25 January, 2010

Buta Hati


  1. Inilah Orang Melayu yang dah senang sikit,bijak sikit tapi hilang adab & sopan...Semata-mata pemikiran yang logika tapi buta hati...Inilah akibat ada pemimpin yang mengajar kebiadapan semata-mata pemikiran berdasarkan logik tanpa ada perasaan kasih & sayang..Budi bicara dah hilang...Ini sikap angkuh & takbur..Apa perasaan dia jika dia mati dihina oleh bangsa Melayu kerana menghina Raja-raja Melayu ? Biar Allah S.W.T (Allah Yang Esa Yang Menurunkan Islam) yang menilai manusia itu...

  2. Diatas adalah petikan posting saya di Facebook.Setelah membaca apa yang ditulis itu dengan perasaan angkuh & biadap,saya berasa sedih.Manusia yang diciptakan oleh Allah S.W.T yang berdarah Melayu boleh bersikap demikian.Siapa pun orang itu,adalah kurang molek jika orang yang meninggal dihina sebegitu rupa.
  3. Jika dia pula meninggal dan selori hinaan dibuat keatas dirinya itu,apakah perasaan dia,keluarga dia ? Jika ini dibenarkan,ia akan jadi satu budaya,dari keturunan ke satu keturunan akan dihina apabila orang itu meninggal dunia.
  4. Islam tidak ajar untuk menghina orang apatah lagi menghina orang yang meninggal dunia.Nabi Musa A.S sendiri tetap menghormati Firaun yang telah membela beliau walaupun kufur kepada Allah S.W.T.Islam mengajar kita,menghormati orang lain.Kita pun dituntut untuk memaafkan orang yang telah meninggal dunia.Cuma saya tak pasti,apa kesalahan yang telah dilakukan terhadap orang ini sampai dia bersikap kurang ajar begini.Anak siapalah ni ?
  5. Cuma saya melihat orang Melayu hari ini yang senang sikit,bijak sikit mula bersikap angkuh & sombong atas kelebihan sedikit yang diberikan Allah S.W.T.Jika tidak ada pemimpin yang menunjukkan perlakuan ini sudah pasti perkara ini tidak berlaku.Budaya merusuh,membakar sana sini,menghina orang,mencaci,memijak & mengoyak gambar-gambar pemimpin,siapa yang mempelopori budaya ini ?
  6. Hinaan yang dibuat atas pemikiran logika telah menghakis nilai-nilai adab & kesopanan sebagai orang Melayu.Allah S.W.T telah mengurniakan kelebihan orang Melayu dengan adab lemah lembut & sopan santun yang tidak dimiliki oleh bangsa lain.Sebab itu,Allah S.W.T menciptakan manusia dengan pelbagai bangsa & budaya untuk saling kenal mengenali.
  7. Tetapi sejak akhir ini,ada orang Melayu malu mengaku diri mereka Melayu.Mereka lupa kelebihan yang Allah S.W.T berikan kepada mereka selaku orang Melayu.Mereka kononnya berjuang demi Islam,tetapi lupa Allah S.W.T itu Maha Berkuasa & Bijaksana yang menciptakan Melayu itu ada sebabnya.Islam itu tidak jumud & mengajar kita adab & sopan yang sinonim dengan orang Melayu.
  8. Orang Melayu sekarang ini menjadi contoh yang baik sebagai pekerja Profesional & Pengurus yang sangat dihormati di Timur Tengah.Mereka melihat orang Melayu yang beragama Islam yang jujur,setia,bersopan & bersungguh-sungguh.Ramai orang Melayu mengetuai syarikat-syarikat besar di di negara-negara Arab seperti Dubai,Abu Dhabi,Riyadh berbanding bangsa-bangsa lain.Itu kualiti yang Allah S.W.T berikan kepada orang Melayu.
  9. Zaman ini,ramai nak jadi Tuhan.Mereka mudah menilai orang & merasakan diri mereka sentiasa lebih bijak,lebih "betul",lebih kaya,lebih baik & lebih segala2nya dari orang lain.Jika tidak, kenyataan Facebook diatas tidak akan dikeluarkan oleh orang Melayu.
  10. Mereka lupa,ini adalah peluru-peluru yang akan digunakan oleh musuh-musuh Islam & Melayu untuk terus menghina Islam & menggugat hak-hak Melayu.Mereka ini adalah kurang bijak diatas kebijakkan mereka. Adakah mereka ini boleh digelar Si Kitul ? Fikir-fikirkan lah....
  11. Manusia memang mudah melihat satu titik hitam berbanding kertas putih yang besar.
  12. Al-Fatihah...

2 comments:

Mrs. HaKiMi a.k.a ViOLeT said...

salam.. sbnrnya byk lg blog or post2 yg menghina... skrg ni dunia akhir zaman.. otak diletak di tapak kaki hga ajal maut dipermainkan...
'melayu mudah lupa'... itulah yg terjadi skrg... lupa perjuang nenek moyang suatu masa dahulu...
ramai yg tidak sedar dimana mereka berpijak...
bila nafsu+emosi bercmpur..inilah jadinya...
sedih melihat kaum sendiri tersungkur...
dunia akhir zaman.....
apa2 pn... kita yg masih sedar dan waras ini,harus mempertahankan agama dan bangsa dari dipijak, dimaki dan dihina...
'perjuangan belum selesai'...

a.z.n.e.e said...

hum.. biarla dia dilanda tulah.. sebab itu ada golongan yg akan ambil kesempatan ke atas kita.. dgn menggunakan org2 sebeginilah... konon pandai tapi jumud, kolot, kemut...

ntah bile dorg ni nak sedar.. dh mcm2 isu kuar tapi masih lagi buta...