31 December, 2009

Selamat Tahun Baru 2010

  1. Telah lama saya tidak menulis.Ini disebabkan kesibukan dalam membuat persiapan menjelang Tahun Baru 2010 & melangkah ke alam kehidupan serba baru.Pastinya sangat berbeza.
  2. Bila 2 hati bersatu,sudah pasti ia saat-saat yang sangat indah.Walau bagaimanapun,kadang-kadang kita harus akui,bukan semuanya kehendak kita sama.Justeru itu,perlulah ada tolak ansur.
  3. Begitu juga dengan perpaduan rakyat Malaysia.Masing-masing terdiri daripada pelbagai latar belakang yang berbeza.Melayu,Cina,India,Sikh,Kadazan,Iban dan lain-lain lagi mempunyai budaya & adat resam berbeza,malah dikalangan orang Melayu pun masih terdapat pelbagai-bagai budaya & adat resam.Cuma yang menyatukan mereka adalah semangat Melayu itu sendiri,malah kaum Cina pun begitu.
  4. Telah banyak yang berlaku dalam Malaysia ini sepanjang Tahun 2009 ini.Malah kita harus tidak lupa,asas-asas perpaduan rakyat Malaysia telah tergugat sejak beberapa ketika.Justeru itu,PM telah melancarkan gagasan 1Malaysia,yang menitik beratkan kerjasama dalam persamaan.Bukan melihat kepada perbedaan yang ketara & meletakkan Perlembagaan Malaysia sebagai asasnya.
  5. Begitu juga dengan alam perkahwinan.Perkahwinan lebih kurang sama dengan perpaduan.2 hati yang datang dari latar belakang yang berbeza,disatukan & dikabulkan untuk hidup bersama aman & bahagia.
  6. Tiada perkara yang datang dengan sendiri,malah kebahagiaan & kerukunan rumah tangga perlu diusahakan.Tiada kebahagiaan datang dengan sendiri.Semoga Allah S.W.T melindungi & merahmati rumah tangga yang akan dibina serta umpama Allah S.W.T merahmati & melindungi perpaduan rakyat Malaysia hampir lebih 52 tahun.
  7. Saya dengan rasa rendah diri memanjatkan kesyukuran & berdoa agar mulai esok atau tahun hadapan iaitu 1 Januari 2010 saya akan bergelar seorang suami dan majlis yang akan dilangsungkan berjalan dengan molek & gembira.
  8. Saya dengan ini menjemput ahli keluarga,sahabat-sahabat,rakan-rakan & juga mereka yang berbeza pendapat dengan saya selama ini untuk memeriahkan Majlis Walimatul Urus saya & bakal isteri saya,Yusmi Zunira Bt Mohamad Yunus pada 3 Januari 2010 (Ahad) mulaia jam 12.00 Tengahari hingga 4.00 petang bertempat di Dewan Besar, S.M.K Raja Permaisuri Bainun,Ipoh.
  9. Saya juga ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010 & semoga segala azam yang direncanakan tercapai.

29 October, 2009

EGM,EGM,EGM....

  1. PEKEMBAR telah adakan EGM.Alhamdulillah,kelulusan sebulat suara pindaan perlembagaannya akan membuka lembaran baru.Sesungguhnya,apa yang dijanjikan,dikotakan oleh Presiden PEKEMBAR.Walau bagaimanapun anjakan paradigma yang diharapkan YAB Presiden tidak akan memberi sebarang makna,jika ahlinya tidak mahu berubah.Sesungguhnya,PEKEMBAR dalam mod yang bersedia untuk menghadapi cabaran baru dimasa depan.Kejayaan di Bagan Pinang,membuktikan jika ahli PEKEMBAR & rakan-rakan BN bersatu padu,InsyaAllah kejayaan akan dapat dicapai.
  2. MCA juga telah mengadakan EGM.Satu keputusan yang agak menarik & bijaksana dari ahli-ahli MCA.Mereka tidak mahu pemimpin yang berebutkan kuasa.Kedua-dua pemimpin bermasalah kepada parti ditolak.Bagaimana pun demi kuasa juga,kedua-dua pemimpin ini pula boleh berkompromi,malah ditentang pula ahli-ahli Jawatankuasa Pusat (CC).Apa kesudahannya ? Jika memberi kesan kepada BN,tindakan yang wajar harus diambil.Umpama kanser,mana yang patut dibuang,dibuang.
  3. MIC juga diura-urakan mahukan EGM,untuk melucutkan Presiden yang telah lama & tidak reti-reti hendak berundur.Makkal Sakhti sudah jadi saingan setelah mendapat restu dari Pengerusi BN.Sungguh bijak langkah YAB Perdana Menteri.
  4. PAS juga nak buat EGM.Musim EGM agaknya.Satu buat,semua nak buat.TGNA pula mengusulkan EGM ini,walaupun beliau tidak ada hak langsung dalam perlembagaan PAS.Kalau Dato Mukhriz dituduh dinaungi Tun Dr. Mahathir,KJ dengan Pak Lahnya,Azmin dengan Brader Anwar Bin Ibrahim,H.M ada TGNA untuk menuju ke puncak kuasa.Jadi soal kuasa menjadi rebutan juga walau dalam mana-mana parti.Cuma kerna bisikan orang luar PAS,Presiden,Timbalan Presiden,Setiausaha Agung & Pengerusi PAS Selangor mahu dibuangnya.Umpama kera (Parti KeRa) dihutan disusukan,anak sendiri (PAS) mahu dibuang kerana isu kerajaan perpaduan.Salah ke kalau umat Islam yang berbangsa Melayu untuk bersatu dalam mempertahankan Islam & bangsa Melayu walaupun berbeza fahaman politik ? Jika umat Islam Melayu bersatu adakah ini perkauman atau peragamaan ? Apalah ada pada nama parti,selagi kita mengucap syahadah pada yang Satu juga ? Ada beza ke ? Kerana ada orang takut,pengaruhnya dalam PAS akan menggagalkan usaha untuk ke Putrajaya,inilah helahnya. Ada yang bagi tahu,bila mati tidak akan ditanya adakah kamu Melayu atau tidak ? Tahu pun. Jadi yang menyokong DAP yang mengatakan kerajaan perpaduan umat Islam Melayu perkauman itu buat apa ? Kita juga tidak akan ditanya,adakah kita ahli PAS untuk masuk syurga nanti ?
  5. Parti KeRA (PKR) ini juga dilanda masalah.Tiga anak Ibrahim (Anwar,Khalid & Zaid). Macam ada makna sahaja.Zaid Ibrahim bercuti dari politik PKR,langgar arahan Punahsihat Parti KeRa jangan ke Sabah & Sarawak bergaduh pula dengan Azmin,dinafikan pula.Azmin dilucutkan Pengerusi Sabah,Dr Jeffry Kitingan letak jawatan Naib Presiden pula.Naib Presiden tu.Bukan calang-calang jawatan.Adakah jawatan itu akan diisi pula Zaid Ibrahim yang akan kembali dari percutiannya ? Bila Brader Anwar Bin Ibrahim nak daftar jadi ahli Parti KeRa? Setiausaha Agung pula dikhabarkan mahu letak jawatan juga,tetapi ditarik balik.(Mudah sungguh dalam PKR,setiap 5 bulan,akan ada rombakan dalam pucuk pimpinan) Tian Chua pula terlompat-lompat macam Kera (setelah didapati bersalah menggigit manusia) menyalahkan media kerana besar-besarkan isu dalam Parti KeRa. Dulu bising media arus perdana tidak beri liputan pasal parti pembangkang,bila diberikan besar-besaran salahkan pula media.Tetapi media yang beri liputan palsu ini adalah Malaysiakini, salah satu media alternatif yang paling bebas katanya yang banyak menyokong Parti KeRa ini. Jadi jelas,media alternatif,tidaklah bebas sangat & adil serta boleh dipercayai. Sendiri buka pekung di dada.PKR tidak mahu buat EGM juga ke,lantik Punahsihat jadi Presiden & anak-anak Ibrahim sekali ? Nepotisme.Kronisme.Itulah,kalau hentam kerajaan sedap sahaja,kena batang hidung sendiri,terlompat-lompat macam kera.Tidak demokrasi kalau begini,habislah wartawan tidak sebulu dipalamkan oleh mereka.Kalau jadi kerajaan,jangan haraplah kebebasan media kononnya.Belum apa-apa,ada media kena 'ban'. Rakyat digula-gulakan,yang padan muka,rakyat juga.
  6. Geng Pakatan Rakyat ini kalau diikutkan,parti paling tidak demokratik & tidak menghormati ketua.Mana tidaknya,PKR ada Presiden, tetapi ada pula jawatan Punahsihat yang lebih berkuasa. PAS pun begitu,ada Presiden tetapi Mursyidul Amnya yang mahu mengawal segala-galanya. DAP lagi dahsyat, Setiausaha Agung (anak) & Pengerusi,Karpal Singh ada,Lim Kit Siang (bapa) pula mengawal segala-galanya.Kalau tidak percaya,cuba lihat Sidang Akhbar PR. Jadi apa perlu ada jawatan Presiden,jika akan ada orang yang akan mengawal Presiden.Cuma mereka ini bijak,jika berlaku apa-apa yang tidak baik,Presiden yang akan dipersalahkan.Bukan mereka-mereka ini.Bijak,bijak.
  7. Ada kawan tegur,PEKEMBAR ini dah terlalu lama & perlu digantikan.Kalau benda lama masih elok,kenapa perlu tukar ? Kalau rosak sana sini sikit,baikilah benda itu. Orang yang malas berfikir & malas berusaha cari jalan sahaja yang mudah buang benda lama tukar dengan yang baru,tetapi yang benda baru dizaman ini selalu cepat jahanam. Benda lama,jika dibaiki & dijaga ada harga. Harga tinggi pula.Tetapi dia pun lupa PAS pun dah lama juga. Kalau begitu, kerajaan PAS di Kelantan,kerana sudah lama,perlu ditukarkan jugalah.Sebab sudah lama.Apalah jumudnya alasan yang diberi ? PAS sebagai parti serpihan PEKEMBAR sebelum merdeka, bila nak kembali ke pangkal jalan ? Bersatu padu demi perpaduan ummah bersama-sama rakyat lain sebagai 1Malaysia.Mudah sahaja.Jangan Lupa Lirik,eh silap.Jangan Lupa Sejarah.Itulah dulu waktu mata pelajaran Sejarah,tidur dalam bilik darjah.Hehehe...

15 September, 2009

PR : Pembohong Rakyat September 16th Revisited


  1. 16 September (opps,tahun tidak diketahui), ada makhluk Tuhan memberi HARAPAN BARU kepada seluruh negara apabila mewar-warkan seluruh dunia dengan angkuhnya " We Have Numbers", "The numbers is increasing by hours","kita telah berada di landasan yang betul " dan bermacam lagi retorika yang menyatakan bahawa kumpulan Pakatan Rakyat ini akan mengambil alih Kerajaan Malaysia melalui "lompatan" 30 Ahli Parlimen BN ke Pakatan Rakyat."God Forbid".
  2. Satu Malaysia berasa teruja dengan Harapan Baru itu.Sedangkan gabungan PAS,PKR & DAP baru sahaja tewas dalam PRU-12 pada 8 Mac 2008.Selepas itu barulah Pakatan Rakyat diumumkan.Sudah kalah tipislah kiranya, (82-140) ada hati mahu ambil alih kerajaan dengan cara begitu.Inilah sifat kegopohan & keangkuhan seorang yang bernama Anwar Bin Ibrahim.
  3. Sifat ini telah ditunjukkan ketika mantan TPM ini berkuasa pada 1993 sehingga 1998.Akibat kegopohan & keangkuhan sokongan yang diperolehi,pemimpin yang telah membawa orang ini ke dalam Pekembar & memberi peluang untuk orang ini naik ke atas,mahu dilanggarnya.Ahli-ahli dalam PEKEMBAR ketika itu tahu akan permainan orang ini,tetapi pemuda & pemudi ketika ini yang ramai dibangku sekolah yang tidak langsung berminat dengan politik tidak mengetahui atau buat-buat tidak tahu akan kemunafikan orang ini."God Forbid".
  4. Mereka mempercayainya suci & bersih.Dianiaya atas perbuatan sendiri pula menjadi simpati kepada orang ini.Selepas dibebaskan secara teknikal,keputusan Hakim Rayuan (2-1),menandakan beliau selama ini dianiaya sedangkan hujah penghakiman menyatakan bahawa orang ini ada bukti terlibat dengan kegiatan homoseksual.(Yang ini kalau nak saman fitnah,saman RM 1 billion ke,sebab bukti memang ada).Perkara ini semua buat senyap sahaja,kecuali Tun Dr. M.
  5. Selepas dibebaskan,ke manakah orang ini ? Terbang ke Jerman untuk pembedahan satu jam akibat sakit belakang.Kasihan.Sekejap sahaja sudah baik.Kemudian beliau ke Washington,Amerika Syarikat Negara Kedua orang ini.Menjadi Pensyarah Sambilan.Apa yang dibuat disana selama 2 tahun sebelum kembali menggegarkan Malaysia semula ? Banyak video-video di Youtube memberikan gambaran hubungan orang ini dengan puak-puak Yahudi.Nak tuduh lebih-lebih,bulan Ramadan ini.Tengoklah sendiri,kalau boleh selepas Hari Raya.Nilai & kajilah sendiri.
  6. Alahai,sedangkan RPK & geng-geng Pakatan Rakyat boleh manipulasi pelbagai video terhadap Pemimpin BN,takkan dengan Ketua Pembangkang tak boleh ? Mana KeADILan ini macam ?
  7. Akibat 16 September juga,Perak jatuh kembali ke tangan BN akibat permainan orang ini sendiri.Orang tidak tahu bahawa bagaimana ahli-ahli dalam Pakatan sendiri dilayan begitu teruk oleh pemimpin akibat tidak sehaluan dalam matlamat perjuangan sehingga mereka marah & menjadi ADUN Bebas.Tetapi BN pula dituduh merampas kuasa.
  8. Akhirnya berlakulah persidangan bawah pokok,bekas speaker diusung keluar & bermacam lagi kerenah budak-budak ditonjolkan.Kadang-kadang,sukar untuk menegakkan benang yang basah.Sultan pun mula dihina akibat prinsip demokrasi ala barat yang diperjuangkan oleh orang ini.
  9. Sekarang,sudah setahun.Apa pun tarak,habuk pun tarak mau lekat.Dikhabarkan Negeri Selangor sedang berantakkan.Perbezaan fahaman agama & budaya menjadi punca.
  10. Kadang-kadang kita lupa,semua perkara yang terjadi diatas adalah kehendak Allah S.W.T.Dia juga yang Maha Berkuasa untuk mengiyakan perkara diatas berlaku.KUN FAYA KUN.Kadang-kadang kita sebagai manusia ramai nak jadi Tuhan.Ada yang mengangkat pemimpin itu sebagai Nabi yang maksum,apabila kata-katanya adalah benar belaka tanpa memikirkan akibatnya.Semua perkara itu akan dianggap 'Politik' sahaja.
  11. Orang PEKEMBAR/BN ini selalu bersifat defensif sahaja.Mana Ketua Pemuda & Penerangan ? Cuba tukar strategi menyerang pula.Sebab kerja membangkang ini adalah perkara yang paling senang.Bila suruh buat apa yang dibangkang seperti pembangkang hari ini,macam hampas sahaja.Lagi teruk adalah.Isu Kg. Buah Pala,isu arak,isu kuil.Lagi teruk.Kong kali kong.Paku dulang paku serpih,mengata orang,dia yang lebih.
  12. Brader Anwar Bin Ibrahim = What A Joker & A Liar..
  13. Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin.Selamat menonton.






10 August, 2009

Memang Kurang Ajar..PAS mana ???

Saya merujuk kepada kenyataan Ketua Pemuda Kebangsaan Parti DAPSY YB Loke Siew Fook, merangkap Ahli Parlimen Rasah yang disiarkan dilaman blog http://sjsandteam.wordpress.com yang mengutuk keras Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah, Pengerusi Malaysian Chinese Muslim Associattion (MACMA) mengenai isu anak luar nikah mendiang Teoh Beng Hock.

Disaat umat Islam menyambut hari mulia Nisfu Sya'ban, Ketua Pemuda DAP ini memilih untuk berkonfrontasi dan menyerang seorang tokoh pendakwah Islam. Dr. Mohd. Ridhuan Tee dalam tulisannya mempertikaikan langkah menghalalkan "anak luar nikah" yang didakwa kepunyaan mendiang Teoh Beng Hock dengan tunangnya.
Saya tidak pasti apakah menjadi dasar DAP menghalalkan perhubungan luar nikah dan "menghalalkan" anak luar nikah. Kita memang bersimpati dengan nasib yang menimpa mendiang Teoh, malahan ahli PAS dan juga PKR yang beragama Islam antara kumpulan yang banyak terlibat dalam demo atau bantahan terhadap kematian mendiang Teoh. Saya sendiri antara Ahli Parlimen beragama Islam yang paling awal yang mendesak supaya siasatan segera dibuat atas kematian mendiang Teoh. Malahan Naib Presiden PAS YB Dato' Seri Nizar sehingga sanggup bersama menyalakan lilin dalam "candlelite vigil" memperingati mendiang Teoh.

Tetapi isu menghalalkan anak luar nikah adalah satu isu lain. Ramai dikalangan masyarakat Cina yang ditemui menyatakan tidak bersetuju dengan cadangan itu, kerana seolah-olah memberi gambaran masyarakat Cina yang ramainya penganut agama Buddha dan Kristian meredhai perbuatan mengadakan seks dan mengandung sebelum berkahwin.

Pemuda DAP sepatutnya tidak bertindak menurut emosi dan kelabu dengan isu dihadapan kita. Dalam isu kematian mendiang Teoh, kita semua bersetuju satu siasatan telus dan adil perlu dibuat untuk mencari sebab-musabab kematiannya. Malahan satu inkues perundangan sudah pun dimulakan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, dengan Suruhanjaya DiRaja akan ditubuhkan sebaik sahaja inkues tersebut selesai dijalankan. Tetapi dalam isu beliau menjalin hubungan seks sebelum berkahwin dan mengandungkan tunangnya, itu satu isu yang lain.

Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah berhak untuk menyatakan pendapatnya. Beliau adalah seorang berbangsa Cina, sudah tentu beliau juga tahu adat resam dan budaya masyarakat Cina.

Apakah Pemuda DAP tidak boleh menerima perbezaan pendapat? Apakah kita semua mesti sentiasa menari gendang yang dipalu oleh DAP? Sesiapa yang tidak bersetuju dengan DAP menjadi musuh yang mesti dikutuk dan diserang?

Apa yang kesal laman tersebut menyiarkan komen yang menggunakan bahasa kesat, cabul, mencarut dan biadap terhadap Dr. Mohd. Ridhuan. Apa yang lebih biadap dan kurang ajar ialah mereka juga menyerang agama Islam, bangsa Melayu dan mereka yang convert atau memeluk agama Islam. (Untuk membaca lebih terperinci sila layari laman web tersebut).

Berikut adalah contoh bahasa yang diguna saperti:

"Who is this bastard of a Mohd. Ridhuan"
(siapa anak haram Mohd. Ridhuan ini);

"What sort of fucking Dr. r u"
(Dr pu... apa awak ni);

"Has everything be reduced to your fucking religion (iaitu Islam)"
(Apakah semua mesti menurut agama (iaitu Islam) pu... awak itu);

"R your parents still alive mohd ? If they r not, their bones must be rattling in their graves,if they r they must be hiding in shame to know that a son they brought into the world is now considered a bastard by every non muslim n also by real muslims"
(Apakah ibubapa kamu masih hidup Muhammad? Kalau sudah mati, sudah tentu tulang mereka berantakan didalam kubor, kalau masih hidup, tentu mereka bersembunyi dengan penuh malu yang anak lelaki yang mereka lahirkan dianggap anak haram oleh setiap bukan Islam dan Muslim);

"They would b happier now if they had flushed u down the toilet when u were born".
(Sudah tentu mereka (iaitu ibubapa Dr. Ridhuan) akan bergembira kini jika mereka mengepam awak (Dr. Ridhuan) kedalam lubang tandas semasa dilahirkan);

"U have tainted your family with your stupidity for monetary gain. Your conversion was not through conviction, it was with an ulterior motive".
(Awak telah mencemar nama keluarga awak kerana kebodohan mendapatkan habuan duniawi. Kemasukan awak kepada Islam bukan kerana keyakinan, tetapi kerana niat tidak baik);

"As for your children they won’t be carrying your name. They will be ahmad bin abdullah or something akin to that. 2 generations down they will be saying “I don’t know who the fuck my grandfather is. He was an arsehole who brought shame to the family”. They will be like bastards who can’t trace a family history".

(Bagi anak-anak awak pula, mereka tidak akan mewarisi nama awak. Mereka akan menjadi ahmad bin abdullah atau yang sewaktu dengannya. Dua generasi lepas itu mereka akan berkata, "saya tidak tahu siapa pu... datuk saya. Beliau adalah pu... yang telah memalukan keluarga". Mereka akan menjadi saperti anak haram yang tidak dapat mengesan salasilah keluarga mereka).

"If u can be the president of the chinese muslim association I shudder to think what the other chinese muslims r like………? Thieves, robbers, criminals or some other unsavoury characters".
(Kalau awak (Dr. Ridhuan) boleh menjadi presiden Persatuan Muslim Cina, saya tidak tahu apa jenis cina muslim yang ada......?Pencuri, perompak, penjenayah atau penyangak).

Adalah jelas laman web yang menyiarkan kenyataan Ketua Pemuda Kebangsaan DAPSY ini bertindak melampau, kurang ajar, biadap dan keterlaluan. Penyiaran yang dibuat:

1. menyerang peribadi seorang pendakwah Cina beragama Islam yang sangat dihormati iaitu Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah dengan menggunakan bahasa lucah, kesat, biadap dan melampau;

2. menghina agama Islam dengan bahasa kesat, lucah, biadap dan melampau;

3. menghina ibu bapa, keluarga dan anak-anak Dr. Mohd. Ridhuan Tee dengan bahasa kesat, lucah, biadap dan melampau;

4. menghina agama Islam dan mereka yang memilihIslam seolah-olah keturunan semua mereka yang memeluk Islam saperti anak haram yang tidak mengenal salasilah dan keturunan keluarganya;

5. menghina kaum Cina yang memilih memeluk Islam sebagai pencuri, penjenayah, perompak dan penyangak.

Saya mengutuk dengan kutukan yang paling keras dan dengan bahasa yang paling tegas terhadap laman web tersebut. Apakah mereka berasa saperti cengkadak naik ke junjong; sudah tidak mengerti adab susila dan kesopanan ketimuran? Apakah mereka merasakan mereka golongan yang hebat dan "untouchables", sehingga orang lain tidak boleh berbeza pendapat dengan mereka.

Tindakan laman web tersebut sudah pasti akan menimbulkan kemarahan umat Islam dan akan mencetuskan ketegangan agama.

Saya dengan ini mendesak:

1. Ketua Pemuda DAPSY YB Loke Siew Foke dan Pemuda DAP meminta maaf kepada Dr. Mohd. Ridhuan Tee khususnya dan umat Islam umumnya;

2. pengendali laman web www.sjsandteam.wordpress hendaklah meminta maaf secara terbuka kepada Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah khususnya dan umat Islam umumnya;

3. penulisan dan komen bertajuk"Ridhuan Tee must apologize to Teoh Beng Hock's family" hendaklah ditarik balik;

4. Pihak polis hendaklah menyiasat segera kenyataan tersebut serta pengendali web berkenaan menurut peruntukkan undang-undang sedia ada saperti Akta Hasutan dan Seksyen 298A Kanun Kesiksaan;

5. Jika didapati ada kes, pihak Peguam Negara hendaklah dengan segera mengenakan pendakwaan jenayah terhadap mereka yang berkaitan;

6. Suruhanjaya Multimedia dan pihak berkuasa yang berkaitan hendaklah membatalkan laman web tersebut;

Sekian wassalam.
ZULKIFLI BIN NOORDIN
Khamis
15 Sya'ban 1430 / 06 Ogos 2009

INI BETUL-BETUL KURANG AJAR.DIPETIK DARI KENYATAAN MP PKR KAWASAN KULIM/BANDAR BAHARU YANG SATU PAKATAN KONONNYA.MEMANG TAK RETI-RETI BAHASA.APABILA ORANG ISLAM BEREMOSI TENTANG INI,AKAN DICOP RASIS,TETAPI APABILA ORANG LAIN BEREMOSI TENTANG ANAK LUAR NIKAH,INI ADALAH KEBEBASAN BERSUARA.MANA ORANG ISLAM & MELAYU (MANA PAS ??? ) LAIN UNTUK MENEGAKKAN AGAMA & KEBENARAN ? MASIH TAKSUB DENGAN PERJUANGAN ANDA YANG JELAS SATU PENGHINAAN KEPADA AGAMA,BANGSA & TANAHAIR ? LU FIKIRLAH SENDIRI....

27 July, 2009

Jangan Terburu-buru = Sabar..

  1. Kematian Teoh Beng Hock menimbulkan pelbagai cerita.Berlakulah tuduh menuduh.Rakyat biasa pun terpinga-pinga,macam mana isu ini boleh timbul dan siapa yang harus dipersalahkan.Saya tidak mahu ulas teori konspirasi atau motif kematian Mendiang sebagai menghormati keluarga mendiang.
  2. Saya ingin ulas reaksi parti-parti politik terutama geng-geng Pakatan DAP,PKR & PAS & juga kerajaan BN mengenai isu ini.Saya ingin timbulkan persoalan-persoalan yang terfikir diminda saya.
  3. Kenapa semua pihak tidak sabar-sabar untuk mengetahui hasil siasatan sepenuhnya sebelum menuduh macam-macam terhadap SPRM,Polis & Kerajaan ?
  4. Siapa TBH untuk dibunuh oleh kerajaan berbanding A.I,LKS, K.S & pemimpin-pemimpin Pakatan yang lebih berpengaruh ? Saya bukan maksudkan mereka harus dibunuh,tetapi kalau kerajaan yang ada hari ini kejam & zalim sangat & nak kekalkan kuasa sangat-sangat,lebih mudah mereka-mereka ini dibunuh dengan mudah berbanding TBH ? Saya bukan nak jatuhkan kredibiliti TBH,tetapi tuduhan terhadap kerajaan & pemimpin-pemimpin PEKEMBAR keterlaluan bagi saya .Tunggulah siasatan.Ini belum apa-apa,tidak mahu terima hasil siasatan.Tidak tercapai dek akal saya untuk memahami apa yang sebenar yang dimahukan oleh mereka ?
  5. Kenapa DAP beria-ria mahukan Suruhanjaya Siasatan Diraja sedangkan Lim Kit Siang sendiri mengakui tiada kes kematian sebelum ini perlukan Suruhanjaya Siasatan Diraja ? Baca selanjutnya.
  6. Adakah dengan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja & Inkues akan dapat menegakkan keadilan & kebenaran ? Kalau kerajaan yang salah,itu adil ? Kalau selain dari itu,semua ini adalah pembohongan & tidak adil ?
  7. Kenapa R.L bertindak macam samseng masuk Pejabat SPRM konon-kononnya bela kematian Teoh Beng Hock ? Macam ini perangai mahu jadi pemimpin negara ? Macam mana pegawai kerajaan mahu hormat pemimpin begini ? Kalau ada pemimpin BN/UMNO macam ini dahulu,takkan nak ikut kut ? Kalau macam ini perangai samseng,janganlah marah kalau orang tuduh anda ada kaitan dengan samseng .
  8. Kenapa A.I,A.A & N.J boleh turut serta dalam upacara menunduk mayat TBH & memegang lilin ? Kalau nak raih sokongan politik pun,janganlah sampai mengorbankan agama.Apa kata pemimpin PAS ? Baca selanjutnya.
  9. Kenapa A.I kata beliau tidak politikkan isu ini tetapi dalam masa yang sama menuduh kematian TBH adalah arahan PEKEMBAR & BN ? Kenyataan apa ini ?
  10. Kenapa kematian TBH jadi isu yang besar & perkauman sampai ada yang nak boikot akhbar-akhbar Melayu? Dalam akhbar bukan Melayu yang sering main isu perkauman,tidak diboikot,tetapi akhbar Melayu yang menyuarakan kebimbangan nasib orang Melayu & keamanan negara ini pula jadi dihentam dengan pelbagai kenyataan berupa rasis ? Bila kita nak mempertahankan hak kita,dituduh rasis sedangkan kita bukan nak ambil hak orang lain.Dan apabila orang lain mempertikaikan hak kita,tidak dituduh sebagai rasis pula ? Tetapi yang lebih malang apabila orang Melayu itu sendiri tidak mempertahankan hak kaumnya malah memperlekehkan lagi.Bukan itu maksud 1Malaysia.1Malaysia adalah keadilan untuk semua,bukan kesamarataan untuk semua.Dalam Islam pun,zalim apabila tidak meletakkan sesuatu perkara ditempat yang sepatutnya.Ingatlah komposisi 65,30,5.
  11. Kenapa kerajaan terburu-buru tubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengikut kehendak DAP sebelum siasatan polis selesai ? Lupakah kerajaan dengan isu tahanan kononnya wanita rakyat negara China yang dibogelkan dalam tahanan polis yang disuarakan oleh Teressa Kok rupa-rupanya rakyat Malaysia,Melayu pula itu memalukan negara sehingga ada Menteri dihantar untuk memohon maaf membuta tuli sahaja ? Mana Teressa Kok apabila wanita Melayu ini naik ke mahkamah untuk saman polis ? Bukankah itu semua hanya kesempatan politik & rasis ? Bagi saya jangan dilayan sangat kehendak DAP ini,kerana mereka hanya pandai berkokok sahaja,bertelur belum tentu.
  12. Kenapa MB Selangor,K.I mengatakan cerita-cerita dalam blog kebanyakkan tidak boleh dipercayai apabila kena batang hidung sendiri ? Kalau cerita itu kena batang hidung mantan MB Selangor 100% boleh dipercayai ? Bukankah selama ini Pakatan begitu mengagung-agungkan cerita-cerita di blog & portal internet sebagai cerita sahih berbanding media perdana yang banyak dimanipulasi kerajaan BN kononnya ?
  13. Mengapa anda begitu bodoh untuk tidak bersabar menunggu hasil siasatan polis sebelum membuat apa-apa kenyataan menghentam & menjatuhkan hukum kepada orang yang tidak bersalah ? Adakah anda Tuhan untuk menghakimi kematian seseorang itu ? Bawa-bawalah bersabar.
Dikemaskini : Ikuti Satu Pendedahan Berdasarkan Fakta-fakta & Bukti-bukti.Bukan omongan kosong beb.....

14 July, 2009

Majoriti Tetap Majoriti.

  1. Terima kasih kepada PM yang telah menggagaskan 1Malaysia & memberi 11 'hadiah' kepada rakyat sempena 100 hari pentadbiran beliau.Secara jelas,beliau telah buang semua protokol-protokol & keraian pemimpin seperti dahulu.Beliau jelas memahami masalah & penderitaan rakyat.Lawatan hari pertama beliau ke Apartment Vista Angkasa menampakkan kesan apabila saya melihat sendiri terdapat perubahan ketara kepada dinding-dinding apartment-apartment tersebut.Itu hanya luaran,tetapi dalamannya melihatkan kenaikan 'rating' sehingga 65% untuk penilaian pentadbiran beliau.Rakyat sudah mula merasakan perbedaannya.
  2. Pas menang dengan majoriti 65 undi sahaja.Kemerosotan yang sangat ketara.Daripada 1300 lebih kepada 65 undi jelas ada sesuatu masalah dalam Pas.Sudah pasti penyokong-penyokong Pas akan mengatakan,menang tetap menang.Persoalan saya,apa beza majoriti 3 kerusi DUN di Perak dan majoriti 65 undi ? Undi rosak 117.Jika dicampur,jelas Manik Urai bukan merupakan kemenangan mutlak Pas.Akhirnya,majoriti tetap menguasai sesebuah kerajaan.Siapa nak dipersalahkan ? Husam atau Ustaz Nasharuddin ? Cukup-cukuplah Ir. Nizar.Redha sahaja kehilangan kuasamu.
  3. Apapun,tahniah kepada DS Najib,TS MY,Tok Pa & rakan-rakan dalam BN.Sasaran untuk mengurangkan majoriti Pas tercapai sebagaimana Pakatan Pas,PKR & DAP mengurangkan majoriti BN dalam PRU-12 Mac 2008 lalu.Alhamdulillah.Teruskan berusaha.Cari dimana silap & salah kemudian betulkan keadaan.Teruskan janji dengan membina jambatan & janji-janji lain.Manik Urai sepatutnya dilihat sebagai permulaan BN untuk mengembalikan kepercayaan rakyat.
  4. Cukuplah kerenah politik selama setahun lebih.Fokuskan ekonomi & kehidupan rakyat.A.I,janganlah banyak helah.Jika tidak bersalah,hadapi perbicaraan dengan berani.Dengan diwakili 8 orang peguam hebat-hebat,takkan tidak yakin menang ? Kalau tidak,pergilah bersumpah di mana-mana masjid sebagaimana DS Najib bersumpah tidak mengenali Altantuya apatah lagi meletupkan dia.Cukuplah sandiwaramu A.I.'Justice delayed,justice denied'.

13 June, 2009

Berjeda Sebentar Untuk Satu Penghijrahan

  1. Sudah lama saya tidak menulis apa-apa kerana sibuk dengan penghijrahan ke tempat baru.Lagipun saya cuba mengambil tempoh rehat daripada tulisan politik untuk sementara kerana 'letih' dengan masalah politik di Perak.Sementara ini,masalah politik di Perak agak reda & hampir usai.Kebanyakkan pihak sudah mula boleh menerima hakikat & keputusan mahkamah rayuan walaupun masih ada mogok lapar & riuh-rendah sana sini.Memakai lilitan hitam 'Bubarkan DUN Perak' di kepala bersama kopiah putih adalah cara baru.Kebiasaannya jika ada kemangkatan anggota diraja,lilitan putih di songkok hitam digunakan sebagai tanda berkabung.
  2. Walaupun saya berehat seketika,tetapi saya masih menulis dengan berhujah dengan rakan-rakan saya di Yahoo! Group.Masing-masing ada hujah & pendapat masing-masing.Alhamdulillah,hubungan rakan-rakan semenjak di sekolah masih boleh kekal walaupun kami berlainan pendapat & ideologi politik.Malah menyokong sesama kami jika ada yang berjaya menjadi Menteri atau pun Y.B.Tetapi dalam fikiran saya,terdapat satu perspektif baru,tidak kira apa ideologi politik kita,jika rakan anda berjaya mendaki tangga teratas,masing-masing mahu menumpang tuah.Jika ini merupakan satu budaya,maknanya jika dibising-bisingkan isu kronisme adalah satu retorika sahaja.Orang lain tidak boleh buat,kita boleh buat.Tentu akan ada rakan-rakan akan memberi maklumbalas perkara ini.Cuma ini adalah satu perspektif & yang terfikir oleh saya.Bukan bermakna satu tuduhan atau apa-apa anggapan.Lihat yang positif.
  3. Saya menonton rancangan Spell-It-Right (SIR) anjuran NSTP di TV3 sebentar tadi.Tetapi apa yang saya perasan,bilangan peserta dikalangan bangsa saya boleh dibilang dengan jari.Mengapa ini terjadi.Mengapa kaum-kaum lain lebih ramai menguasai Bahasa Inggeris daripada kaum saya yang mempunyai hampir 65% penduduk di negara ini."Telan mati bapak,diluah mati mak".Jika PPSMI merupakan langkah yang akan membunuh Bahasa Melayu,bukankah langkah memansuhkan PPSMI pula membunuh peluang kepandaian untuk anak bangsa saya.Kedua-dua penting.Saya mahu anak bangsa saya menguasai Bahasa Inggeris disamping mengekalkan penguasaan Bahasa Melayu.Tetapi ada yang menyokong pemansuhan PPSMI,Bahasa Melayu Peringkat Piawai (Standard) nya pun tunggang langgang,bagaimana dia berjuang untuk bahasa.Bagi saya isu ini sengaja dipolitikkan oleh sesetengah pihak terutama Pakatan PKR & PAS.UMNO pula diam seribu bahasa kecuali UMNO Johor yang menyokong pemansuhan PPSMI.Saya telah keutarakan persoalan ini di Facebook Rancangan Diluar Lingkungan Bersama Syed Munawar di TV1,dimana saya berpendapat PPSMI ini dilaksanakan adalah sebagai jalan singkat kepada masalah penterjemahan ilmu-ilmu asing ke Bahasa Melayu yang agak lembab.Perbedaan permikiran antara golongan Aliran Sains & Sastera telah menyebabkan isu diangkat ke satu tahap yang tidak sepatutnya.Jawapan panel saya kira boleh ditonton di Laman sesawang www.dll.my.
  4. Isu kerajaan perpaduan adalah satu isu kosong.Langkah untuk mengalihkan perhatian & mungkin perangkap untuk PEKEMBAR & BN.Selagi Presiden PAS tidak membentangkan idea Kerajaan Perpaduan,selagi itu PEKEMBAR tidak perlu ghairah memainkan isu ini.Umpama meminang anak dara,jika rombongan meminang tidak membentangkan maksud & butiran pinangan,pihak yang dipinang janganlah bereaksi melampau.Lebih sudu dari kuah.Jika parti-parti komponen BN melihat penyatuan PEKEMBAR & PAS,ini akan menimbulkan perasaan curiga seperti yang dialami DAP apabila mereka juga menentang idea Presiden PAS,malah Karpal Singh juga membuat kecaman keras terhadap Presiden PAS.Saya menyokong satu suara PEKEMBAR & PAS demi kelangsungan umat Islam & Melayu dimana PAS memainkan peranan sebagai penimbang & pemeriksa kepada PEKEMBAR dan sebaliknya.Negara ini masih perlukan pembangkang.Kalau tidak,kita tidak akan tahu kesilapan kita.Cuma bila benda baik,mengaku sahajalah.Jangan putar belit.Jangan taksub dengan pemimpin.Pemimpin datang dan pergi.Tiada pemimpin yang maksum selepas Rasulullah S.A.W.Saya insaf dengan perkara ini.
  5. PEKEMBAR akan buat pindaan perlembagaan berkenaan langkah untuk bendung rasuah politik pada Oktober 2009 ini.Secara tiba-tiba,hari ini PKR membuat satu Kongres Khas untuk pinda perlembagaan juga untuk membendung rasuah politik di dalam parti ini dengan perlantikan Presiden dibuat terus oleh semua anggota PKR selain menghadkan tempoh Presiden kepada 3 Penggal.Hebat idea ini.Lepas DSWA,AI mungkin ambil alih ? Cuma yang pelik,apa peranan Ketua Umum PKR sekarang ? Siapa pemimpin utama PKR,Presiden atau Ketua Umum ? Bukan ini Nepotisme ? Kenapa jawatan Ketua Umum tidak dihadkan tempohnya ? Orang tidak nampak,tetapi inilah caranya AI nak terus berkuasa.Harapan Baru PKR dengan masuknya Zaid Ibrahim.InsyaAllah pada pemilihan akan datang semua ahli ataupun sekitar 60,000 ahli PEKEMBAR akan memilih terus Presiden dan saf kepimpinannya terus kerana ahlinya lebih 3 juta orang.Langkah mendakwa beberapa pemimpin PEKEMBAR oleh SPRM baru-baru ini akan terus disokong agar masalah rasuah politik ini dapat diminimumkan.Sebab minimum,kerana bohonglah jika tidak ada kempen politik yang tidak melibatkan rasuah ataupun tawaran untuk undi.PAS pun secara tiba-tiba ahlinya bising soal ini dalam Pemilihan di Muktamar PAS baru-baru ini.Ironinya,yang dituduh tewas pula.Renung-renungkan dalam Politik Busuk Hati di kemudian hari.
P/S : Kenapa guna 'Muktamar (Arab) PAS' & 'Kongres (Amerika) PKR' selain 'Perhimpunan (Melayu) Agung PEKEMBAR' ? Mana perjuangan Bahasa Melayu ? UMNO tukarlah kepada PEKEMBAR.

07 May, 2009

1Malaysia, 2Perak, 3Melayu...

  1. 1Malaysia,'Rakyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan' adalah slogan baru pentadbiran YAB Perdana Menteri baru.Kalau difikirkan secara positif,positiflah jadinya.1Malaysia bermaksud kita semua rakyat Malaysia adalah bersatu padu sebagai rakyat Malaysia,kepentingan semua rakyat Malaysia didahulukan & pencapaian mereka yang diutamakan.Sebab itu liberalisasi 27 sub-sektor ekonomi kepada pelabur asing saya lihat sebagai permulaan.Tetapi ada juga 'kutu-kutu' yang masih pusing hal ini sebagai benda yang negatif.Kalau fikir negatif,negatiflah jadinya.Malah A.I pun mengatakan slogan ini hanya kosmetik.Adakah Harapan Baru itu bukan kosmetik sahaja ? ADUN boleh disuruh letak jawatan sebab nak sambung belajar,buat Pilihanraya Kecil,membazir duit rakyat yang bayar cukai.Itu agaknya harapan baru.Tidak sedarkah anda sedang diperkotak-katikkan oleh manusia ini.Saya setuju kalau BN tidak bertanding di Penanti.Buang masa,buang duit.
  2. 2Perak,ada 2 Menteri Besar,sekarang 2 Speaker DUN Perak.Prinsipnya mudah sahaja.Jika anda tahu anda sudah tidak mempunyai majoriti,lepaskan jawatan secara budiman.Ini berlarutan umpama budak-budak berebut kerusi DUN & Speaker.Kalau mahu sangat kerusi,di IKEA berlambak kerusi yang cantik-cantik.Sultan sudah perkenan MB baru,terima sahajalah.Hendak saman-menyaman,berebut kerusi,bertumbuk khabarnya buat apa.Jika pemecatan Nizar tidak ikut perlembagaan,kalau dibuat secara teratur pun,BN ada majoriti.Prinsip asasnya,Nizar tak cukup majoriti.Apa yang rakyat dapat? Melainkan untuk ganggu kerajaan baru.Buang duit jaga keselamatan.Buat Pilihanraya baru buat apa ? Buang duit lagi,buang masa saya nak balik mengundi di Perak,semata-mata PKR & DAP tidak pandai jaga ADUN sampai keluar parti.MEREKA TIDAK SERTAI BN,TETAPI SOKONG BN.FAHAM KE? Tunggu PRU 13,lawan balik kemudian pastikan ADUN-ADUN yang bertanding itu setia.Jaga ADUN sendiri pun tidak mampu,inikan nak memerintah kerajaan negeri Perak.
  3. 3Melayu.Melayu sekarang secara UMUMnya sudah terbahagi kepada 3 kumpulan yang besar.Melayu yang berjuang untuk UMNO,Melayu yang bertakbir untuk PAS & Melayu yang bermain-main belakang dengan PKR.Tahun 1957,Melayu bersatu dibawah payung UMNO berjuang dapat kemerdekaan,sekarang Melayu terbahagi tiga yang berjuang untuk kekayaan & kekuasaan masing-masing.Sudahlah dengan Ketuanan Rakyat,sedangkan Ketuanan Raja -Raja Melayu pun susah hendak bersatu mempertahankannya.Semua bermain dengan retorik untuk perjuangan perut masing-masing.Adakah selepas teori RAHMAN lengkap,Malaysia sedang menuju ke arah negara Republik.Tanda-tandanya susah ada bermulanya di Perak.Raja tidak lagi dihormati oleh sesetengah pihak yang kononnya berjuang untuk ketuanan rakyat.Sultan pun boleh dimaki & disaman secara terang-terangan,apatah lagi institusi ini akan dihapuskan secara sistematik kelak.
  4. 4Mati.Saja sebagai tambahan.Orang Cina kata angka 4 ini simbol mati.Akhirnya bila semua formula ini digabungkan,dalam kubur juga kita semuanya.Ini semua hanya permainan duniawi.PAS pun dah tertinggal akhiratnya.Berjawablah kita nanti.

01 May, 2009

Selamat Hari Pekerja 2009

  1. Hari ini merupakan cuti umum sempena Hari Buruh atau Hari Pekerja.Tetapi apa maknanya jika sambutan hari pekerja dibuat jika pekerja masih ditipu,ditindas,dibuang sesuka hati mahupun diganggu seksual setelah tenaga & usaha dicurahkan bersungguh-sungguh demi kepentingan negara,syarikat mahupun keluarga ?
  2. Bagaimana agaknya perasaan seorang majikan jika dia boleh & mampu mengabaikan kebajikan pekerjanya ?
  3. Bagaimana pula jika satu hari nanti majikan menjadi pekerja dan diperlakukan sebegitu juga ?
  4. Bagaimana pula pekerja yang kuat tidur ataupun suka curi tulang mahupun makan gaji buta ? Layakkah mereka menyambut hari pekerja ?
  5. Ada rakan menyatakan,jika hari ini hari pekerja,sepatutnya majikan terus bekerja.Tiada siapa yang menyambut hari majikan.Jadi majikan perlu terus bekerja.Hehehe...
  6. Apa-apa pun yang kita lakukan,kepentingan pekerja penting kerana mereka adalah nadi penggerak kemajuan sesebuah negara,syarikat mahupun keluarga serta kekayaan majikan.
  7. Selamat Hari Pekerja 2009.

11 April, 2009

Engagement Day....11 April 2009


Me & My Fiancee

The 'Rundingan' on going.

Myself with the my fiancee 'hantaran'.

My fiancee with my 'Ibu' after 'Sarung Cincin' ceremony.


Today, Alhamdulillah its another step in my life.I was mean to engage to my childhood admirer.Thank you to everybody who help me a lot gone through this wonderful moment.This ceremony shows that the 'adat' still prevail.If not us,as young people,who else to preserve this heritage.Afterall we are still Melayu.May Allah bless us.

P/S : Gambar tak boleh banyak-banyak.Hehehe...


08 April, 2009

Pangkah Apa Saja......


KEKAL... Ketiga-tiga parti yang menang dalam pilihan raya kecil yang berlangsung serentak mengekalkan status quo keputusan pilihan raya umum ke-12, 8 Mac 2008. Dari kiri, calon PAS juga bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin menang di kerusi Parlimen Bukit Gantang, calon PKR, S. Manikumar memenangi kerusi DUN Bukit Selambau dan calon BN Malcolm Mussen menang di DUN Batang Ai.
  1. Saya lega kerana Pilihanraya Kecil telah tamat.Kemelut hal-hal politik yang keterlaluan telah berlalu.Keputusan 1-1-1.Tahniah kepada yang menang.Jangkaan saya meleset.Biasalah bila tembak tidak kena.Bolehlah kembali kepada isu ekonomi.
  2. BN tewas di 2 bukit adalah disebabkan undi bukan Melayu yang tidak berpihak kepada mereka.PAS & PKR masih menjadi pilihan orang bukan Melayu ketika ini.Statistik menunjukkan undi Melayu meningkat sedikit kepada BN selepas Perhimpunan Agung PEKEMBAR.Orang Melayu mula menunjukkan angin perubahan.Sedikit tetapi begitulah hanya baru beberapa hari PM baru menjawat jawatan.
  3. BN (dan mungkin saya juga) terlepas pandang tentang undi bukan Melayu.Rakan saya dari PAS juga mengakui,jika tidak kerana undi bukan Melayu di DUN Kuala Sepetang,BN mungkin menang.Ternyata bukan Melayu masih tidak berpuashati dengan MCA, Gerakan & MIC.Isu pemberian tanah 999 tahun juga salah satu faktor.Bagi Melayu,penyokong kuat PEKEMBAR & PAS masing-masing masih mengekalkan undi mereka.
  4. Selain itu,kemenangan Ketua Pemuda PEKEMBAR walaupun disabit kesalahan etika pemilihan,dilihat menjadi punca kepada undi bukan Melayu yang merasakan PEKEMBAR tidak betul-betul berubah & bersih.Begitu juga di Bukit Selambau menunjukkan kebencian kaum India kepada Presiden MIC yang masih mengekalkan jawatan dengan kaedah yang tidak demokratik.Kedua-dua liabiliti ini akan menjadi beban kepada BN untuk diatasi kelak.
  5. Selain itu juga saya merasakan memang wujud angin perubahan yang ketara di kalangan pengundi muda.Saya merasakan 3 daripada 10 rakan-rakan sebaya dan dalam lingkungan muda yang masih menyokong BN.Selebihnya menyokong PAS,PKR & DAP.Ini kerana semasa di universiti saya melihat golongan-golongan ini telah ditanam perasaan benci kepada BN.Mereka berasa dipinggirkan.Jika trend ini berterusan,memang akan ada angin perubahan.
  6. Sekarang mereka boleh mengundi.Saya lihat mereka-mereka ini semasa di universiti bukanlah berminat dengan politik tetapi setelah terdedah dalam dunia pekerjaan mereka dapat melihat kelemahan & kesilapan kepimpinan kerajaan sebelum ini,ditambah pula dengan propaganda A.I dan rakan-rakan yang agresif meraih sokongan mereka.Bolehlah dikatakan ada antara mereka anti-establishment.
  7. Manakala rakan-rakan yang menyokong BN masih tercari-cari ruang untuk menterjemahkan sokongan mereka.Sama ada tidak berani untuk menyatakan sokongan terbuka atau pun sedang berkira-kira dalam hati untuk mengikut angin perubahan ini ataupun tidak kisah kerana merasakan BN akan selamat dengan mengatakan tidak minat politik,boleh juga menjadi punca kepada kehilangan sokongan kepada BN.Mungkin juga kaedah dalam BN tidak menarik perhatian mereka.
  8. PAS kelihatan telah mengubah suai pendekatan mereka dengan orang bukan Melayu.PAS datang dari sebahagian PEKEMBAR.Kalau dulu orang PEKEMBAR dituduh kafir kerana bekerjasama dengan MCA,MIC dan lain-lain lagi sekarang dibolehkan dalam PAS.Pelaksanaan Hukum Hudud boleh ditangguh-tangguh pula.Sekejap mahu,sekejap tidak.Orang Cina sekarang boleh membaca Quran untuk tujuan kempen.Mufti pun boleh dimaki.Sultan pun boleh dicerca.Kalau lawan yang pernah dituduh oleh pemimpin PAS (Mat Sabu,lupa ek?) sebagai kaki liwat diangkat jadi ketua pula pun boleh.Allah pun boleh digunakan oleh agama lain.Semua boleh.Ini akibat buruk daripada slogan Malaysia Boleh.Mungkin ini agaknya yang menarik perhatian pengundi muda.Ceramah yang hanya tahu mencari salah kerajaan,mengutuk peribadi orang & cerita 'half truth' memang seronok didengar berbanding ceramah mengenai pembangunan dan penjelasan kerajaan yang membosankan.Jadi PAS boleh dianggap Pangkah Apa Saja.Itulah kekuatan mereka asalkan BN tumbang.Never underestimate this Force.
  9. Jadi saya tidak salahkan mereka.Rakyat Malaysia juga semakin pandai & cerdik hasil pembangunan selama 50 tahun ini dibawah BN.Kalau kejam sangat & banyak sangat salah guna kuasa,rasuah disana sini oleh kerajaan BN tidak mungkin ramai orang muda seperti saya dan rakan-rakan lain mendapat pendidikan dan pekerjaan.Hatta ada yang menyokong PAS,PKR & DAP pun dapat bekerja di Jabatan Perdana Menteri.Hatta tiadalah KLCC,tiada KLIA,tiada universiti yang pelbagai,tiada PROTON,tiada orang Melayu menjadi kaya & jutawan,saintis,juruterer,angkasawan,agamawan,ilmuwan dan pelbagai lagi wan.Hanya laWAN tetap laWAN.Tidaklah juga Malaysia dikenali di seantero dunia.Hakikatnya tiada pilih bulu.Mungkin ini yang diinginkan dimasa hadapan.Memang BN melakukan beberapa kesilapan terutama pemimpin.Dek kerana terlalu lama berkuasa,mereka lupa dibawah.
  10. Bagi saya trend ini adalah petanda pusingan jangka hayat sesuatu parti politik.Di India,Parti Kongres yang memerdekakan India juga telah ditolak setelah hampir setengah abad memerintah.Tetapi akhirnya mereka kembali.Mungkin trend sistem 2 parti di Amerika Syarikat akan berlaku dimana perubahan parti yang memerintah merupakan satu kebiasaan antara Demokrat & Republikan.Mungkin tiba masa rakyat ingin benda yang baru.
  11. Saya harap PEKEMBAR selaku teraju dalam BN mampu menangani masalah ini.PEKEMBAR sedang meminjam masa untuk bertahan.Kepimpinan baru harus insaf.Orang PEKEMBAR mungkin suka sesetengah pemimpin,tetapi sebahagian rakyat tidak.Saya bersetuju dengan PM faktor rakyat perlu diambil pertimbangan dalam kerajaan.Bukan semata-mata parti.Cuba elakkan buat sesuatu kerana hendakkan undi,tetapi buatlah dengan ikhlas demi Agama,Bangsa dan Negara.
  12. Memang mudah untuk menyalahkan itu ini.Bukan kena sebarang bayaran.Ini kerana masing-masing masih beranggapan apa yang mampu aku dapat daripada apa yang aku mampu berikan.Jadi Pangkahlah Apa Saja, janji PuAShati.Menang sorak kampung tergadai.Saya pasti tentu ada jawapan setiap perkara yang saya utarakan kerana rakyat Malaysia semakin pandai.Ada saja hujah untuk memenangkan pendapat kita.Biasalah perkara begini.Cuma cari titik pertemuan.Jangan kita bergaduh kerana ini.
Hoi Melayu,the kingmaker is still in 'their' hand.

04 April, 2009

Hails New Prime Minister !!!!


  1. Its been a long time since my last posting.Just because i had enough of politics.I just monitor the situation since i preferred the economics matter more rather than politics.But both are well linked.No politics stability,no growth in economy.
  2. Thank you for the 1st Minister of Finance who revealed RM 60 billion stimulus package.I see there is opportunity in business for me by this stimulus.I hope with my effort & hard work I will get some piece of the benefit of this stimulus package.InsyaAllah,if we work hard,Allah S.W.T will grant the good outcome for you rather than bickering outside there.Just don't sit and wait.Go out and work it out.
  3. We still lived in the best country.Tell me if there any people miss out eating like in Africa,India or even China ? Some people out there never be thankful to live in this country.Is the ISA law make more people suffer ? Are those who is detained in ISA who is harmful to the nation is more important rather to other 26 million 'rakyat' out there who need peace & 'mahu cari makan'.Some ISA ex-detainee told that the law make them became a good people.Only those who never be grateful to this nation who always make 'kacau'.Go and live somewhere else where there is no ISA law.This is how the peace & harmony works in Malaysia.The implementation method of ISA law should be review.
  4. Congratulation to the 7th PEKEMBAR President & 6th Prime Minister of Malaysia.I believe you can do it since you can turn around the 241 majority to 22ooo++ majority in 4 years.I believe in your hard work,your patience is second to no one,your intelligence and the good blood that running through your veins can bring this nation the great future.Get rid out of blunt minister & leaders who tarnish Goverment image as they also insulted 'rakyat' intelligence.
  5. Congratulation to the new line up of PEKEMBAR Majlis Tertinggi.I hope those who win can voice out people voice down here.Not just for some elitist or who have been rich who want to be more rich.Some of this rich people who are not being grateful are those who are still bickering that they are not rich enough & rallies ordinary people support to make 'kacau' everywhere in this country.Poor ordinary people who believed in them.
  6. In this coming 7th April,tri by-election,i can see BN will win 3-0.If no last minutes issue (or FITNAH) that A.I or PAS,PKR & DAP alliance (since Pakatan Rakyat is not legal & registered coalition as Barisan Nasional) bringing it up,i can see BN will have a clean sweep.I went to Bukit Gantang recently and i see there is wind of change.But never believe in how many flags,posters or people in your ceramah that can win it for you.But believe in your good work,honesty and 'doa',Allah S.W.T will grant your wish.People want change & the change is coming.
Let see for the change.InsyaAllah.
May Allah S.W.T bless Tanah Melayu a.ka. Malaysia.

Latest Update : Welcome Back Tun Dr. Mahathir & Tun Dr. Siti Hasmah !!!!

16 March, 2009

60 Earth Hour Global Campaign (Update)

Myself enjoying the moment of Earth Hour.

My 'Ibu' laid back during Earth Hour.

My Little 'Big' Brother' having his dinner in dark.

Update 7 April 2009 :

Photo of Earth Hour as I did my little effort to support Earth.


VOTE EARTH

YOUR LIGHT SWITCH OFF IS YOUR VOTE

This year, Earth Hour has been transformed into the world’s first global election, between Earth and global warming.

For the first time in history, people of all ages, nationalities, race and background have the opportunity to use their light switch as their vote – Switching off your lights is a vote for Earth, or leaving them on is a vote for global warming. WWF are urging the world to VOTE EARTH and reach the target of 1 billion votes, which will be presented to world leaders at the Global Climate Change Conference in Copenhagen 2009.

This meeting will determine official government policies to take action against global warming, which will replace the Kyoto Protocol. It is the chance for the people of the world to make their voice heard.

Earth Hour began in Sydney in 2007, when 2.2 million homes and businesses switched off their lights for one hour. In 2008 the message had grown into a global sustainability movement, with 50 million people switching off their lights. Global landmarks such as the Golden Gate Bridge in San Francisco, Rome’s Colosseum, the Sydney Opera House and the Coca Cola billboard in Times Square all stood in darkness.

In 2009, Earth Hour is being taken to the next level, with the goal of 1 billion people switching off their lights as part of a global vote. Unlike any election in history, it is not about what country you’re from, but instead, what planet you’re from. VOTE EARTH is a global call to action for every individual, every business, and every community. A call to stand up and take control over the future of our planet. Over 74 countries and territories have pledged their support to VOTE EARTH during Earth Hour 2009, and this number is growing everyday.

We all have a vote, and every single vote counts. Together we can take control of the future of our planet, for future generations.

VOTE EARTH by simply switching off your lights for one hour, and join the world for Earth Hour.

Saturday, March 28, 8:30-9:30pm.

www.earthhour.org



07 February, 2009

Do you know what Sultan Azlan did last March ...

DO YOU? But first, it is quite obvious that Anwar Ibrahim and Mohd Nizar Jamaluddin are trying to push the issue to the streets. All the ingredients seem to be there: disregard the Sultan's wishes, to hell with the state's Constitution! This morning, Nizar reported for duty as usual despite the Sultan having asked him to step down and pave way for a new state government.

NST 10.07 am Nizar and exco members have entered state secretariat building after minor scuffle, Nizar says he will remain in office
BH 09:58 pagi Mohammad Nizar Jamaluddin dan Exco masuk ke pejabatnya di SUK jam 9.43 pagi. Katanya tiada arahan tinggalkan pejabat dan kediaman rasmi.
Nizar is fighting "till the last drop of his blood". So the police had to come in.
NST 10:27:21 MB's office taken over by police who receive orders to escort Nizar and exco members out. Press conference interrupted by state secretary
STAR 10:27:47 Nizar was escorted out of his now emptied room at the state secretariat at 10:15am by Ipoh OCPD who stopped Nizar press conference
What now? Another mammoth rally to show the Sultan the might of "Ketuanan Rakyat"?

What the Sultan did last March. I was reliably informed of this story only yesterday. So, before anyone thinks of burning down Ipoh and Kuala Kangsar or fight till the last drop of blood, listen up. This was how it was told to me:

"I know that you do not know what Sultan Azlan Shah did last March when UMNO, the party with the biggest number of ADUN seats, sought his consent to re-form the state government of Perak. Not many people know. I'm going to tell you so that you will know that the Sultan has acted in the best interest of his State and his Rakyat in the case of Nizar.

"You see, on the night of March 8, after securing more Adun seats than the other parties, UMNO made a representation to the Sultan to form a new state government.

"But Sultan Azlan is a wise Sultan. He knows the law and he could read the situation well. He did not accede to UMNO's request even though UMNO had won the most number of seats compared with DAP, PAS, or PKR.

"So the Sultan told UMNO that he had a feeling that DAP, PAS and PKR would join hands and if they do so UMNO will not have the support of the majority in the state assembly. He requested that UMNO wait until had had mete the reps from DAP, PAS and PKR.

"That was how the Sultan called in all the DAP, PAS, and PKR state assemblymen. He decided after that to allow Pakatan Rakyat to form the new state government in Perak. The rest is history. Or, rather, was history.

"You see, Sultan Azlan, our former Yang diPertuan Agong, is a professional and he knows his law better than you and I, Nizar or Anwar. He was the former Lord President."

In Malaysian cyberspace, "reliably informed" could mean a tall story, so don't just take my word for it. Read also what constituional law expert Prof Dr Shad Saleem Faruqi had to say here [Not in Constitution, but Sultan can dismiss MB].

And Big Dog writes about "ingkar", which is the correct Malay translation for defiance against one's Sultan.

Dipetik dari www.rockybru.com.my

1. Sultan Dihina & Hendak Disaman oleh Pakatan Rakyat & penyokong-penyokongnya.
Apakah jenis rakyat ini ?
2. Saya tengok yang lebih-lebih adalah penyokong PAS & PKR yang merusuh di Kuala Kangsar.Mereka ini sedar atau tidak,jawatan MB ihsan DAP & Sultan Azlan sebab dalam undang-undang tubuh kerajaan negeri Perak,MB mesti orang Melayu beragama Islam.

Keputusan Pilihanraya 8 Mac 2008 Negeri Perak Darul Ridzuan:
BN/UMNO : 27 Kerusi
DAP : 18 Kerusi
PKR : 7 Kerusi
PAS : 6 Kerusi
BN/MCA : 1 Kerusi

3. PAS memiliki kerusi paling sikit.Pakatan Rakyat diwujudkan lepas pilihanraya 8 Mac 2008.Tetapi mereka punya mengamuk seolah-seolah jawatan MB itu adalah segala-galanya.Saya ada Ipoh semasa perkara ini berlaku.Keadaan aman di kebanyakkan tempat kecuali di kawasan kediaman MB Perak.Rakyat biasa meneruskan kehidupan seperti biasa.Saya masih boleh keluar ke bandar dengan selamat,sebab perangai orang Ipoh yang sukakan kedamaian.Melayu,Cina & India masih boleh meneruskan aktiviti harian.

4. Memang benar ada yang tak berpuas hati.Tetapi mereka mementingkan kedamaian.Yang penting boleh belajar,cari makan & boleh pergi masjid,tokong & kuil.Tunggu sahajalah nanti PRU 13.Yang lebih-lebih ini banyaknya orang luar.

5. Sedarlah sedikit.Tuanku telah berlaku adil seadilnya.Ramai yang tak tahu,Sultan Azlan sememangnya murka dengan bekas MB & semasa pertemuan 3 & 4 Februari 2009,Tuanku hanya diam dan tidak bercakap langsung & hanya mendengar Dato' Seri Nizar.Sebabnya ? Tanyalah Y.B Dato' Seri Nizar sendiri.

Wallahualam...Halusi & Timbang..

06 February, 2009

Daulat Tuanku.....Ada orang sudah kena jual !!!

1.Kecoh-kecoh di Perak lagi.Apa yang nak diambil,telah diambil orang.Kelakar pun ada melihat senario ini.Apabila 16 September diwar-warkan seantero dunia,itu adalah hak rakyat.Apa yang berlaku 4 Februari 2009,tidak bermoral dan membelakangkan hak rakyat.Pulak...

2.Ketidakstabilan politik di Malaysia ini berpunca daripada seorang manusia yang terlalu gilakan jawatan Perdana Menteri di Malaysia ini.Sejak hilang jawatan Timbalan Perdana Menteri,manusia ini rakus mengejar cita-citanya sama ada didalam tirai besi mahupun semenjak keluar dari tirai besi.Reformasi,perhimpunan sana sini,16 September,lompat melompat.Tak sudah-sudah politiknya.

3.Sejak April 2008,manusia ini sibuk menjaja emas 916 nya sampai ke negeri Taiwan.16 September 2008 khabarnya MP BN akan melompat dan dia akan jadi Perdana Menteri.'The numbers have increasingly by hours',angkuh bila menjawab dia bila ditanya jumlah MP BN yang akan melompat.Tetapi ini semua auta.Pada 25 Januari 2009,manusia ini bangga apabila seorang ADUN BN MELOMPAT ke PR.Ini adalah demokrasi & ramai lagi akan MELOMPAT lagi.Bekas MB Perak pula,ini demokrasi,tidak perlu DUN itu dikosongkan.Ini adalah hak beliau untuk bersama kita katanya.

4.Walau bagaimanapun,mereka ini mungkin lupa kenyataan mereka diatas.Apabila pada 4 Februari 2009,4 ADUN mereka MENYOKONG BN (ini kerana 3 ADUN BEBAS ini tidak menyertai mana-mana parti dalam BN,hanya menyokong atas kapasiti bebas,bermakna bukan lompat),ini penghinaan kepada mandat rakyat.DUN tersebut perlu dikosongkan.Ini tidak bermoral & tidak demokrasi.Begitu pula.Perlu pulangkan kepada 'Mahkamah Rakyat'.Sudahlah,balik-balik berselindung dibawah bayang-bayang rakyat.Rakyat yang sokong dia,diperbodoh-bodohkan dengan perhimpunan sana sini.Sudah-sudahlah.Masa sekolah dulu puas dah tiap-tiap pagi ada perhimpunan.

5. Apa ini ? Hipokrit tahap apa ? Dia boleh,orang lain tidak boleh.Keangkuhan jelas telah menguasai mereka.Dah diminta letak jawatan,letak sahajalah.Ini demokrasi apa,demokrasi terpimpin."Ini tidak adil !", kata Abdul Wahub dalam filem Tiga Abdul.

6.Saya menyanjung tinggi kebijaksanaan DYMM Paduka Seri Sultan Perak,yang bergitu berhati-hati & berhikmah dalam menangani masalah ini.Dipanggilnya satu-satu ADUN BN & ADUN Bebas,disiasat dan ditanya seorang demi seorang.Macam PR mula-mula nak tubuhkan kerajaan dulu.Akhirnya Baginda buat keputusan.Tetapi manusia bodoh tak boleh diajar ini,tak boleh terima dengan hakikat & ketentuan Maha Esa.

7.DYMM Paduka Seri Sultan Perak mungkin marah juga dengan tindakan pemberian tanah 999 tahun itu.Negeri dibawah jajahan Baginda,nak diberi sewenang-wenangnya.Memanglah tanah di dunia ini milik yang Maha Esa,tetapi kita sebagai khalifah di dunia perlu menjaga & mentadbir amanah ini.Jika tidak (seperti jadi khalifah boneka orang lain),kena tendang keluar dari kedudukan khalifah itu.

8.Ada rakan-rakan saya mengatakan kaedah yang dibuat oleh BN ini kurang bermoral,tetapi ini dilakukan berdasarkan perlembagaan & demi kepentingan rakyat.Sudah pasti segelintir tidak bersetuju,tetapi perkara yang tersirat perlu didalami dan diperhalusi.Jika tidak betul,tentu Baginda,bekas Ketua Hakim Negara akan membuat keputusan lain.Tetapi hampir sebelas bulan,tiada apa perubahan di Perak ini.Hanya tukar kereta Toyota Camry & pemberian tanah yang saya nampak.Usaha-usaha lain tidak ada.

9.Tahniah YB ADUN Pangkor,Datuk Dr Zambry Abdul Kadir yang telah mendapat perkenan Tuanku untuk dilantik sebagai MB Perak yang kesebelas.Saya ada beberapa perkara yang saya harapkan sebagai anak Perak yang YB dapat fikirkan dan laksanakan jika boleh :

  • Buat tugas adil & saksama.Sama ada orang BN atau orang PR,layan dan dengar masalah mereka.
  • Jangan ubah dasar secara mendadak.Yang mana faedah untuk rakyat,teruskan.Kurangkan kenyataan kontroversi.Ikut cara YAB Menteri Besar Kedah.Orang pun suka.
  • Kurangkan politiking dalam BN.Kekalahan dulu berpunca daripada sebab ini.Tindakan-tindakan kurang bijak dalam strategi pilihanraya,banyak berjanji tidak ditunaikan dan tiada perpaduan yang utuh dalam BN.
  • Bangunkan Ipoh sebagai ibu negeri dengan lebih pesat,supaya peluang kerja diwujudkan dengan lebih banyak.Jangan terlalu banyak buang masa mengkaji itu ini,sedangkan peluang yang diperolehi disambar negeri lain.Dengan banyaknya peluang pekerjaan diwujudkan,pengaliran keluar profesional muda dari Perak dikurangkan dalam,tenaga anak Perak dapat membangunkan negeri Perak.Kita banyak kehilangan tenaga muda ini di Kuala Lumpur,Selangor,Pulau Pinang & Johor.Negeri orang lain maju,negeri ini statik sahaja atau terlalu perlahan pembangunannya.Pantau & pastikan pembangunan berlaku dengan pantas.Gunakan kedudukan Menteri Kewangan 1 dan Timbalan Menteri Kewangan serta Timbalan Menteri MITI (dua-dua MP Perak) untuk salurkan pelbagai sumber untuk pembangunan di negeri ini.Bangunkan Ipoh dan limpahkan kemajuan ke daerah-daerah lain.Tarik anak-anak Perak diluar untuk kembali membangunkan negeri ini kerana potensinya besar & sumber alamnya pelbagai.
  • Libatkan lebih ramai tenaga profesional muda dalam badan pemikir.JANGAN PINGGIRKAN IDEA DAN TENAGA PROFESIONAL MUDA PERAK.Jangan jadi kisah Singapura dilanggar todak.Orang muda yang bagus ideanya,dibunuh kerana takut mengancam kedudukan pembesar-pembesar.
  • Gantikan mereka-mereka yang dah lama duduk dalam anak syarikat kerajaan negeri yang tidak pernah menunjukkan prestasi yang bagus.
  • Tunjukkan kepimpinan melalui tauladan.Jangan lupa diri dengan nikmat & ghanimah dihadapan mata.Gunakan untuk kebaikan.
  • Sentiasa pohon petunjukNya.
10.Moral daripada kisah ini di Perak.Umpama kisah Sadiq Segaraga dalam Tiga Abdul.Mula-mula dia jualkan orang,tetapi akhirnya dia kena jual.Ingat,selangkah A.I dihadapan,3 langkah N.R dihadapan.

Anwar,because of your 916 gold,now you have been sold.


Wallahualam...Lu fikirlah sendiri.

10 January, 2009

Corat-Coret

1. Kecoh di Perak.Ada dua isu.Pemberian hak milik tanah kekal 999 tahun.Persoalannya,kenapa diberi secara tergesa-gesa ? Kenapa tidak dikaji,kenapa kerajaan dulu tidak beri hak milik kekal ?

2. Saya tertarik dengan pandangan bekas pegawai tanah kerajaan (maaf kalau saya silap) bahawa jika satu hari nanti kerajaan kekurangan tanah untuk pembangunan,adakah tanah-tanah yang telah diberi milik kekal ini akan diambil semula dengan kos yang lebih tinggi ? Bukankah keputusan yang kurang bijak ? Kenapa tidak kaji mengapa kerajaan dulu hanya beri hak milik sementara ? Kerajaan guna duit rakyat untuk kayakan rakyat ? Sama sahajalah kalau beri hak milik sementara.Tetapi Kerajaan tidak perlu kos tinggi untuk ambil balik tanah.Kaji kenapa banyak kampung-kampung baru yang dapat hak milik kekal ini berbanding kampung-kampung lain? Milik siapa tanah-tanah ini ?

3. Kenapa MB Perak tidak beri kenyataan tentang perkara ini,sebaliknya Exco Kanan ? Exco Kanan ini yang selalu beri kenyataan.Pelik.Siapa MB Perak dan dimana kedudukan MB Perak ? Di Selangor,Tan Sri Khalid,MB Selangor jawab,di Pulau Pinang,Lim Guan Eng,KM jawab,di Kedah,Ustaz Azizan,MB juga jawab ? Tetapi di Perak,Exco Kanan ? Siapa dia ? Apa kata orang PAS ?

4. Isu tadika KEMAS.Exco Kanan lagi buat kenyataan,tidak ada arahan kerajaan Perak untuk kunci dewan/tadika KEMAS.Tetapi bagaimana berlaku ? Takkan JKKK pandai-pandai buat keputusan ? Kalau macam itu,JKKK ini lebih kuah dari sudu ? Angkuh tak bertempat ? Bila kerajaan BN dulu,tadika PASti tidak pernah diarah tutup mahupun dikunci.Sedangkan tadika KEMAS adalah dibawah agensi Kerajaan Pusat (KPLBW),bukan milik parti mana-mana nak dikunci pula.Yang jadi mangsa,kanak-kanak.Tadika mana bayar RM12 di Malaysia ini melainkan KEMAS ?

5. Isu Gaza.Saya sungguh sedih melihat kekejaman ini.Ini menunjukkan ketidakadilan di dunia ini memang berlaku.Selagi punca utama ini tidak diselesaikan,selagi itulah keganasan dunia ini akan berterusan.Bom-mengebom akan terus berlaku.Ekonomi dunia dah nak merudum akibat arkitektur ekonomi Yahudi ini,masih lagi angkuh menyerang rakyat Palestin.Umat Islam perlu perkuatkan diri dengan pelbagai ilmu terutama ilmu Sains & Teknologi (buat senjata) & Ilmu Ekonomi untuk kembalikan keamanan dunia.Orang Melayu & Islam di Malaysia mampu laksanakan ini sekiranya kurangkan sifat P.H.D dikalangan orang Melayu.Kita akan terus berdoa kepada Allah S.W.T agar melindungi rakyat Palestin.Jahanam Israel.

Wallahualam.Fikirlah sendiri.