- Sudah lama saya tidak menulis apa-apa kerana sibuk dengan penghijrahan ke tempat baru.Lagipun saya cuba mengambil tempoh rehat daripada tulisan politik untuk sementara kerana 'letih' dengan masalah politik di Perak.Sementara ini,masalah politik di Perak agak reda & hampir usai.Kebanyakkan pihak sudah mula boleh menerima hakikat & keputusan mahkamah rayuan walaupun masih ada mogok lapar & riuh-rendah sana sini.Memakai lilitan hitam 'Bubarkan DUN Perak' di kepala bersama kopiah putih adalah cara baru.Kebiasaannya jika ada kemangkatan anggota diraja,lilitan putih di songkok hitam digunakan sebagai tanda berkabung.
- Walaupun saya berehat seketika,tetapi saya masih menulis dengan berhujah dengan rakan-rakan saya di Yahoo! Group.Masing-masing ada hujah & pendapat masing-masing.Alhamdulillah,hubungan rakan-rakan semenjak di sekolah masih boleh kekal walaupun kami berlainan pendapat & ideologi politik.Malah menyokong sesama kami jika ada yang berjaya menjadi Menteri atau pun Y.B.Tetapi dalam fikiran saya,terdapat satu perspektif baru,tidak kira apa ideologi politik kita,jika rakan anda berjaya mendaki tangga teratas,masing-masing mahu menumpang tuah.Jika ini merupakan satu budaya,maknanya jika dibising-bisingkan isu kronisme adalah satu retorika sahaja.Orang lain tidak boleh buat,kita boleh buat.Tentu akan ada rakan-rakan akan memberi maklumbalas perkara ini.Cuma ini adalah satu perspektif & yang terfikir oleh saya.Bukan bermakna satu tuduhan atau apa-apa anggapan.Lihat yang positif.
- Saya menonton rancangan Spell-It-Right (SIR) anjuran NSTP di TV3 sebentar tadi.Tetapi apa yang saya perasan,bilangan peserta dikalangan bangsa saya boleh dibilang dengan jari.Mengapa ini terjadi.Mengapa kaum-kaum lain lebih ramai menguasai Bahasa Inggeris daripada kaum saya yang mempunyai hampir 65% penduduk di negara ini."Telan mati bapak,diluah mati mak".Jika PPSMI merupakan langkah yang akan membunuh Bahasa Melayu,bukankah langkah memansuhkan PPSMI pula membunuh peluang kepandaian untuk anak bangsa saya.Kedua-dua penting.Saya mahu anak bangsa saya menguasai Bahasa Inggeris disamping mengekalkan penguasaan Bahasa Melayu.Tetapi ada yang menyokong pemansuhan PPSMI,Bahasa Melayu Peringkat Piawai (Standard) nya pun tunggang langgang,bagaimana dia berjuang untuk bahasa.Bagi saya isu ini sengaja dipolitikkan oleh sesetengah pihak terutama Pakatan PKR & PAS.UMNO pula diam seribu bahasa kecuali UMNO Johor yang menyokong pemansuhan PPSMI.Saya telah keutarakan persoalan ini di Facebook Rancangan Diluar Lingkungan Bersama Syed Munawar di TV1,dimana saya berpendapat PPSMI ini dilaksanakan adalah sebagai jalan singkat kepada masalah penterjemahan ilmu-ilmu asing ke Bahasa Melayu yang agak lembab.Perbedaan permikiran antara golongan Aliran Sains & Sastera telah menyebabkan isu diangkat ke satu tahap yang tidak sepatutnya.Jawapan panel saya kira boleh ditonton di Laman sesawang www.dll.my.
- Isu kerajaan perpaduan adalah satu isu kosong.Langkah untuk mengalihkan perhatian & mungkin perangkap untuk PEKEMBAR & BN.Selagi Presiden PAS tidak membentangkan idea Kerajaan Perpaduan,selagi itu PEKEMBAR tidak perlu ghairah memainkan isu ini.Umpama meminang anak dara,jika rombongan meminang tidak membentangkan maksud & butiran pinangan,pihak yang dipinang janganlah bereaksi melampau.Lebih sudu dari kuah.Jika parti-parti komponen BN melihat penyatuan PEKEMBAR & PAS,ini akan menimbulkan perasaan curiga seperti yang dialami DAP apabila mereka juga menentang idea Presiden PAS,malah Karpal Singh juga membuat kecaman keras terhadap Presiden PAS.Saya menyokong satu suara PEKEMBAR & PAS demi kelangsungan umat Islam & Melayu dimana PAS memainkan peranan sebagai penimbang & pemeriksa kepada PEKEMBAR dan sebaliknya.Negara ini masih perlukan pembangkang.Kalau tidak,kita tidak akan tahu kesilapan kita.Cuma bila benda baik,mengaku sahajalah.Jangan putar belit.Jangan taksub dengan pemimpin.Pemimpin datang dan pergi.Tiada pemimpin yang maksum selepas Rasulullah S.A.W.Saya insaf dengan perkara ini.
- PEKEMBAR akan buat pindaan perlembagaan berkenaan langkah untuk bendung rasuah politik pada Oktober 2009 ini.Secara tiba-tiba,hari ini PKR membuat satu Kongres Khas untuk pinda perlembagaan juga untuk membendung rasuah politik di dalam parti ini dengan perlantikan Presiden dibuat terus oleh semua anggota PKR selain menghadkan tempoh Presiden kepada 3 Penggal.Hebat idea ini.Lepas DSWA,AI mungkin ambil alih ? Cuma yang pelik,apa peranan Ketua Umum PKR sekarang ? Siapa pemimpin utama PKR,Presiden atau Ketua Umum ? Bukan ini Nepotisme ? Kenapa jawatan Ketua Umum tidak dihadkan tempohnya ? Orang tidak nampak,tetapi inilah caranya AI nak terus berkuasa.Harapan Baru PKR dengan masuknya Zaid Ibrahim.InsyaAllah pada pemilihan akan datang semua ahli ataupun sekitar 60,000 ahli PEKEMBAR akan memilih terus Presiden dan saf kepimpinannya terus kerana ahlinya lebih 3 juta orang.Langkah mendakwa beberapa pemimpin PEKEMBAR oleh SPRM baru-baru ini akan terus disokong agar masalah rasuah politik ini dapat diminimumkan.Sebab minimum,kerana bohonglah jika tidak ada kempen politik yang tidak melibatkan rasuah ataupun tawaran untuk undi.PAS pun secara tiba-tiba ahlinya bising soal ini dalam Pemilihan di Muktamar PAS baru-baru ini.Ironinya,yang dituduh tewas pula.Renung-renungkan dalam Politik Busuk Hati di kemudian hari.
13 June, 2009
Berjeda Sebentar Untuk Satu Penghijrahan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
assalamualaikum Azham,
hehe...first time aku nak komen kat hang nye blog nih....haha....
camni....
pada pandangan ikhlas aku la kan, hang ni terlalu 'naive' lah....
camna hang nak jadi politician weh?
politician takleh terlalu naive cam hang, nanti senang kena bodek....
huhuhuhuhu
bersambung.......
aku tertarik dengan tuduhan yg hang lemparkan pada kengkawan kat group kita, yg mana secara tak langsungnya terkena gak pada aku....
huhuhuhuhu
aku copy and paste balik apa yg hg tulis kat blog hang yg menarik minat aku nak komen nih....
"Walaupun saya berehat seketika,tetapi saya masih menulis dengan berhujah dengan rakan-rakan saya di Yahoo! Group.Masing-masing ada hujah & pendapat masing-masing.Alhamdulillah,hubungan rakan-rakan semenjak di sekolah masih boleh kekal walaupun kami berlainan pendapat & ideologi politik.Malah menyokong sesama kami jika ada yang berjaya menjadi Menteri atau pun Y.B.Tetapi dalam fikiran saya,terdapat satu perspektif baru,tidak kira apa ideologi politik kita,jika rakan anda berjaya mendaki tangga teratas,masing-masing mahu menumpang tuah.Jika ini merupakan satu budaya,maknanya jika dibising-bisingkan isu kronisme adalah satu retorika sahaja.Orang lain tidak boleh buat,kita boleh buat.Tentu akan ada rakan-rakan akan memberi maklumbalas perkara ini.Cuma ini adalah satu perspektif & yang terfikir oleh saya.Bukan bermakna satu tuduhan atau apa-apa anggapan.Lihat yang positif."
well Azham,
hang sendiri tulis....
"Malah menyokong sesama kami jika ada yang berjaya menjadi Menteri atau pun Y.B.Tetapi dalam fikiran saya,terdapat satu perspektif baru,tidak kira apa ideologi politik kita,jika rakan anda berjaya mendaki tangga teratas,masing-masing mahu menumpang tuah"
maknanya di sini, hang pun setuju yg mana kalao anyone of us yg jadi Menteri or YB, is considered as "BERJAYA"....
dia dikira "berjaya mendaki tangga teratas" sekiranya jadi YB or Menteri....
bersambung lagi.....
apa yg aku nak utarakan kat sini ialah, masyarakat kita terlalu taksub dengan jawatan...
kita terlalu kejar jawatan Menteri dan YB untuk apa?
untuk bawak dan ketengahkan masalah rakyat atau utk bermegah n dapatkan projek2 utk kroni2 kita?
yg aku faham pada apa yg hang tulis nih, kita sekarang ni semua nak kejar jadi menteri or yb sebab kita nampak jawatan tu macam berjaya....
dengan jadi menteri kita boleh jadi kaya dan banyak pengaruh...
itulah silap kita....
sorry to say, kebanyakan the 'so-called' pemimpin UMNO (PEKEMBAR) semua kejar menteri and yb ni sebab inilah....
sebab nak jadi berjaya, kaya, ada pengaruh dll.....
aku harap hang tak termasuk dalam golongan yg camnih...
aku harap hang tak kejar jawatan menteri or yb sebab hang nak kejar jadi kaya or pengaruh....
aku harap hang kejar nak jadi pemimpin, menteri or yb sebab hang nak bawak Malaysia ke arah yg lebih baik.....
bukan nak bawak hang, family hang dan kawan2 hang jadi kaya...
pasal kawan2 yg berlainan ideologi politik akan support hang nih pulak .......
ish ish .....
Azham,
hang kena faham, aku takkan support hg "membabi buta" hanya disebabkan hang satu sekolah dengan aku.....
sekiranya hang dapat jadi seorang politician UMNO yg berwibawa, takdak skandal rasuah, takdak skandal seks, dan yg sewaktu dengannya, for sure aku akan support hang walaupon hang dengan aku berlainan idea pasal politik nih....
tapi hang kena aware lah, pasal hang pun tau most of the orang keliling hang akan laju je ngaku kawan sekiranya hg jadi menteri satu hari nanti....
itu standard lah....
pasal mentaliti org kita memang rasa yg kalao jadi menteri or yb nanti di kira berjaya cam hang cakap tadi, so kalao jadi kawan hang, kompom boleh dapat projek, AP dll dari hang....
and thats why UMNO semakin jatuh disebabkan mentaliti camni lah...
as said by Dr M sendiri .....
pasal pengakuan kengkawan hg dalam group tu, aku rasa semua yg tetiba ngaku nak sokong hang tu kalao hang jadi menteri or yb sebab nak dapatkan projek dan AP apa semua tuu....
heheheheh....
hang kena faham ayat2 yg ada double meaning nih....
huhuhuhuhuhuhuhu....
biasa la.....kan ke UMNO selalu di kaitkan dengan masalah2 kroni apa semua nih....
so ayat2 yg akan sokong hang sebab nak dapatkan projek dan ap tu semua hanya lah ayat2 cynical saja...
heheheheheheh....
ayat2 tu semua hanya nak perli2 UMNO ja....
huhuhuhuhuhu
hang jgn marah aaaa.....
hehehehehehehehe....
well, thats why aku cakap hang terlalu naive.....
ayat tu semua ada double meaning.
huhuhuhuhuhuh
tapi yes Azham,
as long as hang clean, tadak rasuah, tadak skandal seks apa semua, hang sentiasa dapat aku punya sokongan on apa saja jawatan yg hang akan dapat nanti in the future....(wpun aku rasa hang tak perlu pon support dari aku)
insyaAllah, aku bukan jenis yg akan bodek hang kalao hang jadi menteri sekalipun nanti...
aku akan kritik lagi ada lah ...
senang aku kritik direct kat hang kalao hg jadi YB....
tu pon kalao hang ada masa nak dengar kritik aku...
huhuhuhuhuh...
ye lah da jadi YB kan ke busy manjang...
tapi please la be aware of the people yg ada pikiran camni...
yg pikir jadi kawan sebab nak projek apa semua....ramai dalam masyarakat kita......
terutama dalam UMNo as said by Dr M yg dulu masa dia PM semua pakat sokong, la ni dia tadak apa, nak mai visit pon segan...
kebanyakan org UMNo macam tu lah...
so, hang kena aware lah menda2 tu.
so, Azham,
aku mintak maaf sekali lagi kalao aku nye comments nih buat hang marah or kecik ati ngn aku...
all the best
-ghazalihariri
sori Azham....
aku try to buh semua on one comment, tapi tak berjaya....
dia kata "Your HTML cannot be accepted: Must be at most 4,096 characters"....
so terpaksa aku cut n paste camni lah...
hehehehehe....
jgn marah aaaa :)
Waalaikumussalam W.B.T
Hehehe,panjangnye ghali..
Jawapan aku mudah jer,Hang baca semua posting blog aku sebelum2 ni..Baca abis2,baru hang faham aku mcm maner..aku cuba cari 'terlalu naive' tuh,tp still xjumpe..Sebab mereka2 ni kt blakang2 call aku gelak2 je ape diorng tulis tuh ghali..ada yg tulis suka2,ada yg main2,ada yg nak balance kan hujah..aku pun tahu diorng double meaning..hang jgn sempitkan pemikiran dgn ape yg aku tulis..blog aku sekadar nak beri pandangan & contoh,sebab tahap pemahaman yg berbeza2..byk yg double meaning juge..sokong,tak sokong hak masing2..aku xminat jadi politician,sbb pengalaman arwah bapak aku (berckp pun xreti)..sepak terajang politik aku dh tahu dr kecik..sbb tu aku byk giat dlm NGO(kelab,alumni)..nawaitu nk tolong org..UMNO/BN byk jasa,tetapi ahlinye yg buat masalah..aku pun xbela UMNO/BN membabi buta..salah aku hantam,betul aku sokong..tetapi marahkan nyamuk,jgn kelambu dibakar..sekarang ni byk org tak tahu bersyukur & komplen sana sini.Tetapi ape sumbangan untuk bangsa/negara pun xde..ape jadi pada Tun M,aku 1 family rasa dh gak..bile arwah ada,semua kenal,dh meninggal,semua buat tak tahu..tp bukan salah UMNO,salah ahlinye..kalo aku kejar jawatan,pangkat,aku tak payah susah2 keje di Kedah,ceruk2 hutan nak tolong adik2 & kawan2..kalo idak,dah lama aku pakai BMW,kahwin ke,xsusah2 keje dgn org..pasal GF pun ada yg nak backstab aku..kadang2 nak citer semua malukan byk org..diam lebih baik..aku belajar kehidupan di kg disana,tau susah senang..bukan salah aku lahir2 alhamdulillah semua ada..sebab tuh aku bersyukur,buat sesuatu utk tolong kwn2..kadang2 kite tak kenal org tuh mendalam,kite boleh ckp mcm2..ape itu kenaifan pun,perspektifnye berbeza2..jgn hanya nampak tersurat,tersirat dibuang..kalo berani mengkritik,kite juge harus berani dikritik..no heart feeling..aku takut hang jadi naive dgn pandangan hang sahaja..ada manusia depan ckp lain,dibelakang ckp lain..aku pun tahu..di sekolah lagi aku dh tahu perangai2 ni..cuma aku pelik,hang komen2 benda2 mcm ni..yg isu2 besarnye dilupakan..i let the people to judge it..anyway i appreciate ur comment.. :-) (byk sgt 'hahahaha','huhuhuhu' tuh jadi aku xjumpe naive tuh)
hahaha,,,,
Azham Azham...
:)
Post a Comment