31 December, 2009

Selamat Tahun Baru 2010

  1. Telah lama saya tidak menulis.Ini disebabkan kesibukan dalam membuat persiapan menjelang Tahun Baru 2010 & melangkah ke alam kehidupan serba baru.Pastinya sangat berbeza.
  2. Bila 2 hati bersatu,sudah pasti ia saat-saat yang sangat indah.Walau bagaimanapun,kadang-kadang kita harus akui,bukan semuanya kehendak kita sama.Justeru itu,perlulah ada tolak ansur.
  3. Begitu juga dengan perpaduan rakyat Malaysia.Masing-masing terdiri daripada pelbagai latar belakang yang berbeza.Melayu,Cina,India,Sikh,Kadazan,Iban dan lain-lain lagi mempunyai budaya & adat resam berbeza,malah dikalangan orang Melayu pun masih terdapat pelbagai-bagai budaya & adat resam.Cuma yang menyatukan mereka adalah semangat Melayu itu sendiri,malah kaum Cina pun begitu.
  4. Telah banyak yang berlaku dalam Malaysia ini sepanjang Tahun 2009 ini.Malah kita harus tidak lupa,asas-asas perpaduan rakyat Malaysia telah tergugat sejak beberapa ketika.Justeru itu,PM telah melancarkan gagasan 1Malaysia,yang menitik beratkan kerjasama dalam persamaan.Bukan melihat kepada perbedaan yang ketara & meletakkan Perlembagaan Malaysia sebagai asasnya.
  5. Begitu juga dengan alam perkahwinan.Perkahwinan lebih kurang sama dengan perpaduan.2 hati yang datang dari latar belakang yang berbeza,disatukan & dikabulkan untuk hidup bersama aman & bahagia.
  6. Tiada perkara yang datang dengan sendiri,malah kebahagiaan & kerukunan rumah tangga perlu diusahakan.Tiada kebahagiaan datang dengan sendiri.Semoga Allah S.W.T melindungi & merahmati rumah tangga yang akan dibina serta umpama Allah S.W.T merahmati & melindungi perpaduan rakyat Malaysia hampir lebih 52 tahun.
  7. Saya dengan rasa rendah diri memanjatkan kesyukuran & berdoa agar mulai esok atau tahun hadapan iaitu 1 Januari 2010 saya akan bergelar seorang suami dan majlis yang akan dilangsungkan berjalan dengan molek & gembira.
  8. Saya dengan ini menjemput ahli keluarga,sahabat-sahabat,rakan-rakan & juga mereka yang berbeza pendapat dengan saya selama ini untuk memeriahkan Majlis Walimatul Urus saya & bakal isteri saya,Yusmi Zunira Bt Mohamad Yunus pada 3 Januari 2010 (Ahad) mulaia jam 12.00 Tengahari hingga 4.00 petang bertempat di Dewan Besar, S.M.K Raja Permaisuri Bainun,Ipoh.
  9. Saya juga ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010 & semoga segala azam yang direncanakan tercapai.

3 comments:

C-I-K-I-N-T-O said...

selamat pengantin baru! smoga smuanya berjalan lancar.insyaallah jika tiada aral, saya dan suami sampai yer.

Ms J said...

Conratulation & Selamat Pengantin Baru. Semoga apa telah dirancang akan berjalan dgn lancar sehingga ke akhir hayat.. All the best.

Anonymous said...

Selamat Pengantin Baru!!
Semoga berbahagia sepanjang hayat hendaknye....
yes! Mula melangkah ke satu tahap lagi..

fy