25 September, 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Semoga Hari Raya kali ini disambut sederhana tetapi meriah.
Jangan lupa kepada yang kurang bernasib baik.
Harga Petrol & Diesel turun 10 sen,syukurlah,tetapi jangan membazir.
Berhenti sebelum kenyang,pergi sebelum dihalau,tinggal nama dalam keadaan yang baik.
Jangan ubah prinsip bila dapat jawatan atau habuan.
Fikirkan demi kepentingan negara & orang ramai.
Sudah terang lagi bersuluh,ketua umum cakap lain,ketua penerangan cakap lain.
Apa lagi nak dibohong.
Kembalilah kepada yang Satu,ikhlas dan jujur dalam amanah.
MAAF ZAHIR DAN BATIN

24 September, 2008

Similar,Emm..Slightly Better....

Similar bermaksud sama, slightly better bermakna lebih baik...Jauh bunyinya...Cakap boleh sebarang cakap.Terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata tak boleh nak pusing-pusing.We can see a culture of exaggerating of any matters by PR MP lately.The 916 saga,dog food saga,Taiwan's trip saga.Why people don't realise by being foolish by this kind of scrap.

May Allah bless you all...Wallahualam.

17 September, 2008

If broken,then fix it. Why replace it ?

Tarikh keramat 16 September 2008.

Hari ini 17 September 2008. Hari ini 17 September 2008. Hari ini 17 September 2008 . Semalam adalah 16 September 2008. Hari Ulang tahun penubuhan Malaysia. Negeri Sabah & Sarawak secara rasmi menyertai Tanah Melayu membentuk Negara Malaysia (Singapura tidak perlulah diceritakan,dah jadi sejarah lain). Tiada apa yang berlaku. Di negeri-negeri yang mengambil cuti umum sempena Nuzul Quran,kemungkinan besar ramai yang masih lena diulit mimpi.Di negeri yang terus bekerja,it's a normal working day. Ramai-ramai yang ternanti-nanti tarikh 16 September 2008. Jelas,impian seorang jurujual yang bercita-cita menjadi PM,tidak kesampaian.

Its clear,a failure to deliver his promises on that very date,shows that his incapability to deliver what ever promises he made if he in charge of the government later. Too much of an excuses. What happen with 6 boxes of files that full of corruption evidence of BN leaders in 1999 ? Until now its has been almost 9 years ? People never question that ? I wonder how people still can believe this 'salesman' of Political Manupulator ? What is the guarantee of this nation will be peaceful & stable under this kind of PM ?

Tetapi perkara sebegini tidaklah dihairankan kerana berapa ramai yang percaya tentang ajaran-ajaran sesat pun kebanyakkan adalah golongan cerdik pandai. Apatah lagi untuk mempercayai jurujual ini.Ramai yang percaya ini terdiri daripada cerdik pandai juga,apatah lagi orang-orang di kampung.Sayangnya,kebijakkan dan kecerdikan golongan-golongan bijak pandai ini digunakan untuk melakukan perkara-perkara yang tidak masuk dek akal.
Alangkah baiknya jika mereka ini memberi buah fikiran bagaimana nak membantu ekonomi negara,mewujudkan perpaduan di antara kaum,bagaimana nak mencari alternatif kepada minyak petrol & diesel sebagai sumber tenaga dan perkara-perkara yang memberi kebaikan rakyat yang ramai di Malaysia ini.

Bantulah PM yang tidak seberapa cekap ini.Kasihan beliau.Menteri-menteri bertelagah lagi.Seorang dah resign.Seorang lagi menegur dan memberi pendapat tentang peralihan kuasa 2010 (main tarikh-tarikh juga ni),beliau tidak puas hati pula.Kata ini zaman bebas memberikan pendapat & bersuara.Seolah-olah tidak boleh ditegur.Bodoh Sombonglah orang kampung kata. Seorang lagi keluarkan ISA secara membuta tuli.(Tak boleh ulas lebih-lebih).

MP Bebas, YB Dato' Paduka Ibrahim Ali (sahabat baik A.I) pun tidak yakin malah mengatakan perkara ini satu omongan kosong.Dalam wawancara malam tadi di RTM 1,saya tertarik dengan pendapat beliau bagaimana 31 kerusi yang ingin diperolehi oleh PR bukanlah kerusi yang boleh dibeli di Courts Mammoths. Bagaimana wakil PKR terbang ke Taiwan untuk menemui MP BN sedangkan MP BN sudah terbang ke Hong Kong (penerbangan mereka mungkin berselisih di udara) dan dengan rasa bangganya,YB Tian Chua mengatakan PR sudah memperolehi bilangan kerusi untuk mengambil alih kerajaan apabila tiba di KLIA. Cuba renungkan riak muka YB Tian Chua ketika bercakap perkara itu.Pembohongan dibuat untuk menutup pembohongan.Kenapa YB Saifudin Nasution tidak memberi kenyataan ? Inikan bulan puasa.Tidak baik untuk berbohong.

Bagi saya,kembalilah kepada realiti.Banyak tugas-tugas lain di kawasan Parlimen masing-masing dimana rakyat perlukan pembelaan.Tumpukan usaha-usaha untuk membantu rakyat yang miskin.Tidak semestinya dengan tidak jadi kerajaan,perkara ini tidak dapat dilakukan.Tunggulah Pilihanraya ke-13.A.I ini hendak masuk sekali lagi lubang diatas kegopohan & ketidaksabaran beliau sendiri.Dulu 1998,kegopohan & ketidaksabaran untuk menjadi PM akhirnya Allah S.W.T tunjukkan jalan yang jauh dari Putrajaya.Sekarang diberikan peluang kedua,janganlah gopoh.Tunjukkan keupayaan sebagai Ketua Pembangkang dahulu.Rakyat akan menilai.Ini baru 2 hari duduk kerusi itu,belum buat kerja-kerja Ketua Pembangkang nak terus jadi PM.Bawa-bawalah bersabar & redha diatas ketentuanNya.Mungkin beliau rasa jawatan Ketua Pembangkang tidak layak untuk beliau kerana sebelum ini beliau dalam kedudukan No.2 kerajaan.


Media & Minyak & Mengambil-alih.

Media utama pun turut diperbodohkan.Saya tidak faham mereka begitu ghairah memberikan publisiti tentang perkara ini.Saya percaya sejak A.I kembali ke arena politik negara,jualan akhbar mereka kembali naik setelah Tun Dr. M di'blackout' oleh media arus perdana.Jualan akhbar menurun sejak 2004 kerana pemimpin negara sejak itu tiada 'news value',selain akibat zaman internet ini yang mudah diperolehi informasi.

Kenapa isu harga minyak yang sedang menurun tidak menjadi berita utama. Pagi ini dilaporkan harga minyak turun kepada US$ 91.00 setong.Jika semasa harga minyak naik,graf peningkatan ditunjukkan secara besar-besaran di muka depan akhbar,bila harga minyak turun di muka belakang sahaja.Bila harga minyak nak turun ? Ya lah,menteri-menteri tengah sibuk memantau hal 16 September ini.Siapa punya kerja ini ? Mengganggu kerajaan sahaja.

Di Amerika Syarikat,dijangkakan ekonomi dunia akan mengalami kemelesetan.Beberapa institusi kewangan sedang mengalami kerugian dan dah ada diisytihar bankrap (Lehman Brothers).Ada juga bail-out oleh Bank of America keatas Merill Lynch. Bila Malaysia buat bail-out pada 1998,ada juga rakyat Malaysia kutuk kerajaan apatah lagi orang Amerika sendiri.Tetapi bila Amerika buat,boleh pula.A.I nak cakap apa tentang ini ? Tetapi mereka ini,adakah terfikir tentang nasib pekerja-pekerja yang ramai yang terpaksa di'bail out' ini ? Jika syarikat itu isytihar bankrap,sudah tentu mereka dibuang kerja dan sudah tentu susah nak cari makan untuk keluarga.Jika sebaliknya,mereka ini akan terus dapat cari makan.Kadang-kadang,keputusan yang dibuat perlu dilihat demi kepentingan ramai.Bukan kerana nak selamatkan taukeh-taukeh sahaja.Bukan main hentam sahaja.Bagi saya kepentingan ramai mengatasi segalanya.

Kali ini,ulasannya agak panjang.Ini cuma pandangan dan fakta yang saya perolehi.Lu fikirlah sendiri. Wallahualam...

Nota :
  1. Buat Husni,siapa tak terasa minyak naik ? Macam mana nak terasa,sibuk dengan 16 September.
  2. Buat State,pendapat ramai tidak semestinya benar dan pendapat sedikit tidak semestinya salah.Biar keadaan & masa menentukan.Yang benar tetap benar & yang salah tetap salah.

15 September, 2008

Iftar Ramadan 2008 Kelab Superb81






Sabtu lalu,13 Ramadan saya telah dijemput ke Majlis Berbuka Puasa anjuran Kelab Bekas Pelajar SMK Raja Permaisuri Bainun Tahun 1981 @ Superb81,Ipoh di Kelana Jaya.Walaupun dianjurkan secara sederhana (maklumlah zaman ekonomi kurang memberangsangkan ketika ini) tetapi agak meriah ditambah siaran langsung BPL Man Utd - Liverpool (Man Utd kalah,redha sahajalah). Ramai rakan-rakan yang hadir sudah berumahtangga dan mempunyai cahaya mata.Gembira dihati melihat rakan-rakan sekolah kembali bertemu merapatkan hubungan silaturrahim yang telah dipupuk sejak Tingkatan 1 (Tahun 1994) lagi.Semua telah berjaya dalam bidang masing-masing.Kejayaan masing-masing merupakan aset penting dalam mewujudkan jaringan perhubungan atau networking dalam kehidupan,kerjaya dan juga kebajikan.Inilah salah satu kelemahan orang Melayu dalam bidang perniagaan dan juga perkara-perkara lain.Kekurangan networking.Semasa pertemuan sosial beginilah,perbezaan pendapat dan pertukaran maklumat dapat dizahirkan dan diadun dan dibawa balik ke tempat masing-masing yang boleh dijadikan peluang dan pengetahuan dalam mencapai kejayaan.Selain itu,perpaduan dapat dipupuk melalui aktiviti ini.Saya berharap rakan-rakan lain mempunyai rasa kekitaan dan saling membantu rakan-rakan lain.Semoga silaturrahim yang dipupuk ini berkekalan.InsyaAllah..Wallahualam...

11 September, 2008

A.I

A.I bukan Artificial Intelligence...its stand for Anwar Ibrahim,but i hope not American Intelligence. Apa istimewanya makhluk Allah S.W.T ini ? Nak ke mahkamah pun sampai 100 orang polis kena escort.Macam polis tak ada kerja lain.Patutlah sekarang jenayah menjadi-jadi.Polis terpaksa menumpukan perhatian kepada A.I ini. Orang lain pun pergi ke mahkamah,tapi tak adalah kecoh-kecoh macam ni.Macam dia seoranglah dalam Malaysia ini mahupun dunia ini kononnya dianiaya.Dah tak ada ke ancaman bunuh ke, sampai bebas kesana kemari, inikan nak ke Taiwan nak pujuk MP BN yang tengah buat lawatan disana ? Siapa yang mengancam siapa ni ? Jika UMNO Perak nak pujuk MP Pakatan Rakyat di Perak untuk sertai BN,punyalah kata rasuah wang lah,itulah.Tapi bila A.I buat boleh pulak ? Sampai sanggup berkejaran MP BN ni.Ya lah semua yang A.I buat tak pernah salahkan (kata penyokong A.I) Tapi apa sumbangan dia ? Sedangkan pemimpin PAS pun tak percaya yang 16 September ini akan berlaku perubahan kerajaan atas sebab-sebab teknikal.Entahlah,sama ada A.I ini tidak berpijak di bumi yang nyata.Kalau terjadi pun,apakah jaminan bahawa negara ini selamat dengan kepimpinan A.I. Apakah bukti kebolehan beliau ? Dulu semasa dalam kerajaan,dizaman ekonomi negara mengalami pertumbuhan 8 % setahun sebelum kegawatan 1997 kerajaan itu dipimpin oleh Tun Dr. Mahathir,bukan beliau.Beliau hanya TPM & Menteri Kewangan sahaja.Kata putus PM juga. Apakah keamanan negara,perpaduan rakyat boleh dijamin jikalau beliau hanya mahir dalam ekonomi ? (Betul ke pakar ekonomi sedangkan krisis 1997, nak ikut cara IMF ?) Kalau nak sangat jadi PM,do it gentlemen way,jangan main ikut belakang.Janganlah suka bermain dengan sasaran tarikh itu,tarikh ini,(sasaran telah diubah pula ke 20 September). Menyusahkan pelabur,tak stabil.Media pun seronok mainkan isu ini,saya pun tak faham.Lagi saya tak faham PM yang ada pun buat tak tahu sahaja. Saya tiada apa-apa masalah dengan A.I,sebab saya tiada apa-apa kepentingan pun.Cuma pendapat saya sebagai rakyat Malaysia tentang apa yang berlaku sekarang,salah ke ? Cuma pandangan saya,janganlah mementingkan diri sendiri kalau pun nak jadi Perdana Menteri pun.Jangan zalimi rakyat sedia ada.Mentang-mentang PM yang ada ni pun tak berapa cekap,tapi janganlah ambil kesempatan huru-harakan negara ini.Kalau dahulu Tun Dr. M dilabel Mahazalim,kononnya zalim pada satu individu,apakah label kepada orang yang menzalimi rakyatnya pula dengan huru-harakan kepimpinan negara semata-mata nak jadi PM? Political Manupulator pandailah.Lu fikirlah sendiri....(Bosan dengan manusia yang suka kepada kemasyhuran dunia (A.I suka sangat kamera wartawan ikut dia,lambai-lambai pada penyokong dia) yang tak seberapa sangat)..Wallahualam..

Nota:
Almarhum ayahanda saya pernah berkata pada 1998 'Kalau A.I tuh seorang ulamak (sebab pernah bagi khutbah),takkan dia tak redha dengan apa yang berlaku,bersihkanlah nama,ini naik pentas DAP dan huru-harakan negara dengan demonstrasi,ini macam orang tak boleh terima hakikat sahaja ketentuan Allah S.W.T'.

09 September, 2008

Berbeza Pendapat

Mengkritik bukan bermakna menentang,
Memuji bukan bermakna menyokong,
Menegur bukan bermakna membenci,
Berbeza pendapat adalah teman berfikir yang baik.
- S.H Alattas

08 September, 2008

Menangani Penyakit

Selepas sahur pagi tadi,saya tertengok rancangan di TV3,Laman Nurani yang membicarakan tentang Menangani Penyakit.Dato' Dr Fadzilah Kamsah merupakan penceramah rancangan tersebut.Saya tertarik hati tentang bagaimana sesuatu penyakit itu boleh terjadi kepada seseorang.
Menurut beliau minda yang positif adalah penting bagi kesihatan seseorang. Rasulullah S.A.W juga pernah bersabda bahawa penyakit datang daripada hati.Jika hati itu bersih,bersihlah seluruh anggota badan dan sebaliknya.Menurut kajian saintis, 1 daripada 65 orang yang mempunyai sifat pendam,menyimpan dendam,sakit hati ataupun sukar memaafkan orang lain,mereka ini terdedah kepada penyakit kanser.
Selain itu,mereka yang bujang atau tidak berkahwin lebih mudah mendapat penyakit berbanding mereka yang berkahwin serta wanita lebih mempunyai daya tahan terhadap penyakit berbanding lelaki.Oleh sebab itu,Rasulullah S.A.W pernah bersabda di akhir zaman perempuan lebih ramai daripada lelaki.Sentuhan tangan yang ikhlas dan sering berzikir turut juga boleh mengurangkan penyakit seseorang.Tiada penyakit yang tidak boleh diubati.Adalah penting untuk terus berusaha mencari penawar sama ada moden ataupun tradisional.Makanan yang dimakan juga amat penting dikawal.Salah satu faktor untuk mengelakkan penyakit adalah cara hidup.Disiplin tidur,makan dan minum.Selain itu,bersenam.
Walau bagaimanapun dalam zaman ini,perkara-perkara ini amat sukar dilakukan memandangkan faktor kerja yang tidak menentu.Tetapi jika dapat dilakukan secara minimum pun,sudah cukup baik.
Penyakit adalah kifarah terhadap dosa-dosa kita di dunia.Jika kita mendapat sesuatu penyakit,terima dengan redha,berusaha untuk mencari penawar dan ubahlah cara hidup selepas sakit.Jika tidak,sia-sia sahaja Allah S.W.T menurunkan penyakit kerana kita tidak dapat belajar daripada kesilapan dan dosa-dosa kita. Semoga kita masih mendapat rahmatNya. Wallahualam.

07 September, 2008

Kepimpinan & Perkauman

Perdana Menteri, Pak Lah dalam kenyataannya semalam mengarahkan semua kenyataan mengenai isu perkauman yang dikeluarkan oleh Ketua Bahagian UMNO Bukit Bendera,Datuk Ahmad Ismail dihentikan.Setelah beberapa lama isu ini dimainkan oleh media,baru sekarang Pak Lah mengeluarkan kenyataan untuk dihentikan.Kenapa sekarang ? Setelah ahli-ahli komponen BN sendiri (terutama MCA & Gerakan) mengeluarkan kenyataan tidak berpuas hati dengan isu tersebut & UMNO Pulau Pinang pula menyokong Datuk Ahmad,barulah Pak Lah campur tangan.

Kenapa tidak dipanggil Datuk Ahmad,wakil MCA & Gerakan dalam perjumpaan tertutup dan perkara ini dijelaskan secara baik ? Bukan melalui perang media dan saling tuduh menuduh dan membuka pekung keburukan ahli-ahli komponen BN sendiri.Amatlah malang,setelah TPM,Dato' Seri Najib telah mengeluarkan kenyataan mohon maaf,isu ini masih belum selesai.Jelas, Pak Lah tidak dapat memimpin BN.

Saya melihat sejak 2004, Menteri-menteri pun berbalah sesama sendiri secara terbuka dibiarkan seolah-olah tiada kawalan.Sejak itu,saya melihat 'there must be something wrong'.Ini hanyalah pendapat dan pandangan saya sebagai rakyat Malaysia.Jelas keadaan ini tidak bagus dikala dan disaat isu ekonomi & kenaikan inflasi masih menjadi masalah utama negara ketika ini. Jelas,satu perubahan perlu dilakukan. Tetapi bukan melalui 16 September ini...

06 September, 2008

From Iqra' to Blog..

Salam...
Iqra'...Bacalah...Dimulakan blog ini untuk dibaca,dinilai,difikirkan dan difahami...Islam juga menuntut umatnya membaca..Tetapi apa yang dibaca perlu dinilai,difikirkan dan difahami sebagai panduan kehidupan serta bekalan di akhirat..Sudah lama mencari peluang untuk menulis blog sendiri,kerna asyik membaca tulisan-tulisan blogger lain..Satu ruang untuk meluahkan & berkongsi pendapat serta percambahan ilmu...Semoga membaca dengan penuh minat dan mendapat manfaat kepada semua...Wallahualam....