02 February, 2010

Jurujual Jual Agama Untuk Dapat Undi

  • Kita dikejutkan dengan keputusan Mahkamah Malaysia yang Adil yang membenarkan penggunaan kalimah Allah S.W.T untuk penerbitan Bahasa Melayu agama lain.Kementerian Dalam Negeri sudah membuat rayuan terhadap keputusan itu.Walau bagaimanapun,saya ingin membongkar cerita seorang jurujual yang hebat yang hanya memikirkan keuntungan di dunia ini sahaja.
  • Saya mengulas bukan tanpa bukti.Bersama-sama ini saya sertakan beberapa rakaman video untuk dijadikan asas ulasan dimana untuk menunjukkan siapa sebenarnya yang mempolitikkan isu ini untuk kepentingan peribadi.


Selepas pemimpin ini menghujahkan dalil-dalil palsu,akhirnya pemimpin ini minta untuk sokongan undi pemimpin-pemimpin agama lain untuk partinya.Bukan minta tolak ansur & tidak tahu menjaga sensitiviti masyarakat Islam di kampung-kampung di luar sana.Tiada perbincangan antara agama yang dianjurkan oleh beliau,tetapi meminta kerajaan pula mengadakannya.





Ini lagi satu retorik dihadapan penyokongnya yang bukan Islam.Akhirnya yang diminta,sokongan undi juga.






Video ini pula menuduh kerajaan BN/Pekembar mempolitikkan isu ini pula.Dia buat perhimpunan provokasi polis supaya ambil tindakan dan salahkan polis ganas,kalau perhimpunan aman tidak mengapa.







Dan video ini pula,pembongkaran ikhlas daripada YB Zulkifli Nordin (MP PKR).Beliau menentang isu penggunaan kalimah Allah oleh agama lain ada asasnya.Beliau mengemukakan bukti & pernah menunjukkan bukti-bukti gerakan terancang agama lain untuk mengelirukan umat Islam khususnya kanak-kanak Islam kepada pemimpin parti ini.Apa tindakan pemimpin ini ? Malah memberi sokongan kepada agama lain tanpa memikirkan kesan kepada anak-anak Islam dimasa hadapan semata-mata mahu meraih undi & sokongan untuk menjayakan cita-cita beliau ke Putrajaya.

  • Siapa yang sebenarnya mempolitikkan isu ini ? Yang beria-ria menentang isu ini adalah ahli parti beliau.Yang membuat laporan polis terhadap MP lain dalam PR,ahli parti beliau juga.
  • Sedarlah kita wahai umat Islam.Cukuplah kita dicerai-ceraikan.Apabila soal agama pun tidak dapat menyatukan kita,tunggulah saat kemusnahan.Dunia akhir zaman.Untuk PAS,soal akhirat dimana ? Asyik royalti minyak sahaja,fikirkan soal dunia ke sahaja ?
  • Saya menyokong ketegasan YB Zul Nordin walaupun berbeza fahaman parti.Soal Islam seharusnya menyatukan umat Islam dalam mempertahankan Islam & daripada diperlekehkan.Cukuplah Islam dihina banyak tempat di dunia ini akibat perbuatan pemimpin-pemimpin politik yang lebih mementingkan dunia & berselindung disebalik wajah-wajah ulama & agamawan.
  • Kerajaan perlu tegas dalam menangani isu ini.Isu ini boleh menggugat keharmonian rakyat yang telah dibina lebih 50 tahun.Jangan takut hilang undi,takutlah soalan dibawah nanti.
  • "Ya Allah,selamatkan umat Islam di negara ini & seluruh dunia daripada pemimpin-pemimpin yang hanya bertopengkan Islam yang bersekongkol dengan musuh-musuh Islam demi kepentingan mereka sahaja.Kurniakan taufik & hidayah kepada pemimpin-pemimpin yang jujur,walaupun tidak sempurna ilmu mereka,berikan mereka panduan untuk membawa negara ini kepada keamanan & kemakmuran yang Engkau redhai.Amin"

6 comments:

jurutere_Islam said...

hehe..hebat saudara dengan analisis saudara, yang saudara tidak faham dalam isu ini ialah nama Allah bukan eksklusif untuk orang Islam sebab semua agama langit adalah agama yang Allah turunkan buat hambaNya dan dikembangkan oleh rasul-rasulNya. Nabi pernah berkata, bahawa sembelihan ahli kitab boleh dimakan oleh orang Islam. Maksudnya, sembelihan ahli kitab wajib menyebut nama Allah semasa melakukan sembelihan sama seperti orang Islam melakukan sembelihan. Bacalah juga hujah-hujah ulamak yang lain yang membenarkan penggunaan nama Allah, yang lebih baik ialah baca kesemua hujah menyokong dan menentang penggunaan kalimah ini dan selepas itu beri rasional yang baik. Saudaralah yang mempolitikkan isu ini.

Mahkamah hanya membenarkan nama Allah ini digunakan dalam penerbitan the herald untuk edaran dalaman gereja sahaja, jika ada penyalahgunaan, maka rampaslah, tutuplah, kerana sudah melanggar arahan mahkamah.

Akhir zaman ini, banyak masjid yang dibina dengan harga berjuta-juta hanya untuk kemegahan tetapi kosong dalam pengisian. Siapa yang bina masjid-masjid gah ini? UMNO. Siapa yang minum arak, main judi, gadai hak orang Melayu secara senyap mahupun secara berhelah? UMNO dan saudara orang UMNO. Tanda akhir zaman apabila penguasa (UMNO) menghukum dan menindas rakyat tetapi kroni, pak menteri dibiarkan lepas bebas.

Insaflah saudara, sedarlah bahawa sokongan saudara kepada UMNO bermakna saudara juga antara orang yang membawa dunia ini ke akhir zamannya dengan cara yang zalim seperti mana yang terkandung dalam al-quran dan hadis. Yang baiknya, bawalah diri ke akhir zaman ini dengan cara beristighfar dan buka mata luas-luas, jangan dibiarkan tertutup pintu hati dengan buta dan merelakan para pemimpin UMNO yang minum arak, jual arak, berjudi, berdolak dalih dengan hukum Islam, bersekongkol dengan Yahudi dan Israel. Insaflah.

Jadilah non-partisan seperti saya dan kebanyakan orang lain. Objektif dalam melihat semua peristiwa dan memberikan analisis yang bersandarkan fakta bukan retorik isu semata-mata.

Ingatlah, isu nama Allah bukan isu besar, isu yang besar selama ini ialah gejala murtad yang gagal ditangani oleh kerajaan. Pak mufti yang selama ini bising bercakap ttg isu murtad, sekarang sudah diam sejak menjadi 'penasihat politik' MB mahkamah.

Didoakan saudara sentiada mendapat keredhaan Allah.

ikhlas

muslimin

jurutere_Islam said...

maaf, typo error
"Didoakan saudara sentiasa mendapat keredhaan Allah."

sentiada = sentiasa

engr.azham.azmi said...

Saudara Menegur Tetapi Tetap Memihak Sambil Menghina..Omong kosong bila bicara non partisan...
Puak Kristian di Malaysia Sekarang Berpaksi Kepada Konsep Trinity..Father,Son & Holy Spirit..New Testament..Kalau di Tanah Arab Masih ada Penganut Kristian Old Testament dimana sembelihan mereka boleh dimakan & merujuk Allah yang sama,mereka masih ahli kitab...Tuan dangkal dalam fakta tidak melihat konsep & usaha2 pihak tertentu meracuni pemikiran orang Islam,Tahniah tuan adalah sebahagian yang termakan agenda mereka dengan menuduh saudara seagama begitu buruk..umpama Sebusuk2 daging,takkan semuanya tidak boleh dimakan..Tuan jangan menuduh sesiapa..mungkin sebahagian pemimpin UMNO bersalah,tetapi UMNO hanya parti..saya hanya merungkai pemahaman & kebenaran YB Zul yang melihat isu ini bahaya...Beliau bukan UMNO pun..posting ini dibuat sebelum beliau keluar PKR lagi...jadi saya tak sokong membuta tuli...UMNO menendang pemimpin yang gagal,bukan membela membuta tuli umpama pihak disebelah sana..Tolonglah jangan cakap tuan tidak memihak..isi tuan kosong..pemikiran Islam yang sempit..Hanya tahu melihat kelemahan & kegagalan kerajaan..kerajaan itu siapa? Rakyat..Siapa itu rakyat yang gagal ? Tuan lah rakyat itu..Apa sumbangan kepada negara ? Typical Malaysian..Komplen jer lebih...

jurutere_Islam said...

nyata tuan tak paham apa dia old and new testament. tuan juga tidak menjawab persoalan ttg jika berlaku perlanggaran undang2 oleh pihak gereja, juga gagal menjawab soal arak, akhir zaman dll. menyokong pemimpin (umno) yg minum arak, rasuah dll adakahitu yg dituntut dlm islam? nyata tuan terlalu muda dan belum matang dalam membuat perhitungan. yb zul benar, dr asri juga benar dlm hujah masing2 tetapi jgn dipolitikkan isu ini. tuan, bertanggungjawab membawa rakyat malaysia ke arah kehancuran kerana mmbenarkan kebatilan & kezaliman terus berlaku. insaflah. kalau benar umno itu parti, jadilah ahli yg menolak pemimpin yg zalim, minum arak, rasuah dll.

buka komplen, cuma berkata yg benar shj, jgn marahhh, saya tidak dangkal, tidak termakan umpan sesiapa, hanya berpesan-pesan dengan kebenaran, berpesan-pesan dengan kesabaran.

engr.azham.azmi said...

Another Character Assasination..Mempertikai kematangan orang..Bila pula ada persoalan pelanggaran undang2 ? bukan dalam umno sahaja batil...dalam sebelah sana pun ada sahaja yang bertopengkan agama..apa yang zalim di malaysia ini ? selagi tidak nmpak di mata saya tak akan menuduh siapa2..saya sokong umno itu hak saya & saya ada sebab sendiri..saya bukan baru dgn umno..ternyata tuan tidak mengenali saya sepenuhnya..saya ada pandangan sendiri,tetapi saya tidak sempitkan masalah negara ini dengan hanya menyalahkan orang sahaja..sejak bila umno menggalakkan minum la arak sana sini,rasuahlah kamu..jika pemimpin ada yangg buat tanpa pengetahuan saya,biarlah dia dihitung di 'sana' nanti..bukan saya yang menghakimi sebab tidak nampak & nyata..pemimpin ramai,saya hanya sokong parti...pemimpin datang dan pergi..dan saya menghargai sumbangan parti itu sehingga kini & saya cuba betulkan apa yang salah,tolak pemimpin yang xbetul,bukan tolak parti..dan sumbangkan peranan saya,cara saya...saya tidak perlu untuk pertikai sana sini...jika banyak blog bebas berkata apa sahaja,saya pun bebas lontarkan pandangan & kritikan saya kepada pandangan yang salah..saya rasa tuan sempit dalam ruang kebebasan bersuara yang selalu sebelah sana perjuangkan..bila kena batang hidung sendiri,semua tak betul...another typical people..kalau saya nak huraikan,buang masa saya sahaja dengan tuan..ternyata hujah tuan hanya nak pertikai kredibiliti saya,dan cubaan memaksa saya mengiyakan hujah tuan sedangkan bagi saya walau tuan setua mana pun,ternyata tuan belum matang melihat kepelbagaian pendapat & untuk meraikan perbezaan...

meor said...

agama langit ade 1 je....islam...kristian n yahudi tu ajaran Allah yg dah dipesongkan...so jgn la pandai22 nak bagi bukan islam pakai perkataan keramat tu, bodoh bangang......tuko id ko tu...cam haram je