21 November, 2008

Diam & Pertikai...

Lama saya tidak menulis.Disebabkan kesibukan tugas harian & masalah internet di pejabat.Hampir sebulan masalah ini berlarutan.Isyarat internet itu ada,tetapi tahap isyarat amat rendah.Sebarang laman web tidak dapat dibuka.Justeru itu saya membuat panggilan kepada pembekal khidmat internet (ISP).Petugas ISP tersebut mengatakan tiada masalah berdasarkan isyarat di ibu pejabat.Beliau menyatakan mungkin masalah sambungan kabel dipejabat ataupun alat splitter.Setelah splitter & kabel digantikan,keadaan masih sama.Setelah pihak kami siasat,sebenarnya isyarat ke kawasan pejabat itu memang ditahap yang amat rendah,hampir kepada tiada isyarat.Banyak sumpahan telah dikeluarkan keatas ISP tersebut.Jadi siapa yang harus dipertanggungjawabkan ? CEO nya ataupun petugas yang menjawab panggilan tersebut ? Ini masalah kecil sahaja.Di zaman serba canggih ini masih berlaku lagi keadaan serupa begini.Perkhidmatan masih di tahap dunia ketiga.Pengguna masih membayar untuk perkhidmatan yang tidak sempurna.Bagi saya takkan peringkat CEO barulah perkara ini boleh diselesaikan.Sedangkan petugas bawahan dibayar gaji untuk menyelesaikan perkara-perkara kecil ini.Kadang-kadang kita mudah mengambil sikap sambil lewa kerana kita menghadapi masalah ini setiap hari,dan merasakan masalah ini mudah ditangani.Jika tidak, serahkan kepada pihak atasan untuk selesaikan masalah tersebut kerana mereka dibayar gaji lebih mahal.Kebanyakan orang kita lebih suka menyelesaikan masalah secara pukul rata dan amat jarang masalah ditangani secara terperinci.Kita juga mudah mempercayai fitnah-fitnah yang dilemparkan tanpa meneliti fakta sebenar dan logiknya sesuatu fitnah.Perkara ini sepatutnya tidak berlaku.Orang bawah memainkan peranan orang bawah dan orang atas memainkan peranan orang atas.Cerita ini sama juga seperti kepimpinan hari ini.Orang bawah tidak memainkan peranan orang bawah.Semua ingin jadi orang atas.Tetapi tugas di peringkat bawahan tidak dilaksanakan,bising kepada orang atas.Kita boleh lihat senario ini dipejabat kerajaan.Permohonan masih tidak diproses walaupun kita berulang kali ke pejabat berkenaan untuk mengetahui status permohonan tersebut.Bila tak selesai,orang atas pula dipersalahkan.Akhirnya,duit dihulur untuk mempercepatkan proses permohonan tersebut.Laju pula prosesnya.Kita bercakap mengenai rasuah,tetapi yang dibawah itu terus menyuburkan rasuah.Lebih banyak masa dihabiskan di kantin-kantin,kedai mamak semasa waktu kerja untuk bersembang,mengutuk itu tak betul,ini tak betul,sedangkan tugas diberikan tidak dilaksanakan.Justeru kerajaan dipersalahkan.Jika kita dalam satu struktur pertubuhan mahupun kerajaan,jika kita tidak melaksanakan tugas kita dengan cepat & cekap,jangan membuang masa merungut kerajaan itu tidak betul,kerajaan ini tidak betul.Ya,ada yang menyalahkan pemimpin kerana bersikap demikian,tetapi kalau kita buat perkara yang sama,kita sama sahaja.Kemudian kita menyalahkan pemimpin,kerajaan itu tidak betul,sedangkan kita pun sama sahaja.Akhirnya siapa yang betul ? Saya bukan mempertikai keseluruhan perkhidmatan awam,syarikat perkhidmatan,ada disetengah-setengah tempat,tahap kecekapan amat tinggi.Dan saya melihat pekerja disini kurang merungut & membuang masa di kantin atau kedai mamak bersembang.Sudah jadi resam dunia,manusia yang banyak bercakap tak tentu hala,kuat merungut,memang kurang melaksanakan tugas.Lebih mudah untuk bercakap daripada melaksanakan sesuatu perkara.Lebih mudah untuk mengutuk daripada mengetuai satu pasukan untuk melakukan perkara berfaedah.Lebih mudah menuntut pengorbanan orang lain sedangkan kita sendiri tidak sanggup berkorban.Renungkan dalam diri kita.Wallahualam...Lu fikirlah sendiri...

1 comment:

Mal said...

Salam bro lama tak muncul,selalu juga kena mcm tu kt pejabat..