-bodohkan dengan perhimpunan sana sini.Sudah-sudahlah.Masa sekolah dulu puas dah tiap-tiap pagi ada perhimpunan.

5. Apa ini ? Hipokrit tahap apa ? Dia boleh,orang lain tidak boleh.Keangkuhan jelas telah menguasai mereka.Dah diminta letak jawatan,letak sahajalah.Ini demokrasi apa,demokrasi terpimpin."Ini tidak adil !", kata Abdul Wahub dalam filem Tiga Abdul.

6.Saya menyanjung tinggi kebijaksanaan DYMM Paduka Seri Sultan Perak,yang bergitu berhati-hati & berhikmah dalam menangani masalah ini.Dipanggilnya satu-satu ADUN BN & ADUN Bebas,disiasat dan ditanya seorang demi seorang.Macam PR mula-mula nak tubuhkan kerajaan dulu.Akhirnya Baginda buat keputusan.Tetapi manusia bodoh tak boleh diajar ini,tak boleh terima dengan hakikat & ketentuan Maha Esa.

7.DYMM Paduka Seri Sultan Perak mungkin marah juga dengan tindakan pemberian tanah 999 tahun itu.Negeri dibawah jajahan Baginda,nak diberi sewenang-wenangnya.Memanglah tanah di dunia ini milik yang Maha Esa,tetapi kita sebagai khalifah di dunia perlu menjaga & mentadbir amanah ini.Jika tidak (seperti jadi khalifah boneka orang lain),kena tendang keluar dari kedudukan khalifah itu.

8.Ada rakan-rakan saya mengatakan kaedah yang dibuat oleh BN ini kurang bermoral,tetapi ini dilakukan berdasarkan perlembagaan & demi kepentingan rakyat.Sudah pasti segelintir tidak bersetuju,tetapi perkara yang tersirat perlu didalami dan diperhalusi.Jika tidak betul,tentu Baginda,bekas Ketua Hakim Negara akan membuat keputusan lain.Tetapi hampir sebelas bulan,tiada apa perubahan di Perak ini.Hanya tukar kereta Toyota Camry & pemberian tanah yang saya nampak.Usaha-usaha lain tidak ada.

9.Tahniah YB ADUN Pangkor,Datuk Dr Zambry Abdul Kadir yang telah mendapat perkenan Tuanku untuk dilantik sebagai MB Perak yang kesebelas.Saya ada beberapa perkara yang saya harapkan sebagai anak Perak yang YB dapat fikirkan dan laksanakan jika boleh :

  • Buat tugas adil & saksama.Sama ada orang BN atau orang PR,layan dan dengar masalah mereka.
  • Jangan ubah dasar secara mendadak.Yang mana faedah untuk rakyat,teruskan.Kurangkan kenyataan kontroversi.Ikut cara YAB Menteri Besar Kedah.Orang pun suka.
  • Kurangkan politiking dalam BN.Kekalahan dulu berpunca daripada sebab ini.Tindakan-tindakan kurang bijak dalam strategi pilihanraya,banyak berjanji tidak ditunaikan dan tiada perpaduan yang utuh dalam BN.
  • Bangunkan Ipoh sebagai ibu negeri dengan lebih pesat,supaya peluang kerja diwujudkan dengan lebih banyak.Jangan terlalu banyak buang masa mengkaji itu ini,sedangkan peluang yang diperolehi disambar negeri lain.Dengan banyaknya peluang pekerjaan diwujudkan,pengaliran keluar profesional muda dari Perak dikurangkan dalam,tenaga anak Perak dapat membangunkan negeri Perak.Kita banyak kehilangan tenaga muda ini di Kuala Lumpur,Selangor,Pulau Pinang & Johor.Negeri orang lain maju,negeri ini statik sahaja atau terlalu perlahan pembangunannya.Pantau & pastikan pembangunan berlaku dengan pantas.Gunakan kedudukan Menteri Kewangan 1 dan Timbalan Menteri Kewangan serta Timbalan Menteri MITI (dua-dua MP Perak) untuk salurkan pelbagai sumber untuk pembangunan di negeri ini.Bangunkan Ipoh dan limpahkan kemajuan ke daerah-daerah lain.Tarik anak-anak Perak diluar untuk kembali membangunkan negeri ini kerana potensinya besar & sumber alamnya pelbagai.
  • Libatkan lebih ramai tenaga profesional muda dalam badan pemikir.JANGAN PINGGIRKAN IDEA DAN TENAGA PROFESIONAL MUDA PERAK.Jangan jadi kisah Singapura dilanggar todak.Orang muda yang bagus ideanya,dibunuh kerana takut mengancam kedudukan pembesar-pembesar.
  • Gantikan mereka-mereka yang dah lama duduk dalam anak syarikat kerajaan negeri yang tidak pernah menunjukkan prestasi yang bagus.
  • Tunjukkan kepimpinan melalui tauladan.Jangan lupa diri dengan nikmat & ghanimah dihadapan mata.Gunakan untuk kebaikan.
  • Sentiasa pohon petunjukNya.
10.Moral daripada kisah ini di Perak.Umpama kisah Sadiq Segaraga dalam Tiga Abdul.Mula-mula dia jualkan orang,tetapi akhirnya dia kena jual.Ingat,selangkah A.I dihadapan,3 langkah N.R dihadapan.

Anwar,because of your 916 gold,now you have been sold.


Wallahualam...Lu fikirlah sendiri.

11 comments:

Anonymous said...

Tiada siapa tahu, mungkin Allah s.w.t sedang mempersiapkan Nizar untuk kejayaan dan kegemilangan agenda Islam yang lebih besar pada masa-masa akan datang.

Anonymous said...

Hem... Terlalu banyak hikmahnye... Bukan hanya untuk kite org Perak... tapi sekalian orang Melayu di Malaysia...

Anonymous said...

Adakah Islam itu milik PAS sahaja ?
InsyaAllah Agenda ISLAM yang lebih gemilang boleh dicapai melalui BN dengan kepimpinan yang baru ini dan lebih rapat dengan ISLAM..Sedangkan Nizar telah diperkuda selama 11 bulan oleh DAP..Agenda Islam ape yang Nizar bawak selama 11 bulan ni ? Agama tidak dibezakan dengan sikap kepartian...

ANAK ISLAM MELAYU PERAK

Anonymous said...

Sudahla..aku dulu undi/sokong PR sebab nak tegakkan syiar Islam,buang UMNO yang korup..Tetapi kejadian di Perak ni buat aku insaf..PR lagi teruk dari BN..xpenah ngaku salah..UMNO kurang2 tahu masalah politik wang jadi barah dalam UMNO..tapi bila PAS sanggup gadai maruah bangsa/agama..itu yang aku xbole terima..angguk-angguk DAP buat..Anwar pun satu..tak reti-reti sabor..padan muka hal melompat..Terima Kasih Tuanku..yang penting anak bangsa aku boleh hidup aman,boleh cari makan,boleh cari ilmu..Hidup Islam..

Allahuakbar

Anonymous said...

Camry untuk dilelong...
Lelong..lelong..lelong...

Anonymous said...

bn memang korup
suma org tau..org bodoh pun tau jugak...
takpe,hari ni hari bn tunggu la pilihanraya akan dtg...tersungkurlah bn...aminnnn

Anonymous said...

Ada jugak orang yang tak reti bahasa noo..BN korup,depa akui,tengah usaha nak perbaik..ni PR yang mula nak jadi kerajaan dah mula nak korup,tapi tak reti2 nak ngaku..Habaq kat org PR ni buang masa jaa..depa ni,org depa ja yang baik,orang lain semua tak baik..EXCO Kedah simpan pompuan pun depa kata biasa la tuh..Apa nak jadi ni..isk..isk..isk..Aku orang luaq pun malu tgk PAS sanggup ikut ja cakap DAP bagi tanah...Orang bodoh ja yang xnampak benda2 ni...

Anonymous said...

Aku sgt pelik.Bila Sultan T'ganu or Raja Perlis xperkenan nama MB BN tertentu,PR kata titah Sultan wajib dipatuhi.Bila Perak,nak saman pulak...Ape benda nih ?

Benci orang hipokrit...

Anonymous said...

Mula2 Dato' Seri Nizar umumkan nak bubar DUN, sedangkan ms tu belum dpt perkenan daripada Tuanku..Konon ramai sgt "penasihat" dari DAP, PAS & Keadilan disebelahnya tapi takde sekor pun yang nak nasihatkan beliau supaya hold your thought, ikut saluran yang betul..akhirnya, tindakan memakan diri..Nizar jadik kambing hitam..Tuanku dah murka..Jelas PKR lemah/gagal tangani krisis dgn bijaksana..ni br krisis dalaman, asyik jadik front cover jer..murahan btul..Mcm ni punya kerajaan aku pun tak hingin..buhsan!

Anonymous said...

skrg ape yg berlaku,jelas sekali terlalu byk kepincangan dlm PKR.. dgn asyik berpolitik utk parti jer.. tp lupa pasal kebajikan rakyat.. skrg sm2 tuding jari n bukak pekong d dada.. karpal sigh sndr nk bongkar rahsia n luahkan rs xpuas hati.. itu dia yg berani bersuara.. yg lain, baling batu sorok tgn..
mereka yg pergi hlg sultan tue, lg la kesian.. korg jd mangsa jer.. mane ketua korang? tgk dr jauh je ker? sm mcm nizar.. dia sorg jer yg tanggung susah.. kang kn buang negerinye dia sorg jer...

Linda Hussin said...

pasal yg nizar tu aku ada dgr crite. dia sbnrnya lg bagus dr previous MB. mcm mana aku tau? sbb aku kenal dgn org yg rapat dgn tuanku sultan & raja permaisuri... heheh... sbnrnya sama je BN ke PKR ke... yg penting org yg menjalankan tugas... hehehe