- Hari ini merupakan cuti umum sempena Hari Buruh atau Hari Pekerja.Tetapi apa maknanya jika sambutan hari pekerja dibuat jika pekerja masih ditipu,ditindas,dibuang sesuka hati mahupun diganggu seksual setelah tenaga & usaha dicurahkan bersungguh-sungguh demi kepentingan negara,syarikat mahupun keluarga ?
- Bagaimana agaknya perasaan seorang majikan jika dia boleh & mampu mengabaikan kebajikan pekerjanya ?
- Bagaimana pula jika satu hari nanti majikan menjadi pekerja dan diperlakukan sebegitu juga ?
- Bagaimana pula pekerja yang kuat tidur ataupun suka curi tulang mahupun makan gaji buta ? Layakkah mereka menyambut hari pekerja ?
- Ada rakan menyatakan,jika hari ini hari pekerja,sepatutnya majikan terus bekerja.Tiada siapa yang menyambut hari majikan.Jadi majikan perlu terus bekerja.Hehehe...
- Apa-apa pun yang kita lakukan,kepentingan pekerja penting kerana mereka adalah nadi penggerak kemajuan sesebuah negara,syarikat mahupun keluarga serta kekayaan majikan.
- Selamat Hari Pekerja 2009.
01 May, 2009
Selamat Hari Pekerja 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Huhuhu..
Kat luar sana mmg ada ramai majikan yg berhati kering... tak perlulah disenaraikan siapa... faham2 sudah.. tapi malangnya keluhan dan luahan hati kita ni adakah para majikan faham??? agaknye ada x majikan yg baca blog mcm kite nih???
Post a Comment