25 November, 2008

Wang,Rasuah & Kalah

Tun Dr. M telah bersuara mengenai rasuah,politik wang dan sogokan dalam UMNO malah kerajaan.Beliau mengakui zaman pentadbiran beliau perkara ini sudah wujud.Lebih-lebih lagi pada zaman pemilihan UMNO 1988 dan era 90-an.Tetapi beliau mempunyai satu fakta yang penting,pengundi tidak menolak UMNO & BN dalam pilihanraya 86,90,95,99 dan 2004.Malah 2004,BN capai kemenangan paling besar.Bagaimana boleh sokongan boleh merosot teruk dalam masa 4 tahun di 2008 ? Cuba kaji siapa pemimpin paling popular zaman 90-an ? Siapa yang mempunyai paling banyak kroni ? Orang itu sekarang telah dikeluarkan oleh UMNO,sekarang pemimpin utama pembangkang.Sekarang beliau bercakap pula tentang ketelusan,tiada rasuah.Geli hati sungguh saya mendengar bicara beliau.Semasa dalam UMNO,semua ahli UMNO tahu siapa yang menyuburkan rasuah,politik wang ini semata-mata mahu jadi Perdana Menteri.Hakikatnya Allah S.W.T lebih berkuasa menentukan takdir Perdana Menteri Malaysia hari ini.

Ahli UMNO terus menyuburkan politik wang ini.Memang betul wang itu penting.Kalau tiada wang bagaimana kerja-kerja parti hendak dijalankan.Hatta parti pembangkang pun perlu wang untuk membiayai perjalanan parti tersebut.Tanyalah A.I mana dia dapat duit sebanyak itu untuk biayai poster pilihanraya lebih banyak berbanding UMNO di Permatang Pauh.PAS pun menggunakan wang untuk membiayai PASTI,mengutip derma melalui ceramah-ceramah mereka,penjualan CD ceramah mereka.Semuanya memerlukan wang.Bohonglah kalau tiada siapa sukakan wang.Saya nak mengendalikan 2 pertubuhan ini pun memerlukan wang.Malah duit poket sendiri pun banyak dikeluarkan.Tetapi persoalannya,jika kita terlampau dan melampaui batas dalam mencari kuasa dan jawatan,nescaya kepercayaan rakyat akan terhakis.

Memang penggunaan wang terlalu berleluasa dalam Pemilihan UMNO kali ini.Ada yang tidak segan silu membicarakan jumlah yang diperolehi hasil wang sogokan kali ini.Malah ada bahagian berlaku pula penyelewengan proses pemilihan.Bagaimana UMNO dan BN ingin mendapatkan kepercayaan rakyat semula,jika perkara-perkara ini berlaku ? Rakyat juga sedang memerhati perkara ini.Sehingga kini,pembangkang pun masih belum menunjukkan satu alternatif yang baik kepada kerajaan hari ini.5 negeri yang ditawan pun tiada matlamat & wawasan yang jelas untuk membangunkan negeri masing-masing.Isu papan tanda jalan,projek ternakan babi,kuota Bumiputera dikurangkan,perlantikan bukan Bumiputera dalam agensi kerajaan,peruntukan sekolah Cina dan Tamil,anti-ISA dan nak ambil alih kerajaan pusat yang diperjuangkan.Apa yang lebihnya dan bagusnya kerajaan baru ini? Sedangkan ada dikalangan mereka pun sudah berlumba-lumba mula mengaut dan mencari kekayaan hasil negeri.Balak,kontrak-kontrak negeri semua sudah diagih-agihkan.Malah ada ahli PR yang menggunakan ahli UMNO untuk mendapatkan kontrak & konsesi hasil bumi negeri masing-masing.Bagai si kaduk naik junjung,si kudung mendapat cincin.Jadi apa bezanya BN & PR ? Masing-masing pun ada kepentingan masing-masing. Semua perlukan wang untuk memastikan kelangsungan diri masing-masing,parti masing-masing.Saya kasihan kepada mereka yang terlalu taksub kepada pemimpin mereka seolah-olah tiada keburukan.Mereka tidak nampak bala yang sedang menanti mereka.Tahap kebencian mereka sudah tertanam.Tiada kebaikan BN langsung UMNO/BN selama ini.Apa yang diinginkan mereka ? Anti-establishment ? Itu yang saya nampak dikalangan pengundi muda hari ini.
Memang mereka jelak dan benci perlakuan ahli & pemimpin UMNO/BN.Perebutan kuasa,politik wang,rasuah,angkuh dengan kuasa pemimpin,menyalahgunakan kedudukan mereka & menyisihkan golongan profesional muda demi kedudukan mereka tidak digugat.Barulah terhegeh-hegeh nak kutip kami-kami ini.Perkara ini berlaku dimana-mana.Tetapi negara kita tetap maju.Jepun,U.S,Eropah,China,ASEAN semua menghadapi masalah rasuah & penyalahgunaan kuasa pemimpin mereka.Malah Ketua Pembangkang pun disabitkan kesalahan penyalahgunaan kuasa.Liwat saya tak tahulah.

Bukan bumiputera ketika ini sedang dalam mode meminta itu dan ini.Hak sama rata.Malaysian Malaysia.Bumiputera pula bising mempertahankan hak dan keistimewaan mereka.Dimana silapnya ? Sejak merdeka hanya tahun 1969 terjadinya isu perkauman yang ketara.Selepas itu,hanya 2008 isu ini kembali.Berapa ramai orang Melayu/Bumiputera mengalibabakan kontrak mereka,menjual tanah rizab kepada bukan Bumiputera,tidak berusaha bersungguh dalam perniagaan,tidak bersatu dalam masyarakat dan perniagaan,malah pencapaian anak-anak Melayu di sekolah bagaimana ? Malah dalam hal agama pun berbalah.Memang mudah menyalahkan pemimpin diatas korup,tidak bantu tetapi kita dibawah semasa di sekolah banyak main semasa belajar,anak-anak Cina bertungkus lumus,bila dapat kontrak jual kepada mereka juga,menjual tanah kepada mereka juga.Tetapi pernah kita terfikir bagaimana mereka kaum Cina mempunyai wang yang banyak dan berjaya dalam pelbagai bidang ? Mereka menuntut itu dan ini kerana mereka merasakan mereka berusaha keras dalam membangunkan negara ini.Orang Melayu banyak mensia-siakan peluang yang diberi dalam DEB.Yang disalahkan pemimpin juga.Kalau tak suka kepada pemimpin,tunjukkanlah contoh yang baik,berusaha bersatu padu membantu sesama kaum,belajar bersungguh-sungguh dan jangan hasad dengki dengan kejayaan bangsa sendiri.Bila ditegur melatah.Disalahkan pengundi yang terus memilih kerajaan hari ini.Bodoh sombong dengan diri sendiri.Menang sorak negara tergadai.Sejarah dilupakan.Akhirnya hilang panduan untuk masa depan dan orang Melayu terus ketinggalan akibat perbuatan mereka sendiri.Sejarah Melaka telah menjadi bukti.Hampir 450 tahun dijajah akibat tidak bersatu padu.Soalan saya,jika PR sebagai alternatif kepada kerajaan hari ini kemana negara ini hendak dibawa ? Rusuhan,orang Melayu merempat di negara sendiri,projek babi,papan tanda jalan & mansuh ISA,adakah negara ini akan terus aman,makmur ? Adakah pelabur asing akan tertarik dengan demonstrasi ISA,dengan pelbagainya bahasa papan tanda jalan ? Dimana kaedah dan cara-cara untuk bangunkan pendapatan rakyat ? projek babi ? Yang saya nampak mencari kesalahan kerajaan dahulu.

Saya berusaha cuba membangunkan ekonomi orang dan bangsa saya melalui 2 pertubuhan yang saya ketuai.Peluang & rangkaian perniagaan dan membantu anak-anak melayu di sekolah.Tetapi sehingga kini tidak ramai orang-orang sekaum saya mengambil peluang.Walaupun nampak kecil,tetapi biarlah kita mula dengan yang kecil.Ada yang mahu,sejelepuk yang besar baru nampak bagus kata mereka.Jadi bagaimana nak bantu jika mereka sendiri tidak mahu menerima dan menolak bantuan yang kecil ? Mungkin usaha saya & rakan-rakan belum cukup.Jadi apa guna bising-bising sedangkan kita sendiri tidak mahu berusaha & ambil peluang.Memperkecilkan usaha-usaha murni untuk bantu mereka.Buat tidak mahu,kritik dan komen pandai.Itulah kebanyakkan orang saya.Dengki kepada yang berusaha & berjaya.Sedih,tetapi itu hakikat.Saya akan teruskan apa yang sedang dibuat dan akan dibuat.Jika seorang pun berjaya,itu pun cukup baik.

Kepada ahli UMNO pilihlah pemimpin yang betul-betul ikhlas,tidak tamak,jujur dan amanah.Kepentingan ramai adalah lebih utama daripada kepentingan sendiri.Kalau tidak mahu ditanya di bawah tanah nanti,ubahlah persepsi rakyat.Kepada penyokong yang taksub,ingatlah tiada pemimpin atau parti yang sempurna.Kepada diri sendiri,insaflah.Iqra'..Wallahualam.

No comments: