08 April, 2009

Pangkah Apa Saja......


KEKAL... Ketiga-tiga parti yang menang dalam pilihan raya kecil yang berlangsung serentak mengekalkan status quo keputusan pilihan raya umum ke-12, 8 Mac 2008. Dari kiri, calon PAS juga bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin menang di kerusi Parlimen Bukit Gantang, calon PKR, S. Manikumar memenangi kerusi DUN Bukit Selambau dan calon BN Malcolm Mussen menang di DUN Batang Ai.
  1. Saya lega kerana Pilihanraya Kecil telah tamat.Kemelut hal-hal politik yang keterlaluan telah berlalu.Keputusan 1-1-1.Tahniah kepada yang menang.Jangkaan saya meleset.Biasalah bila tembak tidak kena.Bolehlah kembali kepada isu ekonomi.
  2. BN tewas di 2 bukit adalah disebabkan undi bukan Melayu yang tidak berpihak kepada mereka.PAS & PKR masih menjadi pilihan orang bukan Melayu ketika ini.Statistik menunjukkan undi Melayu meningkat sedikit kepada BN selepas Perhimpunan Agung PEKEMBAR.Orang Melayu mula menunjukkan angin perubahan.Sedikit tetapi begitulah hanya baru beberapa hari PM baru menjawat jawatan.
  3. BN (dan mungkin saya juga) terlepas pandang tentang undi bukan Melayu.Rakan saya dari PAS juga mengakui,jika tidak kerana undi bukan Melayu di DUN Kuala Sepetang,BN mungkin menang.Ternyata bukan Melayu masih tidak berpuashati dengan MCA, Gerakan & MIC.Isu pemberian tanah 999 tahun juga salah satu faktor.Bagi Melayu,penyokong kuat PEKEMBAR & PAS masing-masing masih mengekalkan undi mereka.
  4. Selain itu,kemenangan Ketua Pemuda PEKEMBAR walaupun disabit kesalahan etika pemilihan,dilihat menjadi punca kepada undi bukan Melayu yang merasakan PEKEMBAR tidak betul-betul berubah & bersih.Begitu juga di Bukit Selambau menunjukkan kebencian kaum India kepada Presiden MIC yang masih mengekalkan jawatan dengan kaedah yang tidak demokratik.Kedua-dua liabiliti ini akan menjadi beban kepada BN untuk diatasi kelak.
  5. Selain itu juga saya merasakan memang wujud angin perubahan yang ketara di kalangan pengundi muda.Saya merasakan 3 daripada 10 rakan-rakan sebaya dan dalam lingkungan muda yang masih menyokong BN.Selebihnya menyokong PAS,PKR & DAP.Ini kerana semasa di universiti saya melihat golongan-golongan ini telah ditanam perasaan benci kepada BN.Mereka berasa dipinggirkan.Jika trend ini berterusan,memang akan ada angin perubahan.
  6. Sekarang mereka boleh mengundi.Saya lihat mereka-mereka ini semasa di universiti bukanlah berminat dengan politik tetapi setelah terdedah dalam dunia pekerjaan mereka dapat melihat kelemahan & kesilapan kepimpinan kerajaan sebelum ini,ditambah pula dengan propaganda A.I dan rakan-rakan yang agresif meraih sokongan mereka.Bolehlah dikatakan ada antara mereka anti-establishment.
  7. Manakala rakan-rakan yang menyokong BN masih tercari-cari ruang untuk menterjemahkan sokongan mereka.Sama ada tidak berani untuk menyatakan sokongan terbuka atau pun sedang berkira-kira dalam hati untuk mengikut angin perubahan ini ataupun tidak kisah kerana merasakan BN akan selamat dengan mengatakan tidak minat politik,boleh juga menjadi punca kepada kehilangan sokongan kepada BN.Mungkin juga kaedah dalam BN tidak menarik perhatian mereka.
  8. PAS kelihatan telah mengubah suai pendekatan mereka dengan orang bukan Melayu.PAS datang dari sebahagian PEKEMBAR.Kalau dulu orang PEKEMBAR dituduh kafir kerana bekerjasama dengan MCA,MIC dan lain-lain lagi sekarang dibolehkan dalam PAS.Pelaksanaan Hukum Hudud boleh ditangguh-tangguh pula.Sekejap mahu,sekejap tidak.Orang Cina sekarang boleh membaca Quran untuk tujuan kempen.Mufti pun boleh dimaki.Sultan pun boleh dicerca.Kalau lawan yang pernah dituduh oleh pemimpin PAS (Mat Sabu,lupa ek?) sebagai kaki liwat diangkat jadi ketua pula pun boleh.Allah pun boleh digunakan oleh agama lain.Semua boleh.Ini akibat buruk daripada slogan Malaysia Boleh.Mungkin ini agaknya yang menarik perhatian pengundi muda.Ceramah yang hanya tahu mencari salah kerajaan,mengutuk peribadi orang & cerita 'half truth' memang seronok didengar berbanding ceramah mengenai pembangunan dan penjelasan kerajaan yang membosankan.Jadi PAS boleh dianggap Pangkah Apa Saja.Itulah kekuatan mereka asalkan BN tumbang.Never underestimate this Force.
  9. Jadi saya tidak salahkan mereka.Rakyat Malaysia juga semakin pandai & cerdik hasil pembangunan selama 50 tahun ini dibawah BN.Kalau kejam sangat & banyak sangat salah guna kuasa,rasuah disana sini oleh kerajaan BN tidak mungkin ramai orang muda seperti saya dan rakan-rakan lain mendapat pendidikan dan pekerjaan.Hatta ada yang menyokong PAS,PKR & DAP pun dapat bekerja di Jabatan Perdana Menteri.Hatta tiadalah KLCC,tiada KLIA,tiada universiti yang pelbagai,tiada PROTON,tiada orang Melayu menjadi kaya & jutawan,saintis,juruterer,angkasawan,agamawan,ilmuwan dan pelbagai lagi wan.Hanya laWAN tetap laWAN.Tidaklah juga Malaysia dikenali di seantero dunia.Hakikatnya tiada pilih bulu.Mungkin ini yang diinginkan dimasa hadapan.Memang BN melakukan beberapa kesilapan terutama pemimpin.Dek kerana terlalu lama berkuasa,mereka lupa dibawah.
  10. Bagi saya trend ini adalah petanda pusingan jangka hayat sesuatu parti politik.Di India,Parti Kongres yang memerdekakan India juga telah ditolak setelah hampir setengah abad memerintah.Tetapi akhirnya mereka kembali.Mungkin trend sistem 2 parti di Amerika Syarikat akan berlaku dimana perubahan parti yang memerintah merupakan satu kebiasaan antara Demokrat & Republikan.Mungkin tiba masa rakyat ingin benda yang baru.
  11. Saya harap PEKEMBAR selaku teraju dalam BN mampu menangani masalah ini.PEKEMBAR sedang meminjam masa untuk bertahan.Kepimpinan baru harus insaf.Orang PEKEMBAR mungkin suka sesetengah pemimpin,tetapi sebahagian rakyat tidak.Saya bersetuju dengan PM faktor rakyat perlu diambil pertimbangan dalam kerajaan.Bukan semata-mata parti.Cuba elakkan buat sesuatu kerana hendakkan undi,tetapi buatlah dengan ikhlas demi Agama,Bangsa dan Negara.
  12. Memang mudah untuk menyalahkan itu ini.Bukan kena sebarang bayaran.Ini kerana masing-masing masih beranggapan apa yang mampu aku dapat daripada apa yang aku mampu berikan.Jadi Pangkahlah Apa Saja, janji PuAShati.Menang sorak kampung tergadai.Saya pasti tentu ada jawapan setiap perkara yang saya utarakan kerana rakyat Malaysia semakin pandai.Ada saja hujah untuk memenangkan pendapat kita.Biasalah perkara begini.Cuma cari titik pertemuan.Jangan kita bergaduh kerana ini.
Hoi Melayu,the kingmaker is still in 'their' hand.

2 comments:

Anonymous said...

Nik Aziz pun cakap,PAS menang undi simpati..huhu...
Takpe Bro,BN kena banyak buat keje lagi...Janji ikhlas,tak guna agama...


Anak Islam Melayu Perak

a.z.n.e.e said...

hem.. saya rase terpanggil utk tulis isu ini dlm blog sy gak pas baca blog awk..