10 January, 2009

Corat-Coret

1. Kecoh di Perak.Ada dua isu.Pemberian hak milik tanah kekal 999 tahun.Persoalannya,kenapa diberi secara tergesa-gesa ? Kenapa tidak dikaji,kenapa kerajaan dulu tidak beri hak milik kekal ?

2. Saya tertarik dengan pandangan bekas pegawai tanah kerajaan (maaf kalau saya silap) bahawa jika satu hari nanti kerajaan kekurangan tanah untuk pembangunan,adakah tanah-tanah yang telah diberi milik kekal ini akan diambil semula dengan kos yang lebih tinggi ? Bukankah keputusan yang kurang bijak ? Kenapa tidak kaji mengapa kerajaan dulu hanya beri hak milik sementara ? Kerajaan guna duit rakyat untuk kayakan rakyat ? Sama sahajalah kalau beri hak milik sementara.Tetapi Kerajaan tidak perlu kos tinggi untuk ambil balik tanah.Kaji kenapa banyak kampung-kampung baru yang dapat hak milik kekal ini berbanding kampung-kampung lain? Milik siapa tanah-tanah ini ?

3. Kenapa MB Perak tidak beri kenyataan tentang perkara ini,sebaliknya Exco Kanan ? Exco Kanan ini yang selalu beri kenyataan.Pelik.Siapa MB Perak dan dimana kedudukan MB Perak ? Di Selangor,Tan Sri Khalid,MB Selangor jawab,di Pulau Pinang,Lim Guan Eng,KM jawab,di Kedah,Ustaz Azizan,MB juga jawab ? Tetapi di Perak,Exco Kanan ? Siapa dia ? Apa kata orang PAS ?

4. Isu tadika KEMAS.Exco Kanan lagi buat kenyataan,tidak ada arahan kerajaan Perak untuk kunci dewan/tadika KEMAS.Tetapi bagaimana berlaku ? Takkan JKKK pandai-pandai buat keputusan ? Kalau macam itu,JKKK ini lebih kuah dari sudu ? Angkuh tak bertempat ? Bila kerajaan BN dulu,tadika PASti tidak pernah diarah tutup mahupun dikunci.Sedangkan tadika KEMAS adalah dibawah agensi Kerajaan Pusat (KPLBW),bukan milik parti mana-mana nak dikunci pula.Yang jadi mangsa,kanak-kanak.Tadika mana bayar RM12 di Malaysia ini melainkan KEMAS ?

5. Isu Gaza.Saya sungguh sedih melihat kekejaman ini.Ini menunjukkan ketidakadilan di dunia ini memang berlaku.Selagi punca utama ini tidak diselesaikan,selagi itulah keganasan dunia ini akan berterusan.Bom-mengebom akan terus berlaku.Ekonomi dunia dah nak merudum akibat arkitektur ekonomi Yahudi ini,masih lagi angkuh menyerang rakyat Palestin.Umat Islam perlu perkuatkan diri dengan pelbagai ilmu terutama ilmu Sains & Teknologi (buat senjata) & Ilmu Ekonomi untuk kembalikan keamanan dunia.Orang Melayu & Islam di Malaysia mampu laksanakan ini sekiranya kurangkan sifat P.H.D dikalangan orang Melayu.Kita akan terus berdoa kepada Allah S.W.T agar melindungi rakyat Palestin.Jahanam Israel.

Wallahualam.Fikirlah sendiri.

1 comment:

Anonymous said...

Salam...
sy sgt2 setuju kata2 awk tue... Terlalu byk isu yg memberikan keuntungan sebelah pihak shj.. Sy rs amat2 kecewa apabila kerajaan negeri x boleh memikirkan kepentingan rakyat lagi.. sanggup menutup tadika kemas yg selama ni memberikan didikan kepada anak2 bangsa... sy sendiri anak didik tadika kemas merasa amat2 kecewa... Sy ada sedikit pembetulan utk dibuat dr statement di atas.. Tadika Kemas adalah hak milik kerajaan persekutuan dan bukan hak milik kerajaan pusat... jadi, 'mereka' tiada hak utk menutup tadika tersebut...
hal ini mmg menampakkan sendiri kelemahan pihak tersebut... "Jumud Ilmu!!!"... dulu pelbagai kata2 dan andaian kepada pihak kerajaan... Sekarang, mereka lebih tak serupa bikin....