08 September, 2008

Menangani Penyakit

Selepas sahur pagi tadi,saya tertengok rancangan di TV3,Laman Nurani yang membicarakan tentang Menangani Penyakit.Dato' Dr Fadzilah Kamsah merupakan penceramah rancangan tersebut.Saya tertarik hati tentang bagaimana sesuatu penyakit itu boleh terjadi kepada seseorang.
Menurut beliau minda yang positif adalah penting bagi kesihatan seseorang. Rasulullah S.A.W juga pernah bersabda bahawa penyakit datang daripada hati.Jika hati itu bersih,bersihlah seluruh anggota badan dan sebaliknya.Menurut kajian saintis, 1 daripada 65 orang yang mempunyai sifat pendam,menyimpan dendam,sakit hati ataupun sukar memaafkan orang lain,mereka ini terdedah kepada penyakit kanser.
Selain itu,mereka yang bujang atau tidak berkahwin lebih mudah mendapat penyakit berbanding mereka yang berkahwin serta wanita lebih mempunyai daya tahan terhadap penyakit berbanding lelaki.Oleh sebab itu,Rasulullah S.A.W pernah bersabda di akhir zaman perempuan lebih ramai daripada lelaki.Sentuhan tangan yang ikhlas dan sering berzikir turut juga boleh mengurangkan penyakit seseorang.Tiada penyakit yang tidak boleh diubati.Adalah penting untuk terus berusaha mencari penawar sama ada moden ataupun tradisional.Makanan yang dimakan juga amat penting dikawal.Salah satu faktor untuk mengelakkan penyakit adalah cara hidup.Disiplin tidur,makan dan minum.Selain itu,bersenam.
Walau bagaimanapun dalam zaman ini,perkara-perkara ini amat sukar dilakukan memandangkan faktor kerja yang tidak menentu.Tetapi jika dapat dilakukan secara minimum pun,sudah cukup baik.
Penyakit adalah kifarah terhadap dosa-dosa kita di dunia.Jika kita mendapat sesuatu penyakit,terima dengan redha,berusaha untuk mencari penawar dan ubahlah cara hidup selepas sakit.Jika tidak,sia-sia sahaja Allah S.W.T menurunkan penyakit kerana kita tidak dapat belajar daripada kesilapan dan dosa-dosa kita. Semoga kita masih mendapat rahmatNya. Wallahualam.

No comments: