- Baru-baru ini kita dikejutkan oleh isu bakar membakar.Sama ada membakar rumah-rumah ibadah mahupun membakar sentimen keagamaan & perkauman.Siapa yang mula dan siapa yang harus dipertanggungjawabkan ?
- Kita semua mungkin bersetuju bahawa ahli politik sedikit sebanyak dapat membantu kita dalam pelbagai urusan khususnya kebajikan.Sama ada surat sokongan,pengaruh kepada pegawai-pegawai kerajaan yang dapat memudahkan urusan harian,jaringan hubungan untuk mendapatkan pekerjaan & peluang perniagaan mahupun pendidikan,ahli politik juga sedikit sebanyak memainkan peranan.Sama ada ahli politik BN mahupun PR mahupun Bebas banyak membantu kita melalui pelbagai sumbangan.
- Melalui itu kaedah itu,mereka meraih undi sebagai wakil rakyat.Kalau dahulu rakyat mengundi berdasarkan parti yang dipertanggungjawab membangunkan negara,kini trend terbaru adalah undi kepada personaliti ahli politik tersebut.Jika rajin bersama rakyat,mahupun mempunyai wakil yang mampu melaksanakan tugas Wakil Rakyat (khususnya Menteri-menteri) dengan baik sudah pasti mereka akan dapat terus berkhidmat sebagai Wakil Rakyat.Jika sebaliknya,jarang menunjukkan muka,sombong,angkuh dan hanya memilih bulu, sudah pasti mereka hanya menunggu masa untuk ditamatkan riwayat politik mereka oleh pengundi.
- Walau bagaimanapun,trend terkini yang agak menggerunkan adalah keupayaan ahli politik membakar sentimen keagamaan & perkauman untuk meraih undi & usaha-usaha untuk menjatuhkan kredibiliti pihak lawan.Bagi saya,ini sudah keterlaluan.Mereka sanggup melihat negara ini jadi kacau bilau agar kerajaan yang ada hilang kredibiliti untuk mentadbir negara ini dan menunjukkan kepada rakyat bahawa mereka lebih layak mentadbir negara ini.
- Gerakan ini telah bermula sejak hujung dekad lalu.Kekacauan & ketidakstabilan politik dicetuskan dengan tujuan itu.Syukur,kepimpinan yang lalu lalu mampu menangani masalah ini. Walau bagaimanapun sejak setengah dekad ini keadaan ini seolah-olah tidak mampu ditangani dengan berkesan oleh kerajaan.Saya bimbang,jika keadaan ini tidak ditangani secara tegas,kestabilan & keharmonian kaum yang ada akan tergugat.
- Buktinya insiden bakar membakar ini.Ahli Politik yang membakar isu penggunaan kalimah Allah oleh agama Kristian,ada yang menyokong ada yang menentang.Mahkamah telah membuat keputusan,walau bagaimanapun rayuan telah dibuat oleh KDN.Isunya bukan penggunaan kalimah ini,tetapi sikap ahli politik yang berbangsa Melayu & beragama Islam yang menyokong ini menimbulkan sedikit kegusaran & memberi peluang kepada agama lain menunjukkan ketidaksepakatan umat Islam dalam mempertahankan agama Islam itu sendiri.Dan jelas,sokongon itu dibuat bertujuan meraih undi semata-mata.Islam mengajar umatnya supaya mempunyai pertimbangan dibuat demi keamanan.Jika minoriti mengatasi majoriti sudah pasti ketidakstabilan berlaku.Sejarah dunia telah membuktikannya.
- Dengan ahli politik mengeluarkan sokongan itu,timbullah insiden membakar rumah-rumah ibadat ini.Timbul isu tuduh menuduh puak itu puak ini mendalangi insiden ini.Cuma pendapat saya,jika isu ini dicegah awal,tidaklah insiden-insiden ini timbul.Mencegah itu lebih baik dari mengubati.Itu perlunya ISA.Tetapi seperti saya katakan awal tadi,mekanisme pertahanan kerajaan telah dijadikan isu untuk dilumpuhkan.Seolah-olah jika kerajaan menggunakan mekanisme ini,kerajaan dituduh zalim & akan hilang undi.Kenapa perlu takut jika mekanisme ini mampu mengawal & memastikan keamanan negara?
- Apa-apa pun,usaha-usaha untuk bakar membakar ini perlu dihentikan.Dan ahli politik perlu mencari titik pertemuan.Bukan menunjukkan diri "aku lebih bagus dari engkau" walaupun jelas "engkau pun tidaklah bagus seperti yang orang harapkan".Yang penting KERJA SAMA.Yang untung rakyat.Tetapi demi takhta,harta & wanita manusia sanggup berbunuhan.Apa boleh buat,A.I nak sangat.
- Kita sudah lihat,bila masalah timbul dalam kerajaan disini,pihak sana akan cepat menghentam malah mengambil peluang meraih undi & juga peluang perniagaan untuk mereka.Tetapi apabila berlaku perkara yang hampir sama dipihak mereka,baru mereka tahu akibatnya.Cuma pihak disini lambat ambil peluang untuk meraih undi kerana memikirkan sensitiviti rakyat.Contohnya insiden Kuala Dipang,Perak & Perahu Naga di Pulau Pinang.
- Hendak jadi ahli politik ini bukan senang kecuali ada Bapak Mertua.Hehehe.
25 January, 2010
Bakar Membakar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment