16 October, 2008

Selepas Piliharaya,politik itu adalah kehidupan yang sentiasa berlangsung,jadi bercakaplah.

Perpaduan
Sudah banyak diperkatakan tentang perpaduan antara rakyat berbilang kaum dan agama.Jawapannya mudah.Semua pihak yang mewakili kaum masing-masing perlu ikhlas & bertolak-ansur.Menerima baik budaya dan kepercayaan masing-masing.Ada pihak mahu kesamarataan,tetapi tidak bersedia untuk 'melepaskan' keistimewaan masing-masing,untuk mewujudkan bangsa Malaysia kononnya.Tetapi yang menjadi masalah adalah pemimpin diatas.Memainkan isu perkauman untuk survival politik masing-masing.Samada parti dalam BN & PR, sama sahaja.Saya sebagai rakyat biasa di 'akar umbi' tidak ada sebarang masalah dengan kaum-kaum lain.Orang Cina masih boleh makan di kedai makanan Melayu,orang Melayu masih lagi membeli barang keperluan di kedai orang Cina & India,orang Melayu masih pergi ke kedai gunting rambut milik kaum India,orang Cina masih menghantar kereta untuk dicuci di kedai orang India dan pelbagai lagi aktiviti seharian berlangsung dengan aman.Bagi saya,sudah 51 tahun merdeka,kita sudah ada bangsa Malaysia yang pelbagai kaum dan agama.Tidak perlu lagi isu ini dimainkan dan dipolitikkan.Biasalah kalau dalam satu rumah ada sedikit salah faham & ketidakpuasan hati,tidak perlulah dibawa kepada 'jiran-jiran' yang lain.Betul tak Hindraf ? Tak perlulah pertikai asal usul siapa yang masuk dulu dan siapa masuk kemudian ? Betul tak YB Timbalan Menteri Penerangan ? Cukup-cukuplah.Dah menang pun.

Bajet 2009
Perbahasan Bajet 2009 sedang berlangsung dengan dimulakan ucapan Ketua Pembangkang selama 6 jam.Isi & cadangannya ? Kosong.Tahu-tahu nak tolak & minta Menteri Kewangan yang baru kaji dan bentang semula.Cara & nada Ketua Pembangkang seolah-olah angkuh dan macam dia sahaja yang pandai dalam ekonomi.Yang dipertikaikan adalah angka-angka unjuran.Rakyat mahukan bantuan & insentif,bukan soal angka-angka tu sangat.Yang buat kajian & memberi input dalam bajet itu,adalah terdiri daripada pakar-pakar ekonomi & pegawai-pegawai kerajaan yang mungkin semasa beliau jadi Menteri Kewangan masih lagi berkhidmat.Kenapa perlu menidakkan kepakaran pegawai-pegawai kerajaan ini.Bagi saya ini satu penghinaan kepada kakitangan sektor awam.Macam mana nak memerintah kalau sikap ini ditonjolkan ? Ada kecenderungan untuk menjadi seorang pemimpin autokratik. Islam mengajar kita bercakap kurang tetapi penuh fakta dan isi.Bukan 6 jam penuh bunga-bunga yang layu,madunya tiada.Berdasarkan maklumat di Parlimen,banyak perkara Ketua Pembangkang bangkit dalam ucapannya dibidas kerana tidak dilaksanakan semasa beliau berkuasa. (Rujuk sini) Terduduk diam. Sudah lupa barangkali? Itulah jangan pandai beretorik,orang lain pun tidak lupa apa yang pernah kita buat dulu.Saya salut kepada MP Kubang Kerian daripada PAS,YB Salahuddin Ayub yang tidak menolak bajet secara total dan memuji langkah kerajaan memberi peruntukkan besar kepada pendidikan & luar bandar dan khususnya di Sabah & Sarawak.Kita perlukan pembangkang seperti ini.Bersikap budiman.Statemanship.Yang betul tetap betul,yang salah tetap salah.Bukan semua salah sahaja.Sekarang pun minyak dah turun hampir 50 sen seperti yang dijanjikan Ketua Pembangkang.Jelas harga minyak dunia adalah faktor utama.Ketua Pembangkang sendiri mengakui jelas kenaikan pada bulan Julai lepas adalah breakpoint dimana harga minyak akan turun semula selepas itu.Trend itu betul.Kalau 16 September lepas berlaku pertukaran kerajaan,memang betul sangatlah kerajaan baru yang tidak jadi tu boleh turunkan harga minyak sampai 50 sen.Bukanlah sebab kerajaan tak jadi tu ada kuasa nak turunkan harga minyak semata-mata.
Gambar dibawah menunjukkan MP-MP BN & PR boleh bersembang,kita dibawah janganlah angkuh sangat dengan sifat kepartian masing-masing


YB Dato' Seri Hishamuddin,YB Dato' Seri Nazri & YB Azmin.

Dipetik daripada Agendadaily.com.

Kredibiliti,Kebebasan Bersuara & Double Standard
Dulu masa Ketua Pembangkang jadi TPM,pemimpin PAS,Mohamad Sabu menggelar beliau Anwar Al-Juburi.Bila kena pecat sebab yang berkaitan Al-Juburi orang PAS boleh pula terima dia pula.Nak lantik beliau jadi PM kalau tubuh kerajaan yang dijangka Hari Raya Aidiladha.Janji lagi.Tetapi perkara yang nak dibangkitkan adalah,apakah ada kredibiliti tuduhan pembangkang kepada kerajaan kalau dilihat kepada kes diatas ? Jika Dato' Seri Najib dituduh mempunyai kaitan dengan gadis Mongolia itu sekarang,apakah Dato' Seri Najib akan dibela sehabis-habisnya jika beliau masuk Pakatan Rakyat pada masa akan datang ? Jika masuk PR semua itu adalah tuduhan,fitnah semata-mata.Kalau duduk dalam BN semua tuduhan adalah betul sahaja.Itu dengan jelas menunjukkan double standard.Apatah lagi kes 'sedekah' di Negeri Perak ? BPR disaman balik pula.Jelas terang-terang yang dituduh mengaku ambil 'sedekah' tuh.

Apabila kebebasan bersuara diperjuangkan,Utusan disaman.Tetapi apabila sebuah akhbar milik pembangkang menyiarkan berita Ketua Polis Negara sedang sakit tenat & lumpuh,alih-alih IGP tu keluar TV,sihat walafiat ? Apa nak cakap.Mana kredibiliti laporan itu.Kena saman balik.Bila siar cerita,biarlah beretika.Ada fakta.Kalau akhbar pro pembangkang kena saman,gantung lesen,adalah akan berlaku demonstrasi,bakar lilin,tuntut kebebasan akhbar.Tetapi bila Utusan kena saman,senyap jer.Itulah double standard.Jelas mana-mana pihak pun berjuang untuk kepentingan masing-masing.Yang rugi rakyat juga.

Lu fikirlah sendiri..Wallahualam...

2 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...
This comment has been removed by the author.