13 June, 2009

Berjeda Sebentar Untuk Satu Penghijrahan

  1. Sudah lama saya tidak menulis apa-apa kerana sibuk dengan penghijrahan ke tempat baru.Lagipun saya cuba mengambil tempoh rehat daripada tulisan politik untuk sementara kerana 'letih' dengan masalah politik di Perak.Sementara ini,masalah politik di Perak agak reda & hampir usai.Kebanyakkan pihak sudah mula boleh menerima hakikat & keputusan mahkamah rayuan walaupun masih ada mogok lapar & riuh-rendah sana sini.Memakai lilitan hitam 'Bubarkan DUN Perak' di kepala bersama kopiah putih adalah cara baru.Kebiasaannya jika ada kemangkatan anggota diraja,lilitan putih di songkok hitam digunakan sebagai tanda berkabung.
  2. Walaupun saya berehat seketika,tetapi saya masih menulis dengan berhujah dengan rakan-rakan saya di Yahoo! Group.Masing-masing ada hujah & pendapat masing-masing.Alhamdulillah,hubungan rakan-rakan semenjak di sekolah masih boleh kekal walaupun kami berlainan pendapat & ideologi politik.Malah menyokong sesama kami jika ada yang berjaya menjadi Menteri atau pun Y.B.Tetapi dalam fikiran saya,terdapat satu perspektif baru,tidak kira apa ideologi politik kita,jika rakan anda berjaya mendaki tangga teratas,masing-masing mahu menumpang tuah.Jika ini merupakan satu budaya,maknanya jika dibising-bisingkan isu kronisme adalah satu retorika sahaja.Orang lain tidak boleh buat,kita boleh buat.Tentu akan ada rakan-rakan akan memberi maklumbalas perkara ini.Cuma ini adalah satu perspektif & yang terfikir oleh saya.Bukan bermakna satu tuduhan atau apa-apa anggapan.Lihat yang positif.
  3. Saya menonton rancangan Spell-It-Right (SIR) anjuran NSTP di TV3 sebentar tadi.Tetapi apa yang saya perasan,bilangan peserta dikalangan bangsa saya boleh dibilang dengan jari.Mengapa ini terjadi.Mengapa kaum-kaum lain lebih ramai menguasai Bahasa Inggeris daripada kaum saya yang mempunyai hampir 65% penduduk di negara ini."Telan mati bapak,diluah mati mak".Jika PPSMI merupakan langkah yang akan membunuh Bahasa Melayu,bukankah langkah memansuhkan PPSMI pula membunuh peluang kepandaian untuk anak bangsa saya.Kedua-dua penting.Saya mahu anak bangsa saya menguasai Bahasa Inggeris disamping mengekalkan penguasaan Bahasa Melayu.Tetapi ada yang menyokong pemansuhan PPSMI,Bahasa Melayu Peringkat Piawai (Standard) nya pun tunggang langgang,bagaimana dia berjuang untuk bahasa.Bagi saya isu ini sengaja dipolitikkan oleh sesetengah pihak terutama Pakatan PKR & PAS.UMNO pula diam seribu bahasa kecuali UMNO Johor yang menyokong pemansuhan PPSMI.Saya telah keutarakan persoalan ini di Facebook Rancangan Diluar Lingkungan Bersama Syed Munawar di TV1,dimana saya berpendapat PPSMI ini dilaksanakan adalah sebagai jalan singkat kepada masalah penterjemahan ilmu-ilmu asing ke Bahasa Melayu yang agak lembab.Perbedaan permikiran antara golongan Aliran Sains & Sastera telah menyebabkan isu diangkat ke satu tahap yang tidak sepatutnya.Jawapan panel saya kira boleh ditonton di Laman sesawang www.dll.my.
  4. Isu kerajaan perpaduan adalah satu isu kosong.Langkah untuk mengalihkan perhatian & mungkin perangkap untuk PEKEMBAR & BN.Selagi Presiden PAS tidak membentangkan idea Kerajaan Perpaduan,selagi itu PEKEMBAR tidak perlu ghairah memainkan isu ini.Umpama meminang anak dara,jika rombongan meminang tidak membentangkan maksud & butiran pinangan,pihak yang dipinang janganlah bereaksi melampau.Lebih sudu dari kuah.Jika parti-parti komponen BN melihat penyatuan PEKEMBAR & PAS,ini akan menimbulkan perasaan curiga seperti yang dialami DAP apabila mereka juga menentang idea Presiden PAS,malah Karpal Singh juga membuat kecaman keras terhadap Presiden PAS.Saya menyokong satu suara PEKEMBAR & PAS demi kelangsungan umat Islam & Melayu dimana PAS memainkan peranan sebagai penimbang & pemeriksa kepada PEKEMBAR dan sebaliknya.Negara ini masih perlukan pembangkang.Kalau tidak,kita tidak akan tahu kesilapan kita.Cuma bila benda baik,mengaku sahajalah.Jangan putar belit.Jangan taksub dengan pemimpin.Pemimpin datang dan pergi.Tiada pemimpin yang maksum selepas Rasulullah S.A.W.Saya insaf dengan perkara ini.
  5. PEKEMBAR akan buat pindaan perlembagaan berkenaan langkah untuk bendung rasuah politik pada Oktober 2009 ini.Secara tiba-tiba,hari ini PKR membuat satu Kongres Khas untuk pinda perlembagaan juga untuk membendung rasuah politik di dalam parti ini dengan perlantikan Presiden dibuat terus oleh semua anggota PKR selain menghadkan tempoh Presiden kepada 3 Penggal.Hebat idea ini.Lepas DSWA,AI mungkin ambil alih ? Cuma yang pelik,apa peranan Ketua Umum PKR sekarang ? Siapa pemimpin utama PKR,Presiden atau Ketua Umum ? Bukan ini Nepotisme ? Kenapa jawatan Ketua Umum tidak dihadkan tempohnya ? Orang tidak nampak,tetapi inilah caranya AI nak terus berkuasa.Harapan Baru PKR dengan masuknya Zaid Ibrahim.InsyaAllah pada pemilihan akan datang semua ahli ataupun sekitar 60,000 ahli PEKEMBAR akan memilih terus Presiden dan saf kepimpinannya terus kerana ahlinya lebih 3 juta orang.Langkah mendakwa beberapa pemimpin PEKEMBAR oleh SPRM baru-baru ini akan terus disokong agar masalah rasuah politik ini dapat diminimumkan.Sebab minimum,kerana bohonglah jika tidak ada kempen politik yang tidak melibatkan rasuah ataupun tawaran untuk undi.PAS pun secara tiba-tiba ahlinya bising soal ini dalam Pemilihan di Muktamar PAS baru-baru ini.Ironinya,yang dituduh tewas pula.Renung-renungkan dalam Politik Busuk Hati di kemudian hari.
P/S : Kenapa guna 'Muktamar (Arab) PAS' & 'Kongres (Amerika) PKR' selain 'Perhimpunan (Melayu) Agung PEKEMBAR' ? Mana perjuangan Bahasa Melayu ? UMNO tukarlah kepada PEKEMBAR.