- Telah lama saya tidak menulis.Ini disebabkan kesibukan dalam membuat persiapan menjelang Tahun Baru 2010 & melangkah ke alam kehidupan serba baru.Pastinya sangat berbeza.
- Bila 2 hati bersatu,sudah pasti ia saat-saat yang sangat indah.Walau bagaimanapun,kadang-kadang kita harus akui,bukan semuanya kehendak kita sama.Justeru itu,perlulah ada tolak ansur.
- Begitu juga dengan perpaduan rakyat Malaysia.Masing-masing terdiri daripada pelbagai latar belakang yang berbeza.Melayu,Cina,India,Sikh,Kadazan,Iban dan lain-lain lagi mempunyai budaya & adat resam berbeza,malah dikalangan orang Melayu pun masih terdapat pelbagai-bagai budaya & adat resam.Cuma yang menyatukan mereka adalah semangat Melayu itu sendiri,malah kaum Cina pun begitu.
- Telah banyak yang berlaku dalam Malaysia ini sepanjang Tahun 2009 ini.Malah kita harus tidak lupa,asas-asas perpaduan rakyat Malaysia telah tergugat sejak beberapa ketika.Justeru itu,PM telah melancarkan gagasan 1Malaysia,yang menitik beratkan kerjasama dalam persamaan.Bukan melihat kepada perbedaan yang ketara & meletakkan Perlembagaan Malaysia sebagai asasnya.
- Begitu juga dengan alam perkahwinan.Perkahwinan lebih kurang sama dengan perpaduan.2 hati yang datang dari latar belakang yang berbeza,disatukan & dikabulkan untuk hidup bersama aman & bahagia.
- Tiada perkara yang datang dengan sendiri,malah kebahagiaan & kerukunan rumah tangga perlu diusahakan.Tiada kebahagiaan datang dengan sendiri.Semoga Allah S.W.T melindungi & merahmati rumah tangga yang akan dibina serta umpama Allah S.W.T merahmati & melindungi perpaduan rakyat Malaysia hampir lebih 52 tahun.
- Saya dengan rasa rendah diri memanjatkan kesyukuran & berdoa agar mulai esok atau tahun hadapan iaitu 1 Januari 2010 saya akan bergelar seorang suami dan majlis yang akan dilangsungkan berjalan dengan molek & gembira.
- Saya dengan ini menjemput ahli keluarga,sahabat-sahabat,rakan-rakan & juga mereka yang berbeza pendapat dengan saya selama ini untuk memeriahkan Majlis Walimatul Urus saya & bakal isteri saya,Yusmi Zunira Bt Mohamad Yunus pada 3 Januari 2010 (Ahad) mulaia jam 12.00 Tengahari hingga 4.00 petang bertempat di Dewan Besar, S.M.K Raja Permaisuri Bainun,Ipoh.
- Saya juga ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010 & semoga segala azam yang direncanakan tercapai.
31 December, 2009
Selamat Tahun Baru 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)