26 April, 2010

Menang Tapi...

  1. Tahniah Saudara YB Kamal.Walaupun berbeza bangsa,tetapi aspirasi YB sama dgn kepimpinan negara.Mahukan rakyat yang bersatu padu dalam pelbagai bangsa & agama selaras dengan ajaran Islam.Bukan mahu perpecahan.Yang paling utama dapat berkhidmat untuk semua rakyat.
  2. Dengan kemenangan ini berbunyi-bunyilah suara ketidakpuasan hati yang kalah.Jika mereka yang menang,berbunyi lain pula.Dato' Z.I berkata tidak puas hati dengan menyalahkan politik BN politik beli undi.Ketawa saya membacanya,sebab YAB Menteri Besar Selangor pun banyak 'membeli' undi dengan janji-janji peruntukan sana sini.Saya cuma bimbang,itu semua janji-janji beli undi,sedangkan tiada apa yang dilaksanakan.
  3. Dato' Z.I juga berkata beliau tidak mendapat peluang yang sama adil,sama rasa,sama ada depan mahupun belakang.Ini lagi satu kenyataan kelakar.Pilihanraya dibuat di Hulu Selangor,dalam Negeri Selangor Darul Ehsan dibawah kerajaan campuran PKR,DAP & PAS.Beliau & pemimpin PR berkempen di dalam Stadium Mini yang besar,BN berkempen & berceramah di tepi kedai-kedai sahaja.Kerajaan PBT semua dibawah kerajaan negeri.Negeri Selangor adalah negeri terkaya di Malaysia.Tidak tahulah kalau selama 2 tahun ini sudah jadi miskin.Kalau cakap di media massa arus perdana,media alternatif lebih ramai pengikutnya.(Media alternatif aka internet,Facebook,Blog).
  4. DSAI berkata sebanyak lebih RM 100 juta dibelanjakan untuk PRK Hulu Selangor ini oleh BN.Adakah beliau ini tidak cukup bijak untuk mengetahu bahawa RM 100 juta itu dibelanjakan untuk projek-projek membaiki bumbung rumah pangsa,longkang-longkang,jalan-jalan,sekolah-sekolah yang sepatutnya dilaksanakan oleh kerajaan negeri ? Nampaknya PR pun guna taktik projek mee segera.Saat-saat terakhir,jalan-jalan diturap.
  5. DSAI pun mengatakan bahawa Menteri-menteri hari-hari berkempen di Hulu Selangor sedangkan Exco-exco Kerajaan Negeri Selangor pun hari-hari berkempen.Apa mereka-mereka pun makan gaji buta ke ?
  6. DSAI juga mengatakan kempen kali ini adalah bersifat pembunuhan karektor Dato' Z.I.Apa mereka lupa ke di Permatang Pasir,Saudara Rohaizat ditelanjangkan oleh mereka dengan masalah-masalah peribadinya sehingga rumahtangga berantakkan ? Kenapa ada sikap 'double standard' ?
  7. Ada sahabat saya penyokong tegar PAS membidas orang Melayu yang menyokong Yang Berkhidmat itu seorang India.Adakah dia lupa,bukankah YB ADUN Bukit Selambau itu seorang India dan diberi kemenangan oleh penyokong-penyokong PAS juga yang juga Melayu dalam PRK yang lalu ?
  8. Mereka juga lupa TG Hadi telah menfatwa bahawa UMNO kafir kerana bekerjasama dengan MCA & MIC satu ketika dahulu.Bagaimana pakatan mereka dengan DAP & PKR yang berbilang bangsa yang bukan Islam ? Halal bagi mereka,haram bagi orang lain.Dulu haram sekarang tidak.Arak tetap haram jika diminum.Tetapi kalau digunakan sebagai ubat adakah haram ? Bagi saya mereka mudah menjatuhkan hukum menyebabkan umat Islam yang serba keliru bertambah keliru demi kepentingan politik.
  9. Dengan undi rosak sebanyak 731,saya nasihatkan Pilihanraya akan datang janganlah mengundi lagi.Kalau golongan emas yang betul tidak boleh memangkah,boleh dimaafkan.Tetapi jika muda-muda atau mereka yang sengaja menunjukkan protes,tolong jangan bazirkan duit saya yang bayarkan cukai untuk tampung kertas undi itu.Nescaya ada yang akan komen,ini pembaziran sikit sahaja,yang kerajaan bazirkan berjuta-juta itu bagaimana ? Besar atau sikit,bazir tetap membazir.
  10. Kalau kita tidak sukakan sesuatu itu,baik pun tetap buruk dimata mereka.Bila mereka menang,rakyat menang.Jika kalah,itu tidak adil,itu tidak betul & itu salah.TS Muhiyidin pun mengakui bahawa kerajaan BN tidak sempurna & pernah buat silap.Tiada manusia sempurna melainkan Rasulullah S.A.W.Tetapi BN sentiasa mahu & berani berubah mengikut perkembangan semasa dan demi kepentingan semua.
  11. Cuma bila banyak sangat berfantasi tentang salah orang,yang baik pun tetap salah.Ada sahaja hujah yang akan menegakkan benang yang basah sehingga kelakar dibuatnya.
  12. Tahniah sekali lagi buat YB Kamal & BN.Ingat,jika YB tidak berkhidmat dengan baik,nescaya YB juga akan ditendang keluar.Zaman ini,jaga rakyat lebih sukar.Sebab silap kerajaan BN memberikan pendidikan yang lengkap sehingga ramai rakyat yang bijak pandai sehingga ada yang terlebih bijak dan pandainya.Sudah jadi pandai & kaya raya di bumi ini pun,yang salah kerajaan juga.

No comments: