24 March, 2010

Benar & Sabar

Sesungguhnya sabar itu separuh dari iman.
Sesungguhnya yang benar itu tetap benar,yang salah tetap salah.
Sesungguhnya dosa memfitnah itu lebih besar dari dosa membunuh.
Sesungguhnya apabila silap kembali ke pangkal jalan,pintu taubat masih terbuka.
Sesungguhnya apabila 1 jari menunding salah ke orang lain,4 jari lain akan menunding diri sendiri.
Sesungguhnya kamu boleh membohongi semua orang pada satu-satu masa,tetapi tidak setiap masa kamu boleh membohongi semua orang.
Sesungguhnya bila takut,keluarlah dewan.

  1. Alhamdulillah,akhirnya 3 dari 4 orang MP PKR keluar parti.Kalau diikutkan,2 sahaja yang keluar.Dengar cerita MP Bagan Serai telah dilucutkan keahliannya dahulu.Walau apa-apa pun 4 MP PKR tidak bersama lagi dengan PR.Dengar cerita ramai lagi akan keluar.
  2. Mereka keluar atas pelbagai alasan tidak puas hati.Tapi yang utama adalah mereka tidak lagi sanggup bersekongkol dengan pelbagai perkara yang tidak baik & songsang.
  3. Setelah keluar banyak pula kebenaran & keburukan didedahkan.Pelbagai pendapat dikemukakan sama ada baik atau salah.Dengan rancangan rampasan Putrajaya 916,tawaran akuan sumpah palsu kes Altantuya & pelbagai lagi didedahkan,akhirnya semakin lama semakin kebenaran itu terserlah.
  4. Cuma bagi puak-puak yang sangat taksub,tidak mudah menerima perkara ini.Agak pahit untuk ditelan.Ada yang mula tidak berminat bicara tentang politik,ada yang bermati-matian pertahankan dengan menuduh & mereka cerita ini semua fitnah,ada yang mengakui ini perkara buruk tetapi itulah politik kata mereka,ada pula yang blocked & unfriend saya dalam Facebook & mula membuat pembunuhan karektor & kredibiliti seseorang yang mengkritik & memberi pandangan yang berbeza dengan mereka.Kebebasan bersuara bukan menuduh beb.Bukti jelas didepan mata.Kritikan melalui perspektif yang berbeza.
  5. Walau apapun yang dibuat & dituduh,saya memuji kepada YAB PM yang terus bersabar dengan pelbagai fitnah & tohmahan.Akhirnya sedikit kebenaran mula terserlah hari ini.Dengan pencapaian ekonomi semakin pulih & keadaan negara semakin stabil,saya berdoa agar YAB PM terus diberi petunjuk & panduan untuk memimpin negara.Melalui cerita yang agak peribadi tentang YAB PM sejak 10 tahun dahulu,saya tahu beliau seorang yang sangat sabar,dan perlantikan beliau sebagai PM tahun lalu membuktikan kesabaran beliau akhirnya berbaloi.Beliau tidak gopoh untuk ke Putrajaya.Sesungguhnya jawatan itu tidak akan diperolehi tanpa izinNya.Kun Faya Kun.
  6. Saya berharap juga beliau ambil tindakan tegas keatas pemimpin-pemimpin sama ada pembangkang atau BN sendiri yang cuba menggugat keharmonian negara ini.Pemimpin BN yang tidak buat kerja,tidak jujur & beretika harus diambil tindakan.Jangan seperti puak sebelah sana,pemimpin utama melakukan pelbagai kemungkaran,mati-mati dipertahankan.Salah tetap salah,bila bukti ada,bicaralah dahulu.Jangan tangguh-tangguh.
  7. Sekarang ini,pemimpin utama itu,bilangan ahlinya tidak cukup,lepaskanlah jawatan.Jangan gila jawatan.Bukan boleh dibawa kebawah sana.Dihitung lagi.
  8. Sekali lagi saya tegaskan,saya amat2 berharap PEKEMBAR & PAS bersatu dalam perkara yang satu,berbeda dalam perkara yang lain sebagai timbang check & balance.Kadang-kadang penyokong yang lebih-lebih,pemimpin diatas elok berpeluk tanda hormat & pemahaman.Politik muafakat,bukan politik menyakat.Dalam PAS pun berpecah dua puak.Jangan menunjukkan aku lebih bagus dari orang lain sedangkan kita sama-sama perlu memerlukan antara satu sama lain.
  9. Akhirnya kesabaran itu akhirnya membawa kepada kebenaran.Kebenaran akan menidakkan kebatilan.
P/S : Hentikanlah konsep 'aku buat boleh,orang lain buat tak boleh' & 'aku sahaja betul & orang lain tak betul'.Bila kena batang hidung sendiri,baru tahu sedap ke tidak penangannya.

02 February, 2010

Jurujual Jual Agama Untuk Dapat Undi

  • Kita dikejutkan dengan keputusan Mahkamah Malaysia yang Adil yang membenarkan penggunaan kalimah Allah S.W.T untuk penerbitan Bahasa Melayu agama lain.Kementerian Dalam Negeri sudah membuat rayuan terhadap keputusan itu.Walau bagaimanapun,saya ingin membongkar cerita seorang jurujual yang hebat yang hanya memikirkan keuntungan di dunia ini sahaja.
  • Saya mengulas bukan tanpa bukti.Bersama-sama ini saya sertakan beberapa rakaman video untuk dijadikan asas ulasan dimana untuk menunjukkan siapa sebenarnya yang mempolitikkan isu ini untuk kepentingan peribadi.


Selepas pemimpin ini menghujahkan dalil-dalil palsu,akhirnya pemimpin ini minta untuk sokongan undi pemimpin-pemimpin agama lain untuk partinya.Bukan minta tolak ansur & tidak tahu menjaga sensitiviti masyarakat Islam di kampung-kampung di luar sana.Tiada perbincangan antara agama yang dianjurkan oleh beliau,tetapi meminta kerajaan pula mengadakannya.





Ini lagi satu retorik dihadapan penyokongnya yang bukan Islam.Akhirnya yang diminta,sokongan undi juga.






Video ini pula menuduh kerajaan BN/Pekembar mempolitikkan isu ini pula.Dia buat perhimpunan provokasi polis supaya ambil tindakan dan salahkan polis ganas,kalau perhimpunan aman tidak mengapa.







Dan video ini pula,pembongkaran ikhlas daripada YB Zulkifli Nordin (MP PKR).Beliau menentang isu penggunaan kalimah Allah oleh agama lain ada asasnya.Beliau mengemukakan bukti & pernah menunjukkan bukti-bukti gerakan terancang agama lain untuk mengelirukan umat Islam khususnya kanak-kanak Islam kepada pemimpin parti ini.Apa tindakan pemimpin ini ? Malah memberi sokongan kepada agama lain tanpa memikirkan kesan kepada anak-anak Islam dimasa hadapan semata-mata mahu meraih undi & sokongan untuk menjayakan cita-cita beliau ke Putrajaya.

  • Siapa yang sebenarnya mempolitikkan isu ini ? Yang beria-ria menentang isu ini adalah ahli parti beliau.Yang membuat laporan polis terhadap MP lain dalam PR,ahli parti beliau juga.
  • Sedarlah kita wahai umat Islam.Cukuplah kita dicerai-ceraikan.Apabila soal agama pun tidak dapat menyatukan kita,tunggulah saat kemusnahan.Dunia akhir zaman.Untuk PAS,soal akhirat dimana ? Asyik royalti minyak sahaja,fikirkan soal dunia ke sahaja ?
  • Saya menyokong ketegasan YB Zul Nordin walaupun berbeza fahaman parti.Soal Islam seharusnya menyatukan umat Islam dalam mempertahankan Islam & daripada diperlekehkan.Cukuplah Islam dihina banyak tempat di dunia ini akibat perbuatan pemimpin-pemimpin politik yang lebih mementingkan dunia & berselindung disebalik wajah-wajah ulama & agamawan.
  • Kerajaan perlu tegas dalam menangani isu ini.Isu ini boleh menggugat keharmonian rakyat yang telah dibina lebih 50 tahun.Jangan takut hilang undi,takutlah soalan dibawah nanti.
  • "Ya Allah,selamatkan umat Islam di negara ini & seluruh dunia daripada pemimpin-pemimpin yang hanya bertopengkan Islam yang bersekongkol dengan musuh-musuh Islam demi kepentingan mereka sahaja.Kurniakan taufik & hidayah kepada pemimpin-pemimpin yang jujur,walaupun tidak sempurna ilmu mereka,berikan mereka panduan untuk membawa negara ini kepada keamanan & kemakmuran yang Engkau redhai.Amin"

25 January, 2010

Buta Hati


  1. Inilah Orang Melayu yang dah senang sikit,bijak sikit tapi hilang adab & sopan...Semata-mata pemikiran yang logika tapi buta hati...Inilah akibat ada pemimpin yang mengajar kebiadapan semata-mata pemikiran berdasarkan logik tanpa ada perasaan kasih & sayang..Budi bicara dah hilang...Ini sikap angkuh & takbur..Apa perasaan dia jika dia mati dihina oleh bangsa Melayu kerana menghina Raja-raja Melayu ? Biar Allah S.W.T (Allah Yang Esa Yang Menurunkan Islam) yang menilai manusia itu...

  2. Diatas adalah petikan posting saya di Facebook.Setelah membaca apa yang ditulis itu dengan perasaan angkuh & biadap,saya berasa sedih.Manusia yang diciptakan oleh Allah S.W.T yang berdarah Melayu boleh bersikap demikian.Siapa pun orang itu,adalah kurang molek jika orang yang meninggal dihina sebegitu rupa.
  3. Jika dia pula meninggal dan selori hinaan dibuat keatas dirinya itu,apakah perasaan dia,keluarga dia ? Jika ini dibenarkan,ia akan jadi satu budaya,dari keturunan ke satu keturunan akan dihina apabila orang itu meninggal dunia.
  4. Islam tidak ajar untuk menghina orang apatah lagi menghina orang yang meninggal dunia.Nabi Musa A.S sendiri tetap menghormati Firaun yang telah membela beliau walaupun kufur kepada Allah S.W.T.Islam mengajar kita,menghormati orang lain.Kita pun dituntut untuk memaafkan orang yang telah meninggal dunia.Cuma saya tak pasti,apa kesalahan yang telah dilakukan terhadap orang ini sampai dia bersikap kurang ajar begini.Anak siapalah ni ?
  5. Cuma saya melihat orang Melayu hari ini yang senang sikit,bijak sikit mula bersikap angkuh & sombong atas kelebihan sedikit yang diberikan Allah S.W.T.Jika tidak ada pemimpin yang menunjukkan perlakuan ini sudah pasti perkara ini tidak berlaku.Budaya merusuh,membakar sana sini,menghina orang,mencaci,memijak & mengoyak gambar-gambar pemimpin,siapa yang mempelopori budaya ini ?
  6. Hinaan yang dibuat atas pemikiran logika telah menghakis nilai-nilai adab & kesopanan sebagai orang Melayu.Allah S.W.T telah mengurniakan kelebihan orang Melayu dengan adab lemah lembut & sopan santun yang tidak dimiliki oleh bangsa lain.Sebab itu,Allah S.W.T menciptakan manusia dengan pelbagai bangsa & budaya untuk saling kenal mengenali.
  7. Tetapi sejak akhir ini,ada orang Melayu malu mengaku diri mereka Melayu.Mereka lupa kelebihan yang Allah S.W.T berikan kepada mereka selaku orang Melayu.Mereka kononnya berjuang demi Islam,tetapi lupa Allah S.W.T itu Maha Berkuasa & Bijaksana yang menciptakan Melayu itu ada sebabnya.Islam itu tidak jumud & mengajar kita adab & sopan yang sinonim dengan orang Melayu.
  8. Orang Melayu sekarang ini menjadi contoh yang baik sebagai pekerja Profesional & Pengurus yang sangat dihormati di Timur Tengah.Mereka melihat orang Melayu yang beragama Islam yang jujur,setia,bersopan & bersungguh-sungguh.Ramai orang Melayu mengetuai syarikat-syarikat besar di di negara-negara Arab seperti Dubai,Abu Dhabi,Riyadh berbanding bangsa-bangsa lain.Itu kualiti yang Allah S.W.T berikan kepada orang Melayu.
  9. Zaman ini,ramai nak jadi Tuhan.Mereka mudah menilai orang & merasakan diri mereka sentiasa lebih bijak,lebih "betul",lebih kaya,lebih baik & lebih segala2nya dari orang lain.Jika tidak, kenyataan Facebook diatas tidak akan dikeluarkan oleh orang Melayu.
  10. Mereka lupa,ini adalah peluru-peluru yang akan digunakan oleh musuh-musuh Islam & Melayu untuk terus menghina Islam & menggugat hak-hak Melayu.Mereka ini adalah kurang bijak diatas kebijakkan mereka. Adakah mereka ini boleh digelar Si Kitul ? Fikir-fikirkan lah....
  11. Manusia memang mudah melihat satu titik hitam berbanding kertas putih yang besar.
  12. Al-Fatihah...

Bakar Membakar

  1. Baru-baru ini kita dikejutkan oleh isu bakar membakar.Sama ada membakar rumah-rumah ibadah mahupun membakar sentimen keagamaan & perkauman.Siapa yang mula dan siapa yang harus dipertanggungjawabkan ?
  2. Kita semua mungkin bersetuju bahawa ahli politik sedikit sebanyak dapat membantu kita dalam pelbagai urusan khususnya kebajikan.Sama ada surat sokongan,pengaruh kepada pegawai-pegawai kerajaan yang dapat memudahkan urusan harian,jaringan hubungan untuk mendapatkan pekerjaan & peluang perniagaan mahupun pendidikan,ahli politik juga sedikit sebanyak memainkan peranan.Sama ada ahli politik BN mahupun PR mahupun Bebas banyak membantu kita melalui pelbagai sumbangan.
  3. Melalui itu kaedah itu,mereka meraih undi sebagai wakil rakyat.Kalau dahulu rakyat mengundi berdasarkan parti yang dipertanggungjawab membangunkan negara,kini trend terbaru adalah undi kepada personaliti ahli politik tersebut.Jika rajin bersama rakyat,mahupun mempunyai wakil yang mampu melaksanakan tugas Wakil Rakyat (khususnya Menteri-menteri) dengan baik sudah pasti mereka akan dapat terus berkhidmat sebagai Wakil Rakyat.Jika sebaliknya,jarang menunjukkan muka,sombong,angkuh dan hanya memilih bulu, sudah pasti mereka hanya menunggu masa untuk ditamatkan riwayat politik mereka oleh pengundi.
  4. Walau bagaimanapun,trend terkini yang agak menggerunkan adalah keupayaan ahli politik membakar sentimen keagamaan & perkauman untuk meraih undi & usaha-usaha untuk menjatuhkan kredibiliti pihak lawan.Bagi saya,ini sudah keterlaluan.Mereka sanggup melihat negara ini jadi kacau bilau agar kerajaan yang ada hilang kredibiliti untuk mentadbir negara ini dan menunjukkan kepada rakyat bahawa mereka lebih layak mentadbir negara ini.
  5. Gerakan ini telah bermula sejak hujung dekad lalu.Kekacauan & ketidakstabilan politik dicetuskan dengan tujuan itu.Syukur,kepimpinan yang lalu lalu mampu menangani masalah ini. Walau bagaimanapun sejak setengah dekad ini keadaan ini seolah-olah tidak mampu ditangani dengan berkesan oleh kerajaan.Saya bimbang,jika keadaan ini tidak ditangani secara tegas,kestabilan & keharmonian kaum yang ada akan tergugat.
  6. Buktinya insiden bakar membakar ini.Ahli Politik yang membakar isu penggunaan kalimah Allah oleh agama Kristian,ada yang menyokong ada yang menentang.Mahkamah telah membuat keputusan,walau bagaimanapun rayuan telah dibuat oleh KDN.Isunya bukan penggunaan kalimah ini,tetapi sikap ahli politik yang berbangsa Melayu & beragama Islam yang menyokong ini menimbulkan sedikit kegusaran & memberi peluang kepada agama lain menunjukkan ketidaksepakatan umat Islam dalam mempertahankan agama Islam itu sendiri.Dan jelas,sokongon itu dibuat bertujuan meraih undi semata-mata.Islam mengajar umatnya supaya mempunyai pertimbangan dibuat demi keamanan.Jika minoriti mengatasi majoriti sudah pasti ketidakstabilan berlaku.Sejarah dunia telah membuktikannya.
  7. Dengan ahli politik mengeluarkan sokongan itu,timbullah insiden membakar rumah-rumah ibadat ini.Timbul isu tuduh menuduh puak itu puak ini mendalangi insiden ini.Cuma pendapat saya,jika isu ini dicegah awal,tidaklah insiden-insiden ini timbul.Mencegah itu lebih baik dari mengubati.Itu perlunya ISA.Tetapi seperti saya katakan awal tadi,mekanisme pertahanan kerajaan telah dijadikan isu untuk dilumpuhkan.Seolah-olah jika kerajaan menggunakan mekanisme ini,kerajaan dituduh zalim & akan hilang undi.Kenapa perlu takut jika mekanisme ini mampu mengawal & memastikan keamanan negara?
  8. Apa-apa pun,usaha-usaha untuk bakar membakar ini perlu dihentikan.Dan ahli politik perlu mencari titik pertemuan.Bukan menunjukkan diri "aku lebih bagus dari engkau" walaupun jelas "engkau pun tidaklah bagus seperti yang orang harapkan".Yang penting KERJA SAMA.Yang untung rakyat.Tetapi demi takhta,harta & wanita manusia sanggup berbunuhan.Apa boleh buat,A.I nak sangat.
  9. Kita sudah lihat,bila masalah timbul dalam kerajaan disini,pihak sana akan cepat menghentam malah mengambil peluang meraih undi & juga peluang perniagaan untuk mereka.Tetapi apabila berlaku perkara yang hampir sama dipihak mereka,baru mereka tahu akibatnya.Cuma pihak disini lambat ambil peluang untuk meraih undi kerana memikirkan sensitiviti rakyat.Contohnya insiden Kuala Dipang,Perak & Perahu Naga di Pulau Pinang.
  10. Hendak jadi ahli politik ini bukan senang kecuali ada Bapak Mertua.Hehehe.

14 January, 2010

Terima Kasih


  1. Saya ingin mengucapkan terima kasih & merakamkan penghargaan kepada semua yang terlibat menjayakan majlis perkahwinan saya,yang hadir memeriahkan majlis & mereka yang memberi ucapan & doa kepada kami berdua.
  2. Kepada yang tidak dapat hadir atas pelbagai sebab yang tidak dapat dielakkan,terima kasih atas ucapan anda.Doakan kebahagiaan kami sudah mencukupi.
  3. Saya ingin juga memohon maaf atas sebarang kekurangan dan ketidakselesaan sepanjang majlis ini berlangsung.Semua perkara ini jika ada adalah tidak disengajakan.
  4. Alhamdulillah semuanya sudah selesai dan sudah tiba masanya kita beranjak ke arah kehidupan yang lebih bermakna dan mencari nilai kebahagiaan yang diredhainya.
  5. Terima Kasih.

31 December, 2009

Selamat Tahun Baru 2010

  1. Telah lama saya tidak menulis.Ini disebabkan kesibukan dalam membuat persiapan menjelang Tahun Baru 2010 & melangkah ke alam kehidupan serba baru.Pastinya sangat berbeza.
  2. Bila 2 hati bersatu,sudah pasti ia saat-saat yang sangat indah.Walau bagaimanapun,kadang-kadang kita harus akui,bukan semuanya kehendak kita sama.Justeru itu,perlulah ada tolak ansur.
  3. Begitu juga dengan perpaduan rakyat Malaysia.Masing-masing terdiri daripada pelbagai latar belakang yang berbeza.Melayu,Cina,India,Sikh,Kadazan,Iban dan lain-lain lagi mempunyai budaya & adat resam berbeza,malah dikalangan orang Melayu pun masih terdapat pelbagai-bagai budaya & adat resam.Cuma yang menyatukan mereka adalah semangat Melayu itu sendiri,malah kaum Cina pun begitu.
  4. Telah banyak yang berlaku dalam Malaysia ini sepanjang Tahun 2009 ini.Malah kita harus tidak lupa,asas-asas perpaduan rakyat Malaysia telah tergugat sejak beberapa ketika.Justeru itu,PM telah melancarkan gagasan 1Malaysia,yang menitik beratkan kerjasama dalam persamaan.Bukan melihat kepada perbedaan yang ketara & meletakkan Perlembagaan Malaysia sebagai asasnya.
  5. Begitu juga dengan alam perkahwinan.Perkahwinan lebih kurang sama dengan perpaduan.2 hati yang datang dari latar belakang yang berbeza,disatukan & dikabulkan untuk hidup bersama aman & bahagia.
  6. Tiada perkara yang datang dengan sendiri,malah kebahagiaan & kerukunan rumah tangga perlu diusahakan.Tiada kebahagiaan datang dengan sendiri.Semoga Allah S.W.T melindungi & merahmati rumah tangga yang akan dibina serta umpama Allah S.W.T merahmati & melindungi perpaduan rakyat Malaysia hampir lebih 52 tahun.
  7. Saya dengan rasa rendah diri memanjatkan kesyukuran & berdoa agar mulai esok atau tahun hadapan iaitu 1 Januari 2010 saya akan bergelar seorang suami dan majlis yang akan dilangsungkan berjalan dengan molek & gembira.
  8. Saya dengan ini menjemput ahli keluarga,sahabat-sahabat,rakan-rakan & juga mereka yang berbeza pendapat dengan saya selama ini untuk memeriahkan Majlis Walimatul Urus saya & bakal isteri saya,Yusmi Zunira Bt Mohamad Yunus pada 3 Januari 2010 (Ahad) mulaia jam 12.00 Tengahari hingga 4.00 petang bertempat di Dewan Besar, S.M.K Raja Permaisuri Bainun,Ipoh.
  9. Saya juga ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010 & semoga segala azam yang direncanakan tercapai.