07 May, 2009

1Malaysia, 2Perak, 3Melayu...

  1. 1Malaysia,'Rakyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan' adalah slogan baru pentadbiran YAB Perdana Menteri baru.Kalau difikirkan secara positif,positiflah jadinya.1Malaysia bermaksud kita semua rakyat Malaysia adalah bersatu padu sebagai rakyat Malaysia,kepentingan semua rakyat Malaysia didahulukan & pencapaian mereka yang diutamakan.Sebab itu liberalisasi 27 sub-sektor ekonomi kepada pelabur asing saya lihat sebagai permulaan.Tetapi ada juga 'kutu-kutu' yang masih pusing hal ini sebagai benda yang negatif.Kalau fikir negatif,negatiflah jadinya.Malah A.I pun mengatakan slogan ini hanya kosmetik.Adakah Harapan Baru itu bukan kosmetik sahaja ? ADUN boleh disuruh letak jawatan sebab nak sambung belajar,buat Pilihanraya Kecil,membazir duit rakyat yang bayar cukai.Itu agaknya harapan baru.Tidak sedarkah anda sedang diperkotak-katikkan oleh manusia ini.Saya setuju kalau BN tidak bertanding di Penanti.Buang masa,buang duit.
  2. 2Perak,ada 2 Menteri Besar,sekarang 2 Speaker DUN Perak.Prinsipnya mudah sahaja.Jika anda tahu anda sudah tidak mempunyai majoriti,lepaskan jawatan secara budiman.Ini berlarutan umpama budak-budak berebut kerusi DUN & Speaker.Kalau mahu sangat kerusi,di IKEA berlambak kerusi yang cantik-cantik.Sultan sudah perkenan MB baru,terima sahajalah.Hendak saman-menyaman,berebut kerusi,bertumbuk khabarnya buat apa.Jika pemecatan Nizar tidak ikut perlembagaan,kalau dibuat secara teratur pun,BN ada majoriti.Prinsip asasnya,Nizar tak cukup majoriti.Apa yang rakyat dapat? Melainkan untuk ganggu kerajaan baru.Buang duit jaga keselamatan.Buat Pilihanraya baru buat apa ? Buang duit lagi,buang masa saya nak balik mengundi di Perak,semata-mata PKR & DAP tidak pandai jaga ADUN sampai keluar parti.MEREKA TIDAK SERTAI BN,TETAPI SOKONG BN.FAHAM KE? Tunggu PRU 13,lawan balik kemudian pastikan ADUN-ADUN yang bertanding itu setia.Jaga ADUN sendiri pun tidak mampu,inikan nak memerintah kerajaan negeri Perak.
  3. 3Melayu.Melayu sekarang secara UMUMnya sudah terbahagi kepada 3 kumpulan yang besar.Melayu yang berjuang untuk UMNO,Melayu yang bertakbir untuk PAS & Melayu yang bermain-main belakang dengan PKR.Tahun 1957,Melayu bersatu dibawah payung UMNO berjuang dapat kemerdekaan,sekarang Melayu terbahagi tiga yang berjuang untuk kekayaan & kekuasaan masing-masing.Sudahlah dengan Ketuanan Rakyat,sedangkan Ketuanan Raja -Raja Melayu pun susah hendak bersatu mempertahankannya.Semua bermain dengan retorik untuk perjuangan perut masing-masing.Adakah selepas teori RAHMAN lengkap,Malaysia sedang menuju ke arah negara Republik.Tanda-tandanya susah ada bermulanya di Perak.Raja tidak lagi dihormati oleh sesetengah pihak yang kononnya berjuang untuk ketuanan rakyat.Sultan pun boleh dimaki & disaman secara terang-terangan,apatah lagi institusi ini akan dihapuskan secara sistematik kelak.
  4. 4Mati.Saja sebagai tambahan.Orang Cina kata angka 4 ini simbol mati.Akhirnya bila semua formula ini digabungkan,dalam kubur juga kita semuanya.Ini semua hanya permainan duniawi.PAS pun dah tertinggal akhiratnya.Berjawablah kita nanti.

3 comments:

a.z.n.e.e said...

huhuhu.. sedih ade..

hahaha.. nak gelak pun ade..

zach said...

errr, apa beza 1malaysia dgn harapan baru - 1malaysia = perpaduan rakyat & harapan baru = ubah semua, tiada diskriminasi, tiada rasuah, politik baru, tiada kes lebam mata, tiada kes korek2, tiada KKN, bangsa melayu diutamakan bukan melayu UMNO semata-mata (melayu PAS ditindas) dll, jd banyak beza 1malaysia vs harapan baru, 1 kosmetik, dan satu lagi harapan semua bangsa.

PARPUKARI said...

ALHAMDULILLAH PERAK SUDAH SELAMAT!