- Hari ini merupakan cuti umum sempena Hari Buruh atau Hari Pekerja.Tetapi apa maknanya jika sambutan hari pekerja dibuat jika pekerja masih ditipu,ditindas,dibuang sesuka hati mahupun diganggu seksual setelah tenaga & usaha dicurahkan bersungguh-sungguh demi kepentingan negara,syarikat mahupun keluarga ?
- Bagaimana agaknya perasaan seorang majikan jika dia boleh & mampu mengabaikan kebajikan pekerjanya ?
- Bagaimana pula jika satu hari nanti majikan menjadi pekerja dan diperlakukan sebegitu juga ?
- Bagaimana pula pekerja yang kuat tidur ataupun suka curi tulang mahupun makan gaji buta ? Layakkah mereka menyambut hari pekerja ?
- Ada rakan menyatakan,jika hari ini hari pekerja,sepatutnya majikan terus bekerja.Tiada siapa yang menyambut hari majikan.Jadi majikan perlu terus bekerja.Hehehe...
- Apa-apa pun yang kita lakukan,kepentingan pekerja penting kerana mereka adalah nadi penggerak kemajuan sesebuah negara,syarikat mahupun keluarga serta kekayaan majikan.
- Selamat Hari Pekerja 2009.
01 May, 2009
Selamat Hari Pekerja 2009
11 April, 2009
Engagement Day....11 April 2009
P/S : Gambar tak boleh banyak-banyak.Hehehe...
08 April, 2009
Pangkah Apa Saja......
KEKAL... Ketiga-tiga parti yang menang dalam pilihan raya kecil yang berlangsung serentak mengekalkan status quo keputusan pilihan raya umum ke-12, 8 Mac 2008. Dari kiri, calon PAS juga bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin menang di kerusi Parlimen Bukit Gantang, calon PKR, S. Manikumar memenangi kerusi DUN Bukit Selambau dan calon BN Malcolm Mussen menang di DUN Batang Ai.- Saya lega kerana Pilihanraya Kecil telah tamat.Kemelut hal-hal politik yang keterlaluan telah berlalu.Keputusan 1-1-1.Tahniah kepada yang menang.Jangkaan saya meleset.Biasalah bila tembak tidak kena.Bolehlah kembali kepada isu ekonomi.
- BN tewas di 2 bukit adalah disebabkan undi bukan Melayu yang tidak berpihak kepada mereka.PAS & PKR masih menjadi pilihan orang bukan Melayu ketika ini.Statistik menunjukkan undi Melayu meningkat sedikit kepada BN selepas Perhimpunan Agung PEKEMBAR.Orang Melayu mula menunjukkan angin perubahan.Sedikit tetapi begitulah hanya baru beberapa hari PM baru menjawat jawatan.
- BN (dan mungkin saya juga) terlepas pandang tentang undi bukan Melayu.Rakan saya dari PAS juga mengakui,jika tidak kerana undi bukan Melayu di DUN Kuala Sepetang,BN mungkin menang.Ternyata bukan Melayu masih tidak berpuashati dengan MCA, Gerakan & MIC.Isu pemberian tanah 999 tahun juga salah satu faktor.Bagi Melayu,penyokong kuat PEKEMBAR & PAS masing-masing masih mengekalkan undi mereka.
- Selain itu,kemenangan Ketua Pemuda PEKEMBAR walaupun disabit kesalahan etika pemilihan,dilihat menjadi punca kepada undi bukan Melayu yang merasakan PEKEMBAR tidak betul-betul berubah & bersih.Begitu juga di Bukit Selambau menunjukkan kebencian kaum India kepada Presiden MIC yang masih mengekalkan jawatan dengan kaedah yang tidak demokratik.Kedua-dua liabiliti ini akan menjadi beban kepada BN untuk diatasi kelak.
- Selain itu juga saya merasakan memang wujud angin perubahan yang ketara di kalangan pengundi muda.Saya merasakan 3 daripada 10 rakan-rakan sebaya dan dalam lingkungan muda yang masih menyokong BN.Selebihnya menyokong PAS,PKR & DAP.Ini kerana semasa di universiti saya melihat golongan-golongan ini telah ditanam perasaan benci kepada BN.Mereka berasa dipinggirkan.Jika trend ini berterusan,memang akan ada angin perubahan.
- Sekarang mereka boleh mengundi.Saya lihat mereka-mereka ini semasa di universiti bukanlah berminat dengan politik tetapi setelah terdedah dalam dunia pekerjaan mereka dapat melihat kelemahan & kesilapan kepimpinan kerajaan sebelum ini,ditambah pula dengan propaganda A.I dan rakan-rakan yang agresif meraih sokongan mereka.Bolehlah dikatakan ada antara mereka anti-establishment.
- Manakala rakan-rakan yang menyokong BN masih tercari-cari ruang untuk menterjemahkan sokongan mereka.Sama ada tidak berani untuk menyatakan sokongan terbuka atau pun sedang berkira-kira dalam hati untuk mengikut angin perubahan ini ataupun tidak kisah kerana merasakan BN akan selamat dengan mengatakan tidak minat politik,boleh juga menjadi punca kepada kehilangan sokongan kepada BN.Mungkin juga kaedah dalam BN tidak menarik perhatian mereka.
- PAS kelihatan telah mengubah suai pendekatan mereka dengan orang bukan Melayu.PAS datang dari sebahagian PEKEMBAR.Kalau dulu orang PEKEMBAR dituduh kafir kerana bekerjasama dengan MCA,MIC dan lain-lain lagi sekarang dibolehkan dalam PAS.Pelaksanaan Hukum Hudud boleh ditangguh-tangguh pula.Sekejap mahu,sekejap tidak.Orang Cina sekarang boleh membaca Quran untuk tujuan kempen.Mufti pun boleh dimaki.Sultan pun boleh dicerca.Kalau lawan yang pernah dituduh oleh pemimpin PAS (Mat Sabu,lupa ek?) sebagai kaki liwat diangkat jadi ketua pula pun boleh.Allah pun boleh digunakan oleh agama lain.Semua boleh.Ini akibat buruk daripada slogan Malaysia Boleh.Mungkin ini agaknya yang menarik perhatian pengundi muda.Ceramah yang hanya tahu mencari salah kerajaan,mengutuk peribadi orang & cerita 'half truth' memang seronok didengar berbanding ceramah mengenai pembangunan dan penjelasan kerajaan yang membosankan.Jadi PAS boleh dianggap Pangkah Apa Saja.Itulah kekuatan mereka asalkan BN tumbang.Never underestimate this Force.
- Jadi saya tidak salahkan mereka.Rakyat Malaysia juga semakin pandai & cerdik hasil pembangunan selama 50 tahun ini dibawah BN.Kalau kejam sangat & banyak sangat salah guna kuasa,rasuah disana sini oleh kerajaan BN tidak mungkin ramai orang muda seperti saya dan rakan-rakan lain mendapat pendidikan dan pekerjaan.Hatta ada yang menyokong PAS,PKR & DAP pun dapat bekerja di Jabatan Perdana Menteri.Hatta tiadalah KLCC,tiada KLIA,tiada universiti yang pelbagai,tiada PROTON,tiada orang Melayu menjadi kaya & jutawan,saintis,juruterer,angkasawan,agamawan,ilmuwan dan pelbagai lagi wan.Hanya laWAN tetap laWAN.Tidaklah juga Malaysia dikenali di seantero dunia.Hakikatnya tiada pilih bulu.Mungkin ini yang diinginkan dimasa hadapan.Memang BN melakukan beberapa kesilapan terutama pemimpin.Dek kerana terlalu lama berkuasa,mereka lupa dibawah.
- Bagi saya trend ini adalah petanda pusingan jangka hayat sesuatu parti politik.Di India,Parti Kongres yang memerdekakan India juga telah ditolak setelah hampir setengah abad memerintah.Tetapi akhirnya mereka kembali.Mungkin trend sistem 2 parti di Amerika Syarikat akan berlaku dimana perubahan parti yang memerintah merupakan satu kebiasaan antara Demokrat & Republikan.Mungkin tiba masa rakyat ingin benda yang baru.
- Saya harap PEKEMBAR selaku teraju dalam BN mampu menangani masalah ini.PEKEMBAR sedang meminjam masa untuk bertahan.Kepimpinan baru harus insaf.Orang PEKEMBAR mungkin suka sesetengah pemimpin,tetapi sebahagian rakyat tidak.Saya bersetuju dengan PM faktor rakyat perlu diambil pertimbangan dalam kerajaan.Bukan semata-mata parti.Cuba elakkan buat sesuatu kerana hendakkan undi,tetapi buatlah dengan ikhlas demi Agama,Bangsa dan Negara.
- Memang mudah untuk menyalahkan itu ini.Bukan kena sebarang bayaran.Ini kerana masing-masing masih beranggapan apa yang mampu aku dapat daripada apa yang aku mampu berikan.Jadi Pangkahlah Apa Saja, janji PuAShati.Menang sorak kampung tergadai.Saya pasti tentu ada jawapan setiap perkara yang saya utarakan kerana rakyat Malaysia semakin pandai.Ada saja hujah untuk memenangkan pendapat kita.Biasalah perkara begini.Cuma cari titik pertemuan.Jangan kita bergaduh kerana ini.
04 April, 2009
Hails New Prime Minister !!!!

- Its been a long time since my last posting.Just because i had enough of politics.I just monitor the situation since i preferred the economics matter more rather than politics.But both are well linked.No politics stability,no growth in economy.
- Thank you for the 1st Minister of Finance who revealed RM 60 billion stimulus package.I see there is opportunity in business for me by this stimulus.I hope with my effort & hard work I will get some piece of the benefit of this stimulus package.InsyaAllah,if we work hard,Allah S.W.T will grant the good outcome for you rather than bickering outside there.Just don't sit and wait.Go out and work it out.
- We still lived in the best country.Tell me if there any people miss out eating like in Africa,India or even China ? Some people out there never be thankful to live in this country.Is the ISA law make more people suffer ? Are those who is detained in ISA who is harmful to the nation is more important rather to other 26 million 'rakyat' out there who need peace & 'mahu cari makan'.Some ISA ex-detainee told that the law make them became a good people.Only those who never be grateful to this nation who always make 'kacau'.Go and live somewhere else where there is no ISA law.This is how the peace & harmony works in Malaysia.The implementation method of ISA law should be review.
- Congratulation to the 7th PEKEMBAR President & 6th Prime Minister of Malaysia.I believe you can do it since you can turn around the 241 majority to 22ooo++ majority in 4 years.I believe in your hard work,your patience is second to no one,your intelligence and the good blood that running through your veins can bring this nation the great future.Get rid out of blunt minister & leaders who tarnish Goverment image as they also insulted 'rakyat' intelligence.
- Congratulation to the new line up of PEKEMBAR Majlis Tertinggi.I hope those who win can voice out people voice down here.Not just for some elitist or who have been rich who want to be more rich.Some of this rich people who are not being grateful are those who are still bickering that they are not rich enough & rallies ordinary people support to make 'kacau' everywhere in this country.Poor ordinary people who believed in them.
- In this coming 7th April,tri by-election,i can see BN will win 3-0.If no last minutes issue (or FITNAH) that A.I or PAS,PKR & DAP alliance (since Pakatan Rakyat is not legal & registered coalition as Barisan Nasional) bringing it up,i can see BN will have a clean sweep.I went to Bukit Gantang recently and i see there is wind of change.But never believe in how many flags,posters or people in your ceramah that can win it for you.But believe in your good work,honesty and 'doa',Allah S.W.T will grant your wish.People want change & the change is coming.
May Allah S.W.T bless Tanah Melayu a.ka. Malaysia.
Latest Update : Welcome Back Tun Dr. Mahathir & Tun Dr. Siti Hasmah !!!!
16 March, 2009
60 Earth Hour Global Campaign (Update)
Update 7 April 2009 :
Photo of Earth Hour as I did my little effort to support Earth.

YOUR LIGHT SWITCH OFF IS YOUR VOTE
This year, Earth Hour has been transformed into the world’s first global election, between Earth and global warming.
For the first time in history, people of all ages, nationalities, race and background have the opportunity to use their light switch as their vote – Switching off your lights is a vote for Earth, or leaving them on is a vote for global warming. WWF are urging the world to VOTE EARTH and reach the target of 1 billion votes, which will be presented to world leaders at the Global Climate Change Conference in Copenhagen 2009.
This meeting will determine official government policies to take action against global warming, which will replace the Kyoto Protocol. It is the chance for the people of the world to make their voice heard.
Earth Hour began in Sydney in 2007, when 2.2 million homes and businesses switched off their lights for one hour. In 2008 the message had grown into a global sustainability movement, with 50 million people switching off their lights. Global landmarks such as the Golden Gate Bridge in San Francisco, Rome’s Colosseum, the Sydney Opera House and the Coca Cola billboard in Times Square all stood in darkness.
In 2009, Earth Hour is being taken to the next level, with the goal of 1 billion people switching off their lights as part of a global vote. Unlike any election in history, it is not about what country you’re from, but instead, what planet you’re from. VOTE EARTH is a global call to action for every individual, every business, and every community. A call to stand up and take control over the future of our planet. Over 74 countries and territories have pledged their support to VOTE EARTH during Earth Hour 2009, and this number is growing everyday.
We all have a vote, and every single vote counts. Together we can take control of the future of our planet, for future generations.
VOTE EARTH by simply switching off your lights for one hour, and join the world for Earth Hour.
Saturday, March 28, 8:30-9:30pm.
www.earthhour.org
07 February, 2009
Do you know what Sultan Azlan did last March ...
DO YOU? But first, it is quite obvious that Anwar Ibrahim and Mohd Nizar Jamaluddin are trying to push the issue to the streets. All the ingredients seem to be there: disregard the Sultan's wishes, to hell with the state's Constitution! This morning, Nizar reported for duty as usual despite the Sultan having asked him to step down and pave way for a new state government.
NST 10.07 am Nizar and exco members have entered state secretariat building after minor scuffle, Nizar says he will remain in officeNizar is fighting "till the last drop of his blood". So the police had to come in.
BH 09:58 pagi Mohammad Nizar Jamaluddin dan Exco masuk ke pejabatnya di SUK jam 9.43 pagi. Katanya tiada arahan tinggalkan pejabat dan kediaman rasmi.
NST 10:27:21 MB's office taken over by police who receive orders to escort Nizar and exco members out. Press conference interrupted by state secretaryWhat now? Another mammoth rally to show the Sultan the might of "Ketuanan Rakyat"?
STAR 10:27:47 Nizar was escorted out of his now emptied room at the state secretariat at 10:15am by Ipoh OCPD who stopped Nizar press conference
What the Sultan did last March. I was reliably informed of this story only yesterday. So, before anyone thinks of burning down Ipoh and Kuala Kangsar or fight till the last drop of blood, listen up. This was how it was told to me:
"I know that you do not know what Sultan Azlan Shah did last March when UMNO, the party with the biggest number of ADUN seats, sought his consent to re-form the state government of Perak. Not many people know. I'm going to tell you so that you will know that the Sultan has acted in the best interest of his State and his Rakyat in the case of Nizar.
"You see, on the night of March 8, after securing more Adun seats than the other parties, UMNO made a representation to the Sultan to form a new state government.
"But Sultan Azlan is a wise Sultan. He knows the law and he could read the situation well. He did not accede to UMNO's request even though UMNO had won the most number of seats compared with DAP, PAS, or PKR.
"So the Sultan told UMNO that he had a feeling that DAP, PAS and PKR would join hands and if they do so UMNO will not have the support of the majority in the state assembly. He requested that UMNO wait until had had mete the reps from DAP, PAS and PKR.
"That was how the Sultan called in all the DAP, PAS, and PKR state assemblymen. He decided after that to allow Pakatan Rakyat to form the new state government in Perak. The rest is history. Or, rather, was history.
"You see, Sultan Azlan, our former Yang diPertuan Agong, is a professional and he knows his law better than you and I, Nizar or Anwar. He was the former Lord President."
And Big Dog writes about "ingkar", which is the correct Malay translation for defiance against one's Sultan.
Dipetik dari www.rockybru.com.my
1. Sultan Dihina & Hendak Disaman oleh Pakatan Rakyat & penyokong-penyokongnya.
Apakah jenis rakyat ini ?
2. Saya tengok yang lebih-lebih adalah penyokong PAS & PKR yang merusuh di Kuala Kangsar.Mereka ini sedar atau tidak,jawatan MB ihsan DAP & Sultan Azlan sebab dalam undang-undang tubuh kerajaan negeri Perak,MB mesti orang Melayu beragama Islam.
Keputusan Pilihanraya 8 Mac 2008 Negeri Perak Darul Ridzuan:
BN/UMNO : 27 Kerusi
DAP : 18 Kerusi
PKR : 7 Kerusi
PAS : 6 Kerusi
BN/MCA : 1 Kerusi
3. PAS memiliki kerusi paling sikit.Pakatan Rakyat diwujudkan lepas pilihanraya 8 Mac 2008.Tetapi mereka punya mengamuk seolah-seolah jawatan MB itu adalah segala-galanya.Saya ada Ipoh semasa perkara ini berlaku.Keadaan aman di kebanyakkan tempat kecuali di kawasan kediaman MB Perak.Rakyat biasa meneruskan kehidupan seperti biasa.Saya masih boleh keluar ke bandar dengan selamat,sebab perangai orang Ipoh yang sukakan kedamaian.Melayu,Cina & India masih boleh meneruskan aktiviti harian.
4. Memang benar ada yang tak berpuas hati.Tetapi mereka mementingkan kedamaian.Yang penting boleh belajar,cari makan & boleh pergi masjid,tokong & kuil.Tunggu sahajalah nanti PRU 13.Yang lebih-lebih ini banyaknya orang luar.
5. Sedarlah sedikit.Tuanku telah berlaku adil seadilnya.Ramai yang tak tahu,Sultan Azlan sememangnya murka dengan bekas MB & semasa pertemuan 3 & 4 Februari 2009,Tuanku hanya diam dan tidak bercakap langsung & hanya mendengar Dato' Seri Nizar.Sebabnya ? Tanyalah Y.B Dato' Seri Nizar sendiri.
Wallahualam...Halusi & Timbang..
06 February, 2009
Daulat Tuanku.....Ada orang sudah kena jual !!!
2.Ketidakstabilan politik di Malaysia ini berpunca daripada seorang manusia yang terlalu gilakan jawatan Perdana Menteri di Malaysia ini.Sejak hilang jawatan Timbalan Perdana Menteri,manusia ini rakus mengejar cita-citanya sama ada didalam tirai besi mahupun semenjak keluar dari tirai besi.Reformasi,perhimpunan sana sini,16 September,lompat melompat.Tak sudah-sudah politiknya.
3.Sejak April 2008,manusia ini sibuk menjaja emas 916 nya sampai ke negeri Taiwan.16 September 2008 khabarnya MP BN akan melompat dan dia akan jadi Perdana Menteri.'The numbers have increasingly by hours',angkuh bila menjawab dia bila ditanya jumlah MP BN yang akan melompat.Tetapi ini semua auta.Pada 25 Januari 2009,manusia ini bangga apabila seorang ADUN BN MELOMPAT ke PR.Ini adalah demokrasi & ramai lagi akan MELOMPAT lagi.Bekas MB Perak pula,ini demokrasi,tidak perlu DUN itu dikosongkan.Ini adalah hak beliau untuk bersama kita katanya.
4.Walau bagaimanapun,mereka ini mungkin lupa kenyataan mereka diatas.Apabila pada 4 Februari 2009,4 ADUN mereka MENYOKONG BN (ini kerana 3 ADUN BEBAS ini tidak menyertai mana-mana parti dalam BN,hanya menyokong atas kapasiti bebas,bermakna bukan lompat),ini penghinaan kepada mandat rakyat.DUN tersebut perlu dikosongkan.Ini tidak bermoral & tidak demokrasi.Begitu pula.Perlu pulangkan kepada 'Mahkamah Rakyat'.Sudahlah,balik-balik berselindung dibawah bayang-bayang rakyat.Rakyat yang sokong dia,diperbodoh-bodohkan dengan perhimpunan sana sini.Sudah-sudahlah.Masa sekolah dulu puas dah tiap-tiap pagi ada perhimpunan.
5. Apa ini ? Hipokrit tahap apa ? Dia boleh,orang lain tidak boleh.Keangkuhan jelas telah menguasai mereka.Dah diminta letak jawatan,letak sahajalah.Ini demokrasi apa,demokrasi terpimpin."Ini tidak adil !", kata Abdul Wahub dalam filem Tiga Abdul.
6.Saya menyanjung tinggi kebijaksanaan DYMM Paduka Seri Sultan Perak,yang bergitu berhati-hati & berhikmah dalam menangani masalah ini.Dipanggilnya satu-satu ADUN BN & ADUN Bebas,disiasat dan ditanya seorang demi seorang.Macam PR mula-mula nak tubuhkan kerajaan dulu.Akhirnya Baginda buat keputusan.Tetapi manusia bodoh tak boleh diajar ini,tak boleh terima dengan hakikat & ketentuan Maha Esa.
7.DYMM Paduka Seri Sultan Perak mungkin marah juga dengan tindakan pemberian tanah 999 tahun itu.Negeri dibawah jajahan Baginda,nak diberi sewenang-wenangnya.Memanglah tanah di dunia ini milik yang Maha Esa,tetapi kita sebagai khalifah di dunia perlu menjaga & mentadbir amanah ini.Jika tidak (seperti jadi khalifah boneka orang lain),kena tendang keluar dari kedudukan khalifah itu.
8.Ada rakan-rakan saya mengatakan kaedah yang dibuat oleh BN ini kurang bermoral,tetapi ini dilakukan berdasarkan perlembagaan & demi kepentingan rakyat.Sudah pasti segelintir tidak bersetuju,tetapi perkara yang tersirat perlu didalami dan diperhalusi.Jika tidak betul,tentu Baginda,bekas Ketua Hakim Negara akan membuat keputusan lain.Tetapi hampir sebelas bulan,tiada apa perubahan di Perak ini.Hanya tukar kereta Toyota Camry & pemberian tanah yang saya nampak.Usaha-usaha lain tidak ada.
9.Tahniah YB ADUN Pangkor,Datuk Dr Zambry Abdul Kadir yang telah mendapat perkenan Tuanku untuk dilantik sebagai MB Perak yang kesebelas.Saya ada beberapa perkara yang saya harapkan sebagai anak Perak yang YB dapat fikirkan dan laksanakan jika boleh :
- Buat tugas adil & saksama.Sama ada orang BN atau orang PR,layan dan dengar masalah mereka.
- Jangan ubah dasar secara mendadak.Yang mana faedah untuk rakyat,teruskan.Kurangkan kenyataan kontroversi.Ikut cara YAB Menteri Besar Kedah.Orang pun suka.
- Kurangkan politiking dalam BN.Kekalahan dulu berpunca daripada sebab ini.Tindakan-tindakan kurang bijak dalam strategi pilihanraya,banyak berjanji tidak ditunaikan dan tiada perpaduan yang utuh dalam BN.
- Bangunkan Ipoh sebagai ibu negeri dengan lebih pesat,supaya peluang kerja diwujudkan dengan lebih banyak.Jangan terlalu banyak buang masa mengkaji itu ini,sedangkan peluang yang diperolehi disambar negeri lain.Dengan banyaknya peluang pekerjaan diwujudkan,pengaliran keluar profesional muda dari Perak dikurangkan dalam,tenaga anak Perak dapat membangunkan negeri Perak.Kita banyak kehilangan tenaga muda ini di Kuala Lumpur,Selangor,Pulau Pinang & Johor.Negeri orang lain maju,negeri ini statik sahaja atau terlalu perlahan pembangunannya.Pantau & pastikan pembangunan berlaku dengan pantas.Gunakan kedudukan Menteri Kewangan 1 dan Timbalan Menteri Kewangan serta Timbalan Menteri MITI (dua-dua MP Perak) untuk salurkan pelbagai sumber untuk pembangunan di negeri ini.Bangunkan Ipoh dan limpahkan kemajuan ke daerah-daerah lain.Tarik anak-anak Perak diluar untuk kembali membangunkan negeri ini kerana potensinya besar & sumber alamnya pelbagai.
- Libatkan lebih ramai tenaga profesional muda dalam badan pemikir.JANGAN PINGGIRKAN IDEA DAN TENAGA PROFESIONAL MUDA PERAK.Jangan jadi kisah Singapura dilanggar todak.Orang muda yang bagus ideanya,dibunuh kerana takut mengancam kedudukan pembesar-pembesar.
- Gantikan mereka-mereka yang dah lama duduk dalam anak syarikat kerajaan negeri yang tidak pernah menunjukkan prestasi yang bagus.
- Tunjukkan kepimpinan melalui tauladan.Jangan lupa diri dengan nikmat & ghanimah dihadapan mata.Gunakan untuk kebaikan.
- Sentiasa pohon petunjukNya.
Anwar,because of your 916 gold,now you have been sold.
Wallahualam...Lu fikirlah sendiri.






