25 January, 2010

Buta Hati


  1. Inilah Orang Melayu yang dah senang sikit,bijak sikit tapi hilang adab & sopan...Semata-mata pemikiran yang logika tapi buta hati...Inilah akibat ada pemimpin yang mengajar kebiadapan semata-mata pemikiran berdasarkan logik tanpa ada perasaan kasih & sayang..Budi bicara dah hilang...Ini sikap angkuh & takbur..Apa perasaan dia jika dia mati dihina oleh bangsa Melayu kerana menghina Raja-raja Melayu ? Biar Allah S.W.T (Allah Yang Esa Yang Menurunkan Islam) yang menilai manusia itu...

  2. Diatas adalah petikan posting saya di Facebook.Setelah membaca apa yang ditulis itu dengan perasaan angkuh & biadap,saya berasa sedih.Manusia yang diciptakan oleh Allah S.W.T yang berdarah Melayu boleh bersikap demikian.Siapa pun orang itu,adalah kurang molek jika orang yang meninggal dihina sebegitu rupa.
  3. Jika dia pula meninggal dan selori hinaan dibuat keatas dirinya itu,apakah perasaan dia,keluarga dia ? Jika ini dibenarkan,ia akan jadi satu budaya,dari keturunan ke satu keturunan akan dihina apabila orang itu meninggal dunia.
  4. Islam tidak ajar untuk menghina orang apatah lagi menghina orang yang meninggal dunia.Nabi Musa A.S sendiri tetap menghormati Firaun yang telah membela beliau walaupun kufur kepada Allah S.W.T.Islam mengajar kita,menghormati orang lain.Kita pun dituntut untuk memaafkan orang yang telah meninggal dunia.Cuma saya tak pasti,apa kesalahan yang telah dilakukan terhadap orang ini sampai dia bersikap kurang ajar begini.Anak siapalah ni ?
  5. Cuma saya melihat orang Melayu hari ini yang senang sikit,bijak sikit mula bersikap angkuh & sombong atas kelebihan sedikit yang diberikan Allah S.W.T.Jika tidak ada pemimpin yang menunjukkan perlakuan ini sudah pasti perkara ini tidak berlaku.Budaya merusuh,membakar sana sini,menghina orang,mencaci,memijak & mengoyak gambar-gambar pemimpin,siapa yang mempelopori budaya ini ?
  6. Hinaan yang dibuat atas pemikiran logika telah menghakis nilai-nilai adab & kesopanan sebagai orang Melayu.Allah S.W.T telah mengurniakan kelebihan orang Melayu dengan adab lemah lembut & sopan santun yang tidak dimiliki oleh bangsa lain.Sebab itu,Allah S.W.T menciptakan manusia dengan pelbagai bangsa & budaya untuk saling kenal mengenali.
  7. Tetapi sejak akhir ini,ada orang Melayu malu mengaku diri mereka Melayu.Mereka lupa kelebihan yang Allah S.W.T berikan kepada mereka selaku orang Melayu.Mereka kononnya berjuang demi Islam,tetapi lupa Allah S.W.T itu Maha Berkuasa & Bijaksana yang menciptakan Melayu itu ada sebabnya.Islam itu tidak jumud & mengajar kita adab & sopan yang sinonim dengan orang Melayu.
  8. Orang Melayu sekarang ini menjadi contoh yang baik sebagai pekerja Profesional & Pengurus yang sangat dihormati di Timur Tengah.Mereka melihat orang Melayu yang beragama Islam yang jujur,setia,bersopan & bersungguh-sungguh.Ramai orang Melayu mengetuai syarikat-syarikat besar di di negara-negara Arab seperti Dubai,Abu Dhabi,Riyadh berbanding bangsa-bangsa lain.Itu kualiti yang Allah S.W.T berikan kepada orang Melayu.
  9. Zaman ini,ramai nak jadi Tuhan.Mereka mudah menilai orang & merasakan diri mereka sentiasa lebih bijak,lebih "betul",lebih kaya,lebih baik & lebih segala2nya dari orang lain.Jika tidak, kenyataan Facebook diatas tidak akan dikeluarkan oleh orang Melayu.
  10. Mereka lupa,ini adalah peluru-peluru yang akan digunakan oleh musuh-musuh Islam & Melayu untuk terus menghina Islam & menggugat hak-hak Melayu.Mereka ini adalah kurang bijak diatas kebijakkan mereka. Adakah mereka ini boleh digelar Si Kitul ? Fikir-fikirkan lah....
  11. Manusia memang mudah melihat satu titik hitam berbanding kertas putih yang besar.
  12. Al-Fatihah...

Bakar Membakar

  1. Baru-baru ini kita dikejutkan oleh isu bakar membakar.Sama ada membakar rumah-rumah ibadah mahupun membakar sentimen keagamaan & perkauman.Siapa yang mula dan siapa yang harus dipertanggungjawabkan ?
  2. Kita semua mungkin bersetuju bahawa ahli politik sedikit sebanyak dapat membantu kita dalam pelbagai urusan khususnya kebajikan.Sama ada surat sokongan,pengaruh kepada pegawai-pegawai kerajaan yang dapat memudahkan urusan harian,jaringan hubungan untuk mendapatkan pekerjaan & peluang perniagaan mahupun pendidikan,ahli politik juga sedikit sebanyak memainkan peranan.Sama ada ahli politik BN mahupun PR mahupun Bebas banyak membantu kita melalui pelbagai sumbangan.
  3. Melalui itu kaedah itu,mereka meraih undi sebagai wakil rakyat.Kalau dahulu rakyat mengundi berdasarkan parti yang dipertanggungjawab membangunkan negara,kini trend terbaru adalah undi kepada personaliti ahli politik tersebut.Jika rajin bersama rakyat,mahupun mempunyai wakil yang mampu melaksanakan tugas Wakil Rakyat (khususnya Menteri-menteri) dengan baik sudah pasti mereka akan dapat terus berkhidmat sebagai Wakil Rakyat.Jika sebaliknya,jarang menunjukkan muka,sombong,angkuh dan hanya memilih bulu, sudah pasti mereka hanya menunggu masa untuk ditamatkan riwayat politik mereka oleh pengundi.
  4. Walau bagaimanapun,trend terkini yang agak menggerunkan adalah keupayaan ahli politik membakar sentimen keagamaan & perkauman untuk meraih undi & usaha-usaha untuk menjatuhkan kredibiliti pihak lawan.Bagi saya,ini sudah keterlaluan.Mereka sanggup melihat negara ini jadi kacau bilau agar kerajaan yang ada hilang kredibiliti untuk mentadbir negara ini dan menunjukkan kepada rakyat bahawa mereka lebih layak mentadbir negara ini.
  5. Gerakan ini telah bermula sejak hujung dekad lalu.Kekacauan & ketidakstabilan politik dicetuskan dengan tujuan itu.Syukur,kepimpinan yang lalu lalu mampu menangani masalah ini. Walau bagaimanapun sejak setengah dekad ini keadaan ini seolah-olah tidak mampu ditangani dengan berkesan oleh kerajaan.Saya bimbang,jika keadaan ini tidak ditangani secara tegas,kestabilan & keharmonian kaum yang ada akan tergugat.
  6. Buktinya insiden bakar membakar ini.Ahli Politik yang membakar isu penggunaan kalimah Allah oleh agama Kristian,ada yang menyokong ada yang menentang.Mahkamah telah membuat keputusan,walau bagaimanapun rayuan telah dibuat oleh KDN.Isunya bukan penggunaan kalimah ini,tetapi sikap ahli politik yang berbangsa Melayu & beragama Islam yang menyokong ini menimbulkan sedikit kegusaran & memberi peluang kepada agama lain menunjukkan ketidaksepakatan umat Islam dalam mempertahankan agama Islam itu sendiri.Dan jelas,sokongon itu dibuat bertujuan meraih undi semata-mata.Islam mengajar umatnya supaya mempunyai pertimbangan dibuat demi keamanan.Jika minoriti mengatasi majoriti sudah pasti ketidakstabilan berlaku.Sejarah dunia telah membuktikannya.
  7. Dengan ahli politik mengeluarkan sokongan itu,timbullah insiden membakar rumah-rumah ibadat ini.Timbul isu tuduh menuduh puak itu puak ini mendalangi insiden ini.Cuma pendapat saya,jika isu ini dicegah awal,tidaklah insiden-insiden ini timbul.Mencegah itu lebih baik dari mengubati.Itu perlunya ISA.Tetapi seperti saya katakan awal tadi,mekanisme pertahanan kerajaan telah dijadikan isu untuk dilumpuhkan.Seolah-olah jika kerajaan menggunakan mekanisme ini,kerajaan dituduh zalim & akan hilang undi.Kenapa perlu takut jika mekanisme ini mampu mengawal & memastikan keamanan negara?
  8. Apa-apa pun,usaha-usaha untuk bakar membakar ini perlu dihentikan.Dan ahli politik perlu mencari titik pertemuan.Bukan menunjukkan diri "aku lebih bagus dari engkau" walaupun jelas "engkau pun tidaklah bagus seperti yang orang harapkan".Yang penting KERJA SAMA.Yang untung rakyat.Tetapi demi takhta,harta & wanita manusia sanggup berbunuhan.Apa boleh buat,A.I nak sangat.
  9. Kita sudah lihat,bila masalah timbul dalam kerajaan disini,pihak sana akan cepat menghentam malah mengambil peluang meraih undi & juga peluang perniagaan untuk mereka.Tetapi apabila berlaku perkara yang hampir sama dipihak mereka,baru mereka tahu akibatnya.Cuma pihak disini lambat ambil peluang untuk meraih undi kerana memikirkan sensitiviti rakyat.Contohnya insiden Kuala Dipang,Perak & Perahu Naga di Pulau Pinang.
  10. Hendak jadi ahli politik ini bukan senang kecuali ada Bapak Mertua.Hehehe.

14 January, 2010

Terima Kasih


  1. Saya ingin mengucapkan terima kasih & merakamkan penghargaan kepada semua yang terlibat menjayakan majlis perkahwinan saya,yang hadir memeriahkan majlis & mereka yang memberi ucapan & doa kepada kami berdua.
  2. Kepada yang tidak dapat hadir atas pelbagai sebab yang tidak dapat dielakkan,terima kasih atas ucapan anda.Doakan kebahagiaan kami sudah mencukupi.
  3. Saya ingin juga memohon maaf atas sebarang kekurangan dan ketidakselesaan sepanjang majlis ini berlangsung.Semua perkara ini jika ada adalah tidak disengajakan.
  4. Alhamdulillah semuanya sudah selesai dan sudah tiba masanya kita beranjak ke arah kehidupan yang lebih bermakna dan mencari nilai kebahagiaan yang diredhainya.
  5. Terima Kasih.