Saya merujuk kepada kenyataan Ketua Pemuda Kebangsaan Parti DAPSY YB Loke Siew Fook, merangkap Ahli Parlimen Rasah yang disiarkan dilaman blog http://sjsandteam.wordpress.com yang mengutuk keras Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah, Pengerusi Malaysian Chinese Muslim Associattion (MACMA) mengenai isu anak luar nikah mendiang Teoh Beng Hock.
Disaat umat Islam menyambut hari mulia Nisfu Sya'ban, Ketua Pemuda DAP ini memilih untuk berkonfrontasi dan menyerang seorang tokoh pendakwah Islam. Dr. Mohd. Ridhuan Tee dalam tulisannya mempertikaikan langkah menghalalkan "anak luar nikah" yang didakwa kepunyaan mendiang Teoh Beng Hock dengan tunangnya.
Saya tidak pasti apakah menjadi dasar DAP menghalalkan perhubungan luar nikah dan "menghalalkan" anak luar nikah. Kita memang bersimpati dengan nasib yang menimpa mendiang Teoh, malahan ahli PAS dan juga PKR yang beragama Islam antara kumpulan yang banyak terlibat dalam demo atau bantahan terhadap kematian mendiang Teoh. Saya sendiri antara Ahli Parlimen beragama Islam yang paling awal yang mendesak supaya siasatan segera dibuat atas kematian mendiang Teoh. Malahan Naib Presiden PAS YB Dato' Seri Nizar sehingga sanggup bersama menyalakan lilin dalam "candlelite vigil" memperingati mendiang Teoh.
Tetapi isu menghalalkan anak luar nikah adalah satu isu lain. Ramai dikalangan masyarakat Cina yang ditemui menyatakan tidak bersetuju dengan cadangan itu, kerana seolah-olah memberi gambaran masyarakat Cina yang ramainya penganut agama Buddha dan Kristian meredhai perbuatan mengadakan seks dan mengandung sebelum berkahwin.
Pemuda DAP sepatutnya tidak bertindak menurut emosi dan kelabu dengan isu dihadapan kita. Dalam isu kematian mendiang Teoh, kita semua bersetuju satu siasatan telus dan adil perlu dibuat untuk mencari sebab-musabab kematiannya. Malahan satu inkues perundangan sudah pun dimulakan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, dengan Suruhanjaya DiRaja akan ditubuhkan sebaik sahaja inkues tersebut selesai dijalankan. Tetapi dalam isu beliau menjalin hubungan seks sebelum berkahwin dan mengandungkan tunangnya, itu satu isu yang lain.
Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah berhak untuk menyatakan pendapatnya. Beliau adalah seorang berbangsa Cina, sudah tentu beliau juga tahu adat resam dan budaya masyarakat Cina.
Apakah Pemuda DAP tidak boleh menerima perbezaan pendapat? Apakah kita semua mesti sentiasa menari gendang yang dipalu oleh DAP? Sesiapa yang tidak bersetuju dengan DAP menjadi musuh yang mesti dikutuk dan diserang?
Apa yang kesal laman tersebut menyiarkan komen yang menggunakan bahasa kesat, cabul, mencarut dan biadap terhadap Dr. Mohd. Ridhuan. Apa yang lebih biadap dan kurang ajar ialah mereka juga menyerang agama Islam, bangsa Melayu dan mereka yang convert atau memeluk agama Islam. (Untuk membaca lebih terperinci sila layari laman web tersebut).
Berikut adalah contoh bahasa yang diguna saperti:
"Who is this bastard of a Mohd. Ridhuan"
(siapa anak haram Mohd. Ridhuan ini);
"What sort of fucking Dr. r u"
(Dr pu... apa awak ni);
"Has everything be reduced to your fucking religion (iaitu Islam)"
(Apakah semua mesti menurut agama (iaitu Islam) pu... awak itu);
"R your parents still alive mohd ? If they r not, their bones must be rattling in their graves,if they r they must be hiding in shame to know that a son they brought into the world is now considered a bastard by every non muslim n also by real muslims"
(Apakah ibubapa kamu masih hidup Muhammad? Kalau sudah mati, sudah tentu tulang mereka berantakan didalam kubor, kalau masih hidup, tentu mereka bersembunyi dengan penuh malu yang anak lelaki yang mereka lahirkan dianggap anak haram oleh setiap bukan Islam dan Muslim);
"They would b happier now if they had flushed u down the toilet when u were born".
(Sudah tentu mereka (iaitu ibubapa Dr. Ridhuan) akan bergembira kini jika mereka mengepam awak (Dr. Ridhuan) kedalam lubang tandas semasa dilahirkan);
"U have tainted your family with your stupidity for monetary gain. Your conversion was not through conviction, it was with an ulterior motive".
(Awak telah mencemar nama keluarga awak kerana kebodohan mendapatkan habuan duniawi. Kemasukan awak kepada Islam bukan kerana keyakinan, tetapi kerana niat tidak baik);
"As for your children they won’t be carrying your name. They will be ahmad bin abdullah or something akin to that. 2 generations down they will be saying “I don’t know who the fuck my grandfather is. He was an arsehole who brought shame to the family”. They will be like bastards who can’t trace a family history".
(Bagi anak-anak awak pula, mereka tidak akan mewarisi nama awak. Mereka akan menjadi ahmad bin abdullah atau yang sewaktu dengannya. Dua generasi lepas itu mereka akan berkata, "saya tidak tahu siapa pu... datuk saya. Beliau adalah pu... yang telah memalukan keluarga". Mereka akan menjadi saperti anak haram yang tidak dapat mengesan salasilah keluarga mereka).
"If u can be the president of the chinese muslim association I shudder to think what the other chinese muslims r like………? Thieves, robbers, criminals or some other unsavoury characters".
(Kalau awak (Dr. Ridhuan) boleh menjadi presiden Persatuan Muslim Cina, saya tidak tahu apa jenis cina muslim yang ada......?Pencuri, perompak, penjenayah atau penyangak).
Adalah jelas laman web yang menyiarkan kenyataan Ketua Pemuda Kebangsaan DAPSY ini bertindak melampau, kurang ajar, biadap dan keterlaluan. Penyiaran yang dibuat:
1. menyerang peribadi seorang pendakwah Cina beragama Islam yang sangat dihormati iaitu Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah dengan menggunakan bahasa lucah, kesat, biadap dan melampau;
2. menghina agama Islam dengan bahasa kesat, lucah, biadap dan melampau;
3. menghina ibu bapa, keluarga dan anak-anak Dr. Mohd. Ridhuan Tee dengan bahasa kesat, lucah, biadap dan melampau;
4. menghina agama Islam dan mereka yang memilihIslam seolah-olah keturunan semua mereka yang memeluk Islam saperti anak haram yang tidak mengenal salasilah dan keturunan keluarganya;
5. menghina kaum Cina yang memilih memeluk Islam sebagai pencuri, penjenayah, perompak dan penyangak.
Saya mengutuk dengan kutukan yang paling keras dan dengan bahasa yang paling tegas terhadap laman web tersebut. Apakah mereka berasa saperti cengkadak naik ke junjong; sudah tidak mengerti adab susila dan kesopanan ketimuran? Apakah mereka merasakan mereka golongan yang hebat dan "untouchables", sehingga orang lain tidak boleh berbeza pendapat dengan mereka.
Tindakan laman web tersebut sudah pasti akan menimbulkan kemarahan umat Islam dan akan mencetuskan ketegangan agama.
Saya dengan ini mendesak:
1. Ketua Pemuda DAPSY YB Loke Siew Foke dan Pemuda DAP meminta maaf kepada Dr. Mohd. Ridhuan Tee khususnya dan umat Islam umumnya;
2. pengendali laman web www.sjsandteam.wordpress hendaklah meminta maaf secara terbuka kepada Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah khususnya dan umat Islam umumnya;
3. penulisan dan komen bertajuk"Ridhuan Tee must apologize to Teoh Beng Hock's family" hendaklah ditarik balik;
4. Pihak polis hendaklah menyiasat segera kenyataan tersebut serta pengendali web berkenaan menurut peruntukkan undang-undang sedia ada saperti Akta Hasutan dan Seksyen 298A Kanun Kesiksaan;
5. Jika didapati ada kes, pihak Peguam Negara hendaklah dengan segera mengenakan pendakwaan jenayah terhadap mereka yang berkaitan;
6. Suruhanjaya Multimedia dan pihak berkuasa yang berkaitan hendaklah membatalkan laman web tersebut;
Sekian wassalam.
ZULKIFLI BIN NOORDIN
Khamis
15 Sya'ban 1430 / 06 Ogos 2009
INI BETUL-BETUL KURANG AJAR.DIPETIK DARI KENYATAAN MP PKR KAWASAN KULIM/BANDAR BAHARU YANG SATU PAKATAN KONONNYA.MEMANG TAK RETI-RETI BAHASA.APABILA ORANG ISLAM BEREMOSI TENTANG INI,AKAN DICOP RASIS,TETAPI APABILA ORANG LAIN BEREMOSI TENTANG ANAK LUAR NIKAH,INI ADALAH KEBEBASAN BERSUARA.MANA ORANG ISLAM & MELAYU (MANA PAS ??? ) LAIN UNTUK MENEGAKKAN AGAMA & KEBENARAN ? MASIH TAKSUB DENGAN PERJUANGAN ANDA YANG JELAS SATU PENGHINAAN KEPADA AGAMA,BANGSA & TANAHAIR ? LU FIKIRLAH SENDIRI....
10 August, 2009
27 July, 2009
Jangan Terburu-buru = Sabar..
- Kematian Teoh Beng Hock menimbulkan pelbagai cerita.Berlakulah tuduh menuduh.Rakyat biasa pun terpinga-pinga,macam mana isu ini boleh timbul dan siapa yang harus dipersalahkan.Saya tidak mahu ulas teori konspirasi atau motif kematian Mendiang sebagai menghormati keluarga mendiang.
- Saya ingin ulas reaksi parti-parti politik terutama geng-geng Pakatan DAP,PKR & PAS & juga kerajaan BN mengenai isu ini.Saya ingin timbulkan persoalan-persoalan yang terfikir diminda saya.
- Kenapa semua pihak tidak sabar-sabar untuk mengetahui hasil siasatan sepenuhnya sebelum menuduh macam-macam terhadap SPRM,Polis & Kerajaan ?
- Siapa TBH untuk dibunuh oleh kerajaan berbanding A.I,LKS, K.S & pemimpin-pemimpin Pakatan yang lebih berpengaruh ? Saya bukan maksudkan mereka harus dibunuh,tetapi kalau kerajaan yang ada hari ini kejam & zalim sangat & nak kekalkan kuasa sangat-sangat,lebih mudah mereka-mereka ini dibunuh dengan mudah berbanding TBH ? Saya bukan nak jatuhkan kredibiliti TBH,tetapi tuduhan terhadap kerajaan & pemimpin-pemimpin PEKEMBAR keterlaluan bagi saya .Tunggulah siasatan.Ini belum apa-apa,tidak mahu terima hasil siasatan.Tidak tercapai dek akal saya untuk memahami apa yang sebenar yang dimahukan oleh mereka ?
- Kenapa DAP beria-ria mahukan Suruhanjaya Siasatan Diraja sedangkan Lim Kit Siang sendiri mengakui tiada kes kematian sebelum ini perlukan Suruhanjaya Siasatan Diraja ? Baca selanjutnya.
- Adakah dengan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja & Inkues akan dapat menegakkan keadilan & kebenaran ? Kalau kerajaan yang salah,itu adil ? Kalau selain dari itu,semua ini adalah pembohongan & tidak adil ?
- Kenapa R.L bertindak macam samseng masuk Pejabat SPRM konon-kononnya bela kematian Teoh Beng Hock ? Macam ini perangai mahu jadi pemimpin negara ? Macam mana pegawai kerajaan mahu hormat pemimpin begini ? Kalau ada pemimpin BN/UMNO macam ini dahulu,takkan nak ikut kut ? Kalau macam ini perangai samseng,janganlah marah kalau orang tuduh anda ada kaitan dengan samseng .
- Kenapa A.I,A.A & N.J boleh turut serta dalam upacara menunduk mayat TBH & memegang lilin ? Kalau nak raih sokongan politik pun,janganlah sampai mengorbankan agama.Apa kata pemimpin PAS ? Baca selanjutnya.
- Kenapa A.I kata beliau tidak politikkan isu ini tetapi dalam masa yang sama menuduh kematian TBH adalah arahan PEKEMBAR & BN ? Kenyataan apa ini ?
- Kenapa kematian TBH jadi isu yang besar & perkauman sampai ada yang nak boikot akhbar-akhbar Melayu? Dalam akhbar bukan Melayu yang sering main isu perkauman,tidak diboikot,tetapi akhbar Melayu yang menyuarakan kebimbangan nasib orang Melayu & keamanan negara ini pula jadi dihentam dengan pelbagai kenyataan berupa rasis ? Bila kita nak mempertahankan hak kita,dituduh rasis sedangkan kita bukan nak ambil hak orang lain.Dan apabila orang lain mempertikaikan hak kita,tidak dituduh sebagai rasis pula ? Tetapi yang lebih malang apabila orang Melayu itu sendiri tidak mempertahankan hak kaumnya malah memperlekehkan lagi.Bukan itu maksud 1Malaysia.1Malaysia adalah keadilan untuk semua,bukan kesamarataan untuk semua.Dalam Islam pun,zalim apabila tidak meletakkan sesuatu perkara ditempat yang sepatutnya.Ingatlah komposisi 65,30,5.
- Kenapa kerajaan terburu-buru tubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengikut kehendak DAP sebelum siasatan polis selesai ? Lupakah kerajaan dengan isu tahanan kononnya wanita rakyat negara China yang dibogelkan dalam tahanan polis yang disuarakan oleh Teressa Kok rupa-rupanya rakyat Malaysia,Melayu pula itu memalukan negara sehingga ada Menteri dihantar untuk memohon maaf membuta tuli sahaja ? Mana Teressa Kok apabila wanita Melayu ini naik ke mahkamah untuk saman polis ? Bukankah itu semua hanya kesempatan politik & rasis ? Bagi saya jangan dilayan sangat kehendak DAP ini,kerana mereka hanya pandai berkokok sahaja,bertelur belum tentu.
- Kenapa MB Selangor,K.I mengatakan cerita-cerita dalam blog kebanyakkan tidak boleh dipercayai apabila kena batang hidung sendiri ? Kalau cerita itu kena batang hidung mantan MB Selangor 100% boleh dipercayai ? Bukankah selama ini Pakatan begitu mengagung-agungkan cerita-cerita di blog & portal internet sebagai cerita sahih berbanding media perdana yang banyak dimanipulasi kerajaan BN kononnya ?
- Mengapa anda begitu bodoh untuk tidak bersabar menunggu hasil siasatan polis sebelum membuat apa-apa kenyataan menghentam & menjatuhkan hukum kepada orang yang tidak bersalah ? Adakah anda Tuhan untuk menghakimi kematian seseorang itu ? Bawa-bawalah bersabar.
14 July, 2009
Majoriti Tetap Majoriti.
- Terima kasih kepada PM yang telah menggagaskan 1Malaysia & memberi 11 'hadiah' kepada rakyat sempena 100 hari pentadbiran beliau.Secara jelas,beliau telah buang semua protokol-protokol & keraian pemimpin seperti dahulu.Beliau jelas memahami masalah & penderitaan rakyat.Lawatan hari pertama beliau ke Apartment Vista Angkasa menampakkan kesan apabila saya melihat sendiri terdapat perubahan ketara kepada dinding-dinding apartment-apartment tersebut.Itu hanya luaran,tetapi dalamannya melihatkan kenaikan 'rating' sehingga 65% untuk penilaian pentadbiran beliau.Rakyat sudah mula merasakan perbedaannya.
- Pas menang dengan majoriti 65 undi sahaja.Kemerosotan yang sangat ketara.Daripada 1300 lebih kepada 65 undi jelas ada sesuatu masalah dalam Pas.Sudah pasti penyokong-penyokong Pas akan mengatakan,menang tetap menang.Persoalan saya,apa beza majoriti 3 kerusi DUN di Perak dan majoriti 65 undi ? Undi rosak 117.Jika dicampur,jelas Manik Urai bukan merupakan kemenangan mutlak Pas.Akhirnya,majoriti tetap menguasai sesebuah kerajaan.Siapa nak dipersalahkan ? Husam atau Ustaz Nasharuddin ? Cukup-cukuplah Ir. Nizar.Redha sahaja kehilangan kuasamu.
- Apapun,tahniah kepada DS Najib,TS MY,Tok Pa & rakan-rakan dalam BN.Sasaran untuk mengurangkan majoriti Pas tercapai sebagaimana Pakatan Pas,PKR & DAP mengurangkan majoriti BN dalam PRU-12 Mac 2008 lalu.Alhamdulillah.Teruskan berusaha.Cari dimana silap & salah kemudian betulkan keadaan.Teruskan janji dengan membina jambatan & janji-janji lain.Manik Urai sepatutnya dilihat sebagai permulaan BN untuk mengembalikan kepercayaan rakyat.
- Cukuplah kerenah politik selama setahun lebih.Fokuskan ekonomi & kehidupan rakyat.A.I,janganlah banyak helah.Jika tidak bersalah,hadapi perbicaraan dengan berani.Dengan diwakili 8 orang peguam hebat-hebat,takkan tidak yakin menang ? Kalau tidak,pergilah bersumpah di mana-mana masjid sebagaimana DS Najib bersumpah tidak mengenali Altantuya apatah lagi meletupkan dia.Cukuplah sandiwaramu A.I.'Justice delayed,justice denied'.
13 June, 2009
Berjeda Sebentar Untuk Satu Penghijrahan
- Sudah lama saya tidak menulis apa-apa kerana sibuk dengan penghijrahan ke tempat baru.Lagipun saya cuba mengambil tempoh rehat daripada tulisan politik untuk sementara kerana 'letih' dengan masalah politik di Perak.Sementara ini,masalah politik di Perak agak reda & hampir usai.Kebanyakkan pihak sudah mula boleh menerima hakikat & keputusan mahkamah rayuan walaupun masih ada mogok lapar & riuh-rendah sana sini.Memakai lilitan hitam 'Bubarkan DUN Perak' di kepala bersama kopiah putih adalah cara baru.Kebiasaannya jika ada kemangkatan anggota diraja,lilitan putih di songkok hitam digunakan sebagai tanda berkabung.
- Walaupun saya berehat seketika,tetapi saya masih menulis dengan berhujah dengan rakan-rakan saya di Yahoo! Group.Masing-masing ada hujah & pendapat masing-masing.Alhamdulillah,hubungan rakan-rakan semenjak di sekolah masih boleh kekal walaupun kami berlainan pendapat & ideologi politik.Malah menyokong sesama kami jika ada yang berjaya menjadi Menteri atau pun Y.B.Tetapi dalam fikiran saya,terdapat satu perspektif baru,tidak kira apa ideologi politik kita,jika rakan anda berjaya mendaki tangga teratas,masing-masing mahu menumpang tuah.Jika ini merupakan satu budaya,maknanya jika dibising-bisingkan isu kronisme adalah satu retorika sahaja.Orang lain tidak boleh buat,kita boleh buat.Tentu akan ada rakan-rakan akan memberi maklumbalas perkara ini.Cuma ini adalah satu perspektif & yang terfikir oleh saya.Bukan bermakna satu tuduhan atau apa-apa anggapan.Lihat yang positif.
- Saya menonton rancangan Spell-It-Right (SIR) anjuran NSTP di TV3 sebentar tadi.Tetapi apa yang saya perasan,bilangan peserta dikalangan bangsa saya boleh dibilang dengan jari.Mengapa ini terjadi.Mengapa kaum-kaum lain lebih ramai menguasai Bahasa Inggeris daripada kaum saya yang mempunyai hampir 65% penduduk di negara ini."Telan mati bapak,diluah mati mak".Jika PPSMI merupakan langkah yang akan membunuh Bahasa Melayu,bukankah langkah memansuhkan PPSMI pula membunuh peluang kepandaian untuk anak bangsa saya.Kedua-dua penting.Saya mahu anak bangsa saya menguasai Bahasa Inggeris disamping mengekalkan penguasaan Bahasa Melayu.Tetapi ada yang menyokong pemansuhan PPSMI,Bahasa Melayu Peringkat Piawai (Standard) nya pun tunggang langgang,bagaimana dia berjuang untuk bahasa.Bagi saya isu ini sengaja dipolitikkan oleh sesetengah pihak terutama Pakatan PKR & PAS.UMNO pula diam seribu bahasa kecuali UMNO Johor yang menyokong pemansuhan PPSMI.Saya telah keutarakan persoalan ini di Facebook Rancangan Diluar Lingkungan Bersama Syed Munawar di TV1,dimana saya berpendapat PPSMI ini dilaksanakan adalah sebagai jalan singkat kepada masalah penterjemahan ilmu-ilmu asing ke Bahasa Melayu yang agak lembab.Perbedaan permikiran antara golongan Aliran Sains & Sastera telah menyebabkan isu diangkat ke satu tahap yang tidak sepatutnya.Jawapan panel saya kira boleh ditonton di Laman sesawang www.dll.my.
- Isu kerajaan perpaduan adalah satu isu kosong.Langkah untuk mengalihkan perhatian & mungkin perangkap untuk PEKEMBAR & BN.Selagi Presiden PAS tidak membentangkan idea Kerajaan Perpaduan,selagi itu PEKEMBAR tidak perlu ghairah memainkan isu ini.Umpama meminang anak dara,jika rombongan meminang tidak membentangkan maksud & butiran pinangan,pihak yang dipinang janganlah bereaksi melampau.Lebih sudu dari kuah.Jika parti-parti komponen BN melihat penyatuan PEKEMBAR & PAS,ini akan menimbulkan perasaan curiga seperti yang dialami DAP apabila mereka juga menentang idea Presiden PAS,malah Karpal Singh juga membuat kecaman keras terhadap Presiden PAS.Saya menyokong satu suara PEKEMBAR & PAS demi kelangsungan umat Islam & Melayu dimana PAS memainkan peranan sebagai penimbang & pemeriksa kepada PEKEMBAR dan sebaliknya.Negara ini masih perlukan pembangkang.Kalau tidak,kita tidak akan tahu kesilapan kita.Cuma bila benda baik,mengaku sahajalah.Jangan putar belit.Jangan taksub dengan pemimpin.Pemimpin datang dan pergi.Tiada pemimpin yang maksum selepas Rasulullah S.A.W.Saya insaf dengan perkara ini.
- PEKEMBAR akan buat pindaan perlembagaan berkenaan langkah untuk bendung rasuah politik pada Oktober 2009 ini.Secara tiba-tiba,hari ini PKR membuat satu Kongres Khas untuk pinda perlembagaan juga untuk membendung rasuah politik di dalam parti ini dengan perlantikan Presiden dibuat terus oleh semua anggota PKR selain menghadkan tempoh Presiden kepada 3 Penggal.Hebat idea ini.Lepas DSWA,AI mungkin ambil alih ? Cuma yang pelik,apa peranan Ketua Umum PKR sekarang ? Siapa pemimpin utama PKR,Presiden atau Ketua Umum ? Bukan ini Nepotisme ? Kenapa jawatan Ketua Umum tidak dihadkan tempohnya ? Orang tidak nampak,tetapi inilah caranya AI nak terus berkuasa.Harapan Baru PKR dengan masuknya Zaid Ibrahim.InsyaAllah pada pemilihan akan datang semua ahli ataupun sekitar 60,000 ahli PEKEMBAR akan memilih terus Presiden dan saf kepimpinannya terus kerana ahlinya lebih 3 juta orang.Langkah mendakwa beberapa pemimpin PEKEMBAR oleh SPRM baru-baru ini akan terus disokong agar masalah rasuah politik ini dapat diminimumkan.Sebab minimum,kerana bohonglah jika tidak ada kempen politik yang tidak melibatkan rasuah ataupun tawaran untuk undi.PAS pun secara tiba-tiba ahlinya bising soal ini dalam Pemilihan di Muktamar PAS baru-baru ini.Ironinya,yang dituduh tewas pula.Renung-renungkan dalam Politik Busuk Hati di kemudian hari.
07 May, 2009
1Malaysia, 2Perak, 3Melayu...
- 1Malaysia,'Rakyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan' adalah slogan baru pentadbiran YAB Perdana Menteri baru.Kalau difikirkan secara positif,positiflah jadinya.1Malaysia bermaksud kita semua rakyat Malaysia adalah bersatu padu sebagai rakyat Malaysia,kepentingan semua rakyat Malaysia didahulukan & pencapaian mereka yang diutamakan.Sebab itu liberalisasi 27 sub-sektor ekonomi kepada pelabur asing saya lihat sebagai permulaan.Tetapi ada juga 'kutu-kutu' yang masih pusing hal ini sebagai benda yang negatif.Kalau fikir negatif,negatiflah jadinya.Malah A.I pun mengatakan slogan ini hanya kosmetik.Adakah Harapan Baru itu bukan kosmetik sahaja ? ADUN boleh disuruh letak jawatan sebab nak sambung belajar,buat Pilihanraya Kecil,membazir duit rakyat yang bayar cukai.Itu agaknya harapan baru.Tidak sedarkah anda sedang diperkotak-katikkan oleh manusia ini.Saya setuju kalau BN tidak bertanding di Penanti.Buang masa,buang duit.
- 2Perak,ada 2 Menteri Besar,sekarang 2 Speaker DUN Perak.Prinsipnya mudah sahaja.Jika anda tahu anda sudah tidak mempunyai majoriti,lepaskan jawatan secara budiman.Ini berlarutan umpama budak-budak berebut kerusi DUN & Speaker.Kalau mahu sangat kerusi,di IKEA berlambak kerusi yang cantik-cantik.Sultan sudah perkenan MB baru,terima sahajalah.Hendak saman-menyaman,berebut kerusi,bertumbuk khabarnya buat apa.Jika pemecatan Nizar tidak ikut perlembagaan,kalau dibuat secara teratur pun,BN ada majoriti.Prinsip asasnya,Nizar tak cukup majoriti.Apa yang rakyat dapat? Melainkan untuk ganggu kerajaan baru.Buang duit jaga keselamatan.Buat Pilihanraya baru buat apa ? Buang duit lagi,buang masa saya nak balik mengundi di Perak,semata-mata PKR & DAP tidak pandai jaga ADUN sampai keluar parti.MEREKA TIDAK SERTAI BN,TETAPI SOKONG BN.FAHAM KE? Tunggu PRU 13,lawan balik kemudian pastikan ADUN-ADUN yang bertanding itu setia.Jaga ADUN sendiri pun tidak mampu,inikan nak memerintah kerajaan negeri Perak.
- 3Melayu.Melayu sekarang secara UMUMnya sudah terbahagi kepada 3 kumpulan yang besar.Melayu yang berjuang untuk UMNO,Melayu yang bertakbir untuk PAS & Melayu yang bermain-main belakang dengan PKR.Tahun 1957,Melayu bersatu dibawah payung UMNO berjuang dapat kemerdekaan,sekarang Melayu terbahagi tiga yang berjuang untuk kekayaan & kekuasaan masing-masing.Sudahlah dengan Ketuanan Rakyat,sedangkan Ketuanan Raja -Raja Melayu pun susah hendak bersatu mempertahankannya.Semua bermain dengan retorik untuk perjuangan perut masing-masing.Adakah selepas teori RAHMAN lengkap,Malaysia sedang menuju ke arah negara Republik.Tanda-tandanya susah ada bermulanya di Perak.Raja tidak lagi dihormati oleh sesetengah pihak yang kononnya berjuang untuk ketuanan rakyat.Sultan pun boleh dimaki & disaman secara terang-terangan,apatah lagi institusi ini akan dihapuskan secara sistematik kelak.
- 4Mati.Saja sebagai tambahan.Orang Cina kata angka 4 ini simbol mati.Akhirnya bila semua formula ini digabungkan,dalam kubur juga kita semuanya.Ini semua hanya permainan duniawi.PAS pun dah tertinggal akhiratnya.Berjawablah kita nanti.
01 May, 2009
Selamat Hari Pekerja 2009
- Hari ini merupakan cuti umum sempena Hari Buruh atau Hari Pekerja.Tetapi apa maknanya jika sambutan hari pekerja dibuat jika pekerja masih ditipu,ditindas,dibuang sesuka hati mahupun diganggu seksual setelah tenaga & usaha dicurahkan bersungguh-sungguh demi kepentingan negara,syarikat mahupun keluarga ?
- Bagaimana agaknya perasaan seorang majikan jika dia boleh & mampu mengabaikan kebajikan pekerjanya ?
- Bagaimana pula jika satu hari nanti majikan menjadi pekerja dan diperlakukan sebegitu juga ?
- Bagaimana pula pekerja yang kuat tidur ataupun suka curi tulang mahupun makan gaji buta ? Layakkah mereka menyambut hari pekerja ?
- Ada rakan menyatakan,jika hari ini hari pekerja,sepatutnya majikan terus bekerja.Tiada siapa yang menyambut hari majikan.Jadi majikan perlu terus bekerja.Hehehe...
- Apa-apa pun yang kita lakukan,kepentingan pekerja penting kerana mereka adalah nadi penggerak kemajuan sesebuah negara,syarikat mahupun keluarga serta kekayaan majikan.
- Selamat Hari Pekerja 2009.
11 April, 2009
Engagement Day....11 April 2009
Today, Alhamdulillah its another step in my life.I was mean to engage to my childhood admirer.Thank you to everybody who help me a lot gone through this wonderful moment.This ceremony shows that the 'adat' still prevail.If not us,as young people,who else to preserve this heritage.Afterall we are still Melayu.May Allah bless us.
P/S : Gambar tak boleh banyak-banyak.Hehehe...
P/S : Gambar tak boleh banyak-banyak.Hehehe...
Subscribe to:
Posts (Atom)



